Wednesday, 28 March 2012

Beda



Kau rasa: 
Kau ada banyak kisah untuk diceritakan.
Ada pelbagai rasa untuk dijadikan sekurang-kurangnya sedikit tulisan bagi melegakan segenap perasaan.  

Cuma, kadang-kadang, kau akan hilang kata atau kering pendahuluan untuk memulakan setiap penceritaan. Bagi mereka yang amat mencintai hasil karya sendiri selalunya  akan membuat penceritaan dari sisi hati kecil dengan penuh emosi.

Seperti aku, aku punya banyak cerita yang aku mahu kisahkan tetapi, ada masanya aku akan berfikir sedalam-dalamnya sama ada aku perlu menceritakannya di sini atau aku pendam saja di dalam hati. Kau tahu dan seperti yang aku juga maklum, berkongsi setiap rasa dan pengalaman itu mungkin akan dapat melegakan perasaan orang lain jikalau mereka-mereka ini pernah mengalami pengalaman yang hampir-hampir serupa.

Dan, beruntunglah sekiranya mereka-mereka ini mendapat manfaat dari penulisan yang hanya sedikit. Mereka boleh berfikir selepas membaca penulisan yang kau hasilkan. Kalau penceritaannya sampai hingga ke ruang hati yang paling dalam maka, itu adalah satu kepuasan yang sangat mengujakan. Hati aku ini, mengasak-gasak untuk memberi cerita tetapi akal fikiran masih lagi dalam kawalan untuk cukuplah dengan bertabah hati sendiri.

Ada orang suka melihat figura-figura comel yang diselitkan di dalam penulisan tanpa membaca isi tulisan dengan sepenuh hati. Dengan itu, aku sangat kagum pada mereka yang begitu teliti untuk membaca setiap penulisan dari awal hingga ke akhirnya. Kerana, bagi aku membaca dengan sekali imbas dengan membaca dari awal hingga ke akhirnya ada banyak beda yang nyata. Kau percaya? Kalau tidak, cubalah.

14 comments:

  1. betul, kadang-kadang fikir banyak kali nak cerita dalam blog perasaan sendiri, tapi bila fikir ni mungkin antara salah satu cara yang boleh mengurangkan stress jd pejam mata dan luah apa sahaja, hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... sy suka pejam mata dan luah apa sahaja tu. mungkin tu utk kelegaan kita sendiri kan.;D

      Delete
  2. Sesungguhnya hidup ini penuh dgn dugaan. Terserahn kita menangani dengan penuh kesabaran. Hidup umpama warna-warna..coraknya sarat sekali. kiranya kita bahagia berserilah warna hidup kita..dan sebaliknya..

    ReplyDelete
  3. diawal2 pembukaan blog dulu, aku slalu ja merintih ttg emosi yang bercelaru..tapi, bila akal menimbang-nimbang, cukupla ia disimpan saja..cerita cuma sedikit,utk sekadar melegakan..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kdg2 kena ada limited juga utk bercerita. simpan sendiri lbh bagus kdg2;D

      Delete
  4. bersabar atas segala ketentuan Illahi kak..semoga tuhan sentiasa merahmati akk..

    ReplyDelete
  5. like la gaya penulisan kamu.. :)

    ReplyDelete
  6. bgantung pada individu, setengah org suka menceritakannya secara terbuka, ada juga yg tidak suka di ceritakan secara tbuka..

    cuma perlu di ingt, bila bcerita scara tbuka, kita perlu lebih bhati2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nu;D kena berhari-hati utk masa depan yg cerah.hihih

      Delete
  7. Bercerita di ruang maya perlu ada batasnya.. hal terlalu peribadi tak perlu dicoretkan kerana kita mungkin bakal membuka pekung di dada. Bersederhana dalam bercerita. Menjaga batasnya agar peribadi kita tidak dijaja merata.

    benar, ada bezanya, membaca secara imbas dengan membaca secara teliti,,,Kalau Sekadar mengimbas, mungkin berlakunya salah sangka, membaca teliti, ada ilmu yang kita peroleh.

    maaf komen panjang berjela di sni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dieyna:sy suka komen dieyna, sy dpt nmpk yg dieyna fhm dgn apa yg sy cuba sampaikan.like banyk-banyak;)terima kasih atas komen dieyna;)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...