Monday, 19 March 2012

Beginilah hidup


Semoga tidur ini masih lena.
Semoga esok, masih ada kesempatan untuk lihat dunia.
Semoga esok, akan jadikan diri lebih sihat, bertenaga dan berani.
Semoga esok, ada senyum untuk diberi.
Semoga esok, ada bahagia untuk dikongsi.
Semoga esok, berjaya optimis lagi.

Beginilah hidup.
Kadang-kadang, kau perlu berahsia sedikit, memendam separuh rasa,
Kerana bukan semua orang mahu senyum apabila kau gembira dan bukan semua orang sedih bila kau bersedih.

Laman muka buku bukanlah kisah kehidupan yang perlu menceritakan semuanya. Ia hanya secalit dari berjuta-juta calitan hidup. Jadi, bila orang berkata,"eh, saya tidak tahu pun, sebab saya tidak ada buka laman muka buku'. Hei, tidak semestinya semua perkara harus dikongsi di dinding muka buku itu. Kita manusia, ada privasi sendiri termasuklah aku. Jadi, jangan ambil hati bila perkara itu kau tahu di luar dunia nyata dan bukan di dalam laman muka buku atau di dalam blog ini.

Nota kaki satu: Rutin akan jadi lebih tenang kalau laman muka buku itu kosong tanpa apa-apa perkembangan.

Nota kaki dua: Aku sedang belajar untuk tidak obses pada teknologi ini.

Nota kaki tiga: Aku sudah semakin boleh berhidup selepas setiap satu persatu Tuhan uji aku. Kononnya luaran aku nampak gagah, nampak kuat, nampak berani dan sebenarnya, aku sedang berusaha untuk benar-benar menjadikan ia realiti bukannya imaginasi aku semata-mata.



17 comments:

  1. kadang2 manusia yang menyalah gunakan teknologi terkini yang membebankan kita.

    laman mukabuku cik nur, juga sepi dari status..cuma kadang2 di gunakan untuk berhubung dengan kwan2 rapat dan saudara mara yg terpisah jauh.

    insyaALLAH..kita tidak tergolong dalam golongan yang menyalahgunakan teknologi yg main canggih ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nur. harap2 la kita selalu berjaga-jaga. sy ni kdg2 pandai juga ter emo dlm fb. tu la nak bljr x post mcm tu lagi..

      Delete
  2. dya jarang update status kat laman fb ke twitter ke.. teknologi canggih baik tapi yang tak baik bila orang yang salah gunakannya..huhu

    ReplyDelete
  3. ermm..btul2,kdg2 bl benda dh terlalu modern kita plak yg salah gunakannya..

    btw salam kenal n salam ukhuwah dr CL=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 kita masih terjaga;D salam kenal juga;D

      Delete
  4. hai kak misya,

    org krg penyabar mcm sy ni mmg berpotensi mau menyalahguna teknologi. sbb tu sy pilih utk tdk aktif di fb. klau post status pun tda org komen sbb tdk akn fhm ayat tersirat sy. skdr brthu kewujudan dn tdk lost contact saja. tulis blog sbg hobi dan kenang-kenangan di msa dpn. hrp-hrp sy tdk terbabas lg. hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik, mmg bagus juga klu letak status yg tersirat jg. jd, biarla org pening2 sikit sm tu status. berterus terang pun kdg2 disalah erti... kita teruskan berblog jak;D

      Delete
  5. Saya suka dgn kata2 nota Kaki dua=))

    ReplyDelete
  6. salam...kita sudah jadi geng ! huhu... done follow awk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak;D yeayyy. suka sbb dpt gengn baru;D

      Delete
  7. kalau nk follow teknologi ni, mmg tak larat la kan, cepat sgt. tp tulah kena pandai2 control...kang ada plak benda tak septtnye jadi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hany: kena kontrol, klu x, bahayaaaa

      Delete
  8. teknologi seharusnya memudahkan kehidupan, bukan menyusahkan....hehe

    tp skang ni, nmpak sgt kita terlalu bergantung kan? kalau tak ada..rasa x lengkap je idup

    ReplyDelete
  9. kuling..lama sdh aku terputus hubungan dgn kwn2 d fb..sbb akaun ku sdh ditutup oleh Mr. Buah hati.. mula2 mmg nda puas hati n mo memberontak jak..tpi lama2, ketenangan tu dtg meresap pelahan2..sebab, fb tu la slalu jadi punca kami becakaran..miaawww.. cakar2 manja saja..hihihi

    ReplyDelete
  10. ya betul tu kak aku setuju,sekarang ni pun aku jarang betul buka facebok.banyak aku jumpa kata2 mengarut daripada membina pun sana.lama2 makin bosan pulak.hihihi.

    semoga hari ini dan yang akan datang lebih ceria daripada sebelumnya kak :)
    semoga tetap kuat mengharungi setiap liku kehidupan ini dengan sabar dan tenang :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...