Tuesday, 20 March 2012

Kangen



Bersusun-susun kerja untuk diusaikan.
Ada banyak benda yang perlu difikirkan.
Tarikh tamat ada yang sudah makin hampir luputnya.
Tetapi, setiap satu itu belum lagi aku persiapkan.
Aku ketuk-ketuk kepala, aku mahu lebih tenaga dan sihat.
Beginilah rasa bila nikmat sihat ditarik oleh Tuhan,
Masa inilah, aku rasa benar-benar mahu menghargai masa lalu.
Berhenti.

Aku mahu terbang. Berada di sisi mereka. Senyum, ketawa dan makan bersama-sama.
Dalam bahasa lain, aku kangen. Aku mahu pulang. Ada mereka, suami dan keluarga dalam satu ruang.
Itu kebahagiaan yang sedang aku idam.

Terbayang, kalau sewaktu sakit begini, ada ibu yang masakkan makanan, ada adik yang boleh buat itu, ini tanpa banyak soal. (Teringat dialog iklan: "aku kan abang" jadi, aku tukar "aku kan kakak" )
Paling seronok, ada suami yang selalu buat lawak yang bikin ketawa aku melebar seperti sang puteri yang cukup sempurna semunya. Oh, itu indah, bukan?


Nota kaki satu: untuk Group fresh mama arina, maafkan atas kelewatan untuk membuat entri untuk kamu. Insyallah, sikit masa lagi saya buat. okey.;D

Nota kaki dua: Berazam untuk siapkan separuh kerja esok. Tuhan, berilah aku kekuatan.

Nota kaki tiga: Suami, aku congak hari-hari. Cepatlah.

8 comments:

  1. misya... aku pun sedang kangen walau cuti seminggu baru usai. hm.. :)

    ReplyDelete
  2. wah kangen ye..ai pun kangen nk blk kg sbnrnya..hahaha =p

    ReplyDelete
  3. Kangen bangat ye;)

    semoga urusan dpermudahkan ye;)

    ReplyDelete
  4. mereka2 yg jauh dari keluarga n insan2 tersayang, kangen sudah menjadi tabiat n akan kekal la di situ...

    ReplyDelete
  5. diyang kuna sap kak,berai bana sap aku moso ni,faham aku situasi ko sekarang ni kak,sepatutnya kena ada orang2 tersayang mendampingi saat2 begini,tapi apakan daya semuanya punya tugas masing2.sabar dan tabah mengharungi setiap ujiannya ya kak.mmuah!take care :)

    ReplyDelete
  6. moga tabah ye.. sekarang masa cepat berlalu, nanti hari yg di conngak pasti tiba.. :)

    ReplyDelete
  7. Aini: amin. tq very much dude;D

    sweet: huwaaa... kekal di situ dan x mahu berganjak...

    arina: huhuhu. diang kuna dik, hrp bana aku ada dorg sini ba...huhuhu...take care too dik.muah;D

    cik nur: tq cik nur. x sabar dah ni..;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...