Sunday, 25 March 2012

Cikgu saya



Berjalan di sebuah kompleks membeli belah:

Situasi 1:
Budak 1: Eh, cikguuuu.. ( sambil senyum  dan bagitau emak di sebelah yang itu cikgu dia. Emak pandang cikgu, senyum dan terus jalan. )

Situasi 2:
Budak 2: Nampak cikgu senyum saja dan terus jalan.

Situasi 3:
Budak 3: Hai cikgu, ( datang tempat cikgu dan salam cium tangan ).
Emak dia pun datang ke tempat cikgu dan salam sambil cakap : cikgu Amirul ke?
Cikgu: Ya. Cikgu Amirul.
Emak: Okey tak Amirul di sekolah cikgu?
Cikgu: Setakat ni okey. Dia ada potensi.
Emak: Amirul di rumah selalu berangan cikgu. Di sekolah dia selalu berangan tak?
Cikgu: (Ketawa) Dia memang ada kurang fokus dalam kelas tapi masih boleh diatasi.
Emak: Tengok-tengokkanlah Amirul cikgu. Tegur mana-mana yang dia buat salah.
Cikgu: Insyallah, dia budak baik. Tapi, kalau dia buat salah, saya tegur juga.
Emak: Terima kasih, cikgu. (Salam semula dan beredar dari situ).

Teringat dengan cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu. Bila terjumpa dengan mereka, aku akan datang ke arah mereka dan bersalam cium tangan. Berbual seperti kawan lama padahal cikgu dan bekas anak murid.. Setakat ini, aku masih ingat nama-nama cikgu yang ajar aku dari sekolah tadika hinggalah ke sekolah menengah. Alhamdulillah, umur mereka masih panjang dan aku masih dipertemukan dengan mereka ketika aku sudah ada kerjaya. Jasa mereka terlalu besar. Cikgu-cikgu, moga kalian selalu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin.

Nota kaki satu: Sewaktu temuduga dulu, penemuduga tanya aku: kenapa awak nak jadi cikgu? 
Aku: Saya mahu jadi cikgu kerana saya akan diingati sampai bila-bila oleh anak murid saya. 
Penceramah: hahahaha (ketawa) kalau macam tu, cuba awak namakan cikgu yang awak paling ingat masa sekolah dan kenapa awak suka dia?
Aku: bercerita seperti bukan ditemuduga oleh penemuduga dan aku lulus temuduga. Alhamdulillah.

Nota kaki dua: Saya sayang cikgu-cikgu saya. Kerana garang merekalah saya sudah jadi orang yang benar-benar orang  seperti sekarang.

22 comments:

  1. muka cikgu yang pernah ajar dya ingat lah..tpi kalau nama dya memang tak ingat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih. muka cikgu akan selalu kita ingat kan.:D ala lupa nama x pe, asal ingat rupa, dah kira ok la.:D

      Delete
  2. sy pun ingt cikgu2 smp skrg..even mereka dh tua tp bila sesekali tejumpa pasti tetap d kenali =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan cik aini klu masih ingat cikgu2 yg dlu:D

      Delete
  3. sy ingat jugak... alhamdulillah kini saling bertanya khabar di fb... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya, masih berkontek dgn cikgu dlu.;D jgn lost contact tau:D

      Delete
  4. nice entry suke bace ni!
    sy ingat cikgu sy yg mengajar sy math mase darjah 5 dn 6..
    mula2 math sy dpt 40 lbh je..tp cikgu tu gigih sgt..dy bagi perhatian pd budak lembab mcm sy..hehe..last2 dpt jugak math A mse UPSR..alhamdulillah smpai skrg sy minat math!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigihnya cikgu tu, untung la awak ye smpi dpt A. itu adalah tugas cikgu.;D

      Delete
  5. Yup, betul tu..jasa cikgu-cikgu pasti akan dikenang sampai bila-bila..

    ReplyDelete
  6. aku cuma ingat cikgu yang garang saja..napa ah?? tragis btl..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks, x kan x ada cikgu baik yg ko ingat? hahahhaa

      Delete
  7. harap, anak2 murid zaman sekarang, ingt cikgu mereka seperti mana kita mengingati mereka.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal cik nur. tp murid skrg sgt berbeza dgn murid dlu...

      Delete
  8. Kan...jasamu mereka akn sentiasa dkenang..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, selagi hayat di kandung badan:D

      Delete
  9. betapa besarnya jasa guru, rindu zaman sekolah2 dulu, rindukan cikgu-cikgu yang tak jemu2 mengajar sampai jadi orang macam sekarang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 cikgu yg ajar miss purple akan selalu bahagia;D

      Delete
  10. betol betol, hany smpai skrg pun jumpa cikgu salam n cium tgn. for sure lah cikgu ada yg igt kite ada yg tak sbb anak murid dia ramai, tp kite ni takkan tak igt cikgu kan. zaman dh berubah...haishhh camne eh akan datang nanti...

    ReplyDelete
  11. Jasa cikgu tak kan dilupakan selamanya.Saya pun bakal ikut jejak langkah mak saya sebagai seorang cikgu.Doakan sy ye.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...