Tuesday, 27 March 2012

Penangguhan



Menjadi sendiri agak menenangkan. Boleh saja berbuat apa yang dimahu tanpa perlu kisah pun tentang orang lain. Sendiri pun beri satu rasa kepuasan pada diri sendiri kerana tiada siapa yang melarang mahupun menyuruh. Dunia seperti kau yang punya.

Tetapi, Sendiri itu sebenarnya sakit bila  kau perlukan seseorang untuk dibawa berkongsi rasa dan berkongsi citarasa. Kadang-kadang kau akan mahukan teman untuk jadikan kau lebih bersemangat dalam bertugasan. Ini rasa paling sebal ketika ini. Kerja bertimbun-timbun tetapi hilang sudah rasa untuk membuat semuanya usai. Ini adalah tugasan yang sudah bertambah dari hari ke sehari. Aku  mahu ia selesai. Aku semakin membenci penangguhan. Aku berharap aku masih sayangkan diri aku selagi mana tugasan ini semakin banyak dan aku masih tiada perasaan untuk menyiapkannya.

Benci.

7 comments:

  1. oittt...jgn ditangguh2 tu keja.. makin betimbun, makin ko sengsara.. Moga tabah ya bakal ibu..(^_^)

    ReplyDelete
  2. baik siap kan terus kje tu..tak ada tension2

    ReplyDelete
  3. Pening bila kerja bertangguh kan..

    ReplyDelete
  4. Kerja saya pun infinity ni. Hari-hari balik lambat. Kalau happy working environment, tda apa la, tapi working environment sini buat orang tak happy. Haish.

    Hahaa emo ni.

    Harap kamu okay, Ms Misya. And happy hari Rabu! wakakaa.

    ReplyDelete
  5. bestnye nk jadi ibu tak lama lagi...tahniah ya...psssttt... tak baik lengah2kan keje...ok? huhu

    ReplyDelete
  6. kadang aku pun seperti itu. rasa macam tak ada motivasi diri, drag kaki mahu ke tempat kerja, tapi jauh di sudut hati, aku sayang pekerjaan ini. anggap sahaja itu semua adalah rasa yang tuhan beri kesempatan utk kita alaminya :)

    ReplyDelete
  7. bah kak jangan tanguh2..tapi pastikan kesihatan tidak diabaikan:)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...