Sunday, 11 March 2012

redha


Aku adalah golongan makhluk Tuhan yang selalu mengharapkan keajaiban di dalam kehidupan aku. Pejam buka mata pun, itulah yang akan aku tadahkan setiap kali aku menghembus nafas aku seusia begini.  Ironinya, aku akan diuji berkali-kali sebelum mendapat keajaiban yang aku mahu. Dan sekarang, aku diuji lagi. Kali ini, ia adalah ujian yang sungguh-sungguh menyentak hati, mengegar rasa, meranap impian dan membikin air mata aku tumpah bagai tiada masa untuk berhenti. Mujur ada si dia dan keluarga yang Tuhan kirimkan untuk aku sama-sama melalui ujian yang maha besar ini. Bukan jatuh ditimpa tangga tapi inilah kenyataan hidup yang aku harus terima tanpa ada soal dan protes. Kau kata, Kau orang yang ada iman jadi bila Tuhan uji sedikit, tunjukkanlah imanmu. Aku ingat dan aku amal firman Tuhan yang ini. Di setiap denyut jantung yang aku punya, itu juga pinjaman yang sekejap untuk aku.Dan, dengan kenyataan yang begini-begini pahit, aku teguk dan aku telan. Tuhan, beri aku redha di sepanjang hidup aku.

4 comments:

  1. nape ni yang? apa jadi? sabar ye.. org sabar itu org yang disayang Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hani: somethings happend yg betul2 menguji kesabaran.insyallah, sedikit masa lagi sy akan bt entri psl itu.tp tunggu sy cool down dulu. sedih.;(

      Delete
  2. kak,kenapa ni?apa yang terjadi?jangan buat aku tertanya2 kak.cepat bagi jawapan.berdegup kencang jantung aku ketika ini kak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arina, na, mmg akan berdegup kencang lagi janyung ko dik klu ko tau.huhuhu.nnt aku kasitau ah..

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...