Thursday, 22 March 2012

Terdiam


Setiap hari, aku akan berjumpa dengan orang yang sama dan adakalanya orang yang berbeza untuk membuat kerjaan rutin atau baru untuk disiapkan. Macam-macam karenah, emosi dan tingkah laku yang aku amati. Dalam banyak-banyak persembahan emosi, ada juga  beberapa perkara yang bikin aku suka akan mereka. Mungkin cara mereka senyum, ketawa, bergurau dan  sikap pirhatin. Dan, kalau pun, ada benda yang aku tidak suka, aku putuskan untuk berdiam diri. Sampai di situ saja. Titik.

Emak selalu pesan, bukan saja emak, suami pun selalu ingatkan. Jaga tutur kata, tingkah laku di tempat orang. Riak muka orang boleh kita ramal tapi hati dan perasaan orang amat sulit untuk kita tentukan apa sebenarnya. Bertitik-tolak dari inilah, aku akan menyesal dengan tiada henti kalau ada apa-apa perkara yang aku terlepas cakap atau aku terbuka rahsia orang yang tidak sepatutnya. Itu bagaikan satu penganiayaan pada diri sendiri kalau tidak sempat menyimpan rahsia orang lain. Kerahsiaan adalah perkara yang sangat aku utamakan. Ia satu paparan pada diri yang kau boleh dipercayai atau pun tidak.

Dan, sebenarnya untuk beberapa hari ini, aku begitu lega kalau ada yang suka bertanya sendiri dari aku untuk sesuatu kepastian dan bukannya bertanya melalui orang lain. Kau tau, kalau bertanya dengan orang lain, banyak perkara kemungkinan di situ dan kalau perkara-perkara itu diteruskan sebarannya tanpa pertanyaan akan bertambahlah cantiklah isi cerita tersebut. Silap-silap kalau tidak betul, ia boleh jadi fitnah. 

Dan, aku sebenarnya sedang belajar untuk selalu berprasangka baik. Lewat umur begini, banyak perkara yang aku mahu dan sedang belajar. Umur aku makin bertambah bukan makin berkurang. Ilmu di dada masih lagi hanya sekadar setitik dari air di lautan milik Tuhan. Ibadat pun masih lagi belum cukup sempurna. Lompang sana sini. Terasa diri paling kecil di sisi Yang Maha Esa.

Maka, aku masih mahu menunggu hari esok. Aku selalu ingat setiap kata-kata adalah doa. Jadi, aku tetap berterima kasih untuk setiap kata-kata semangat yang sungguh-sungguh buat aku sayu. Ada beberapa orang selain dari keluarga yang benar-benar aku boleh nampak ikhlasnya. Dan, ada juga mereka-mereka yang buat aku terdiam tanpa ada soalan seterusnya. Itulah manusia. Selalu saja ada lemahnya. Aku sedang jalani kehidupan in dengan seadanya. Jadi, jangan pernah menduga hanya perkara baik-baik saja berlaku tanpa ada halangan yang kadang-kadang buat kita terduduk, bersimpuh di atas sejadah memohon REDHA dari Tuhan.

Teruskan saja hidup, kawan.





25 comments:

  1. selagi nyawa di kandung badan, kita tidak akan pernah berhenti dari belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita..

    percayalah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kata-kata nur...
      Hdup mesti dteruskan,,,

      Delete
    2. sy sedang berhidup seadanya.:D

      Delete
  2. insyallah cik nur, kita selale ke hadapan;D

    ReplyDelete
  3. Setiap perkara yang kita lalui sehari- hari, itulah pelajaran yang paling berharga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, mejadikan hari2 rutin sebagai pelajaran utk jadi org terbaik:)

      Delete
  4. Apa jg keadaan hidup kena perjuangkan ya..ingati Dia selalu

    ReplyDelete
  5. berckp psl berprasangka baik ni, haishhh hany pun sedang ke arah tu. Ya ALLAH...slalu sgt trdetik prasangka buruk dlm hati..huhu nasib baik la cepat sedar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sllu ada benda ni kan hani. kita yg kena kawal tp tula syaitan tu suka sgt usik kan.

      Delete
  6. kita belajar dari pengalaman dan kesilapan kak :)
    semoga Allah teru memberi kita kekuatan untuk menjadi yang terbaik disisinya..amin~:)

    ReplyDelete
  7. sememangnya diam lebih baik dr berkata² dlm sesetengah situasi. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam lebih baik dr berkata-kata. sy pun setuju.

      Delete
  8. sbb tu org ckp jgn tgk pd muka, kdg2 nmpk je baik tp dlm hati hanya Allah yg tahu, kdg2 nmpk garang tp sebnrnya baik hati.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. deqla, tu la, suami pun ckp, muka sy serius/masam bila berurusan dgn org. hahahaha.

      Delete
  9. misya..ko tau, aku disini mcm dipulaukan jak..mgkin sbb aku nda byk begaul dgn dorg..lagi pun aku nda brapa suka bila bekumpul ramai2, ada la yg di umpat..faham ja la, aku ne tpt org, nnt gara2 mulut org, aku yg kena..bgus buat hal sendiri..bkn sombong, cuma bercakap bila perlu ja..itu yg ku praktikan skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngamla tu dyg. jg mulut sbb kita x tau org ni kan. aku pun sama juga. diam2 jak ku sini. bukan mcm masa di maktab dlu. plg bising.huuhuhh

      Delete
  10. kita tidak akan pernah tahu pun apa persepsi orang lain pada kita, tapi yang pertama-tamanya, haruslah bersangka baik pada sesiapa pun. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul hana, itu yg sedang cuba saya lakukan.:D

      Delete
  11. singgah lawe misya lunch .. :)

    ReplyDelete
  12. sis cmne nk wat yg "Your comment will be visible after approval." ? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lara: heeeee..... tw;D sy belanja. hihiihi. dah bgtau lara kan mcmna nak buat.;D

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...