Monday, 19 March 2012

Tujuh Petala Cinta


Disebabkan oleh pengaruh imaginasi tentang kehidupan kisah dongeng yang selalunya hidup bahagia selepas sengsara, seperti itulah yang aku harapkan selepas menonoton cerita Tujuh Petala Cinta. Aku mahu cerita itu kesudahannya menyalur rasa gembira dan puas hati yang saling berganda-ganda. 

Semasa dan setelah usai menonton, ada satu perkara yang benar-benar buat aku tidak berpuas hati. Kegagalan watak Hilma dikembangkan memang memberi sedikit kesan untuk aku. Watak Hilma yang menyinta di dalam diam, lansung tiada peluang untuk berterus-terang sedangkan dia benar-benar cintakan Attar. Dan, akhirnya, watak itu berakhir begitu saja. Kemudian, emosi aku terganggu apabila watak Saidatul Nafisah yang sudah maklum akan cinta Hilma pada Attar dan dia juga hanya berdiam saja tanpa memaklumkan kepada Attar. 

Tiba ke sesi perkongsian pendapat dengan si dia, dia hanya tersenyum bila nampak aku masih membebel tentang watak Nafisah yang tidak berterus terang dengan Attar tentang perasaan Hilma.  Kata si dia, waktu itu, Nafisah sudah sayangkan Attar dan kerana itulah, dia tidak mahu Attar tahu. Sampaikan aku kata yang Nafisah pentingkan diri sendiri tetapi si dia masih kata, Nafisah dan Hilma masing-masing mahu menjaga perhubungan. 

Si dia kata, cerita itu memang sesuai untuk aku tengok kerana dengan melihatnya, aku akan faham bagaimana perasaan orang yang geramnya kerana seseorang yang tidak mahu bercakap. Dia kenakan aku sebenarnya. Perangai aku adalah suka berdiam diri dan tidak bercakap apabila aku merajuk dan ada sesuatu yang kurang indah di mata. Selalunya, aku akan buat 'royal silent' dan terus simpan di dalam hati. Tunggulah bila sudah ada masa terdesak atau masa yang benar-benar sesuai, barulah setiap apa yang disimpan akan terbongkar.  Dan sekarang, aku rasa, perangai begitu sedang aku kurangkan kekerapannya sejak aku tahu yang salah satu kebahagiaan di dalam rumahtangga adalah berpaksikan komunikasi yang jujur antara kami.


Nota kaki satu: Kata si dia, cerita Tujuh Petala Cinta senang untuk diramal tetapi bagi aku cerita ini banyak mendedahkan yang cinta itu halangannya sulit untuk diketahui dan konklusinya, aku tidak berpuas hati dengan pengakhirannya.

Nota kaki dua: Teringat kisah cinta dalam diam. Selepas sepuluh tahun baru terluah.

13 comments:

  1. salam kenal...salam singgah...saya dari blog mama Arina..=)

    ReplyDelete
  2. salam kenalan dr hany. teringin jugak nk tgk cite 7petala cinta nih, tp tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal hany;D nnti ada masa tgkla;D

      Delete
  3. salam ukhwah juga dari cik nur. cik nur juga dari blog mama arina, cik nur dah masukkan blog bunga & sepet ini dalam bloglist.
    insyaALLAH..jika kelapangan, cik nur akan selalu terjah di sini..

    salam perkenalan ya..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga utk cik nur;D Insyallah, nnt sy terjah blog;D

      Delete
  4. hahaha..hebat betul sap serita itu kak..hihi.10 tahun sap kamu memendam perasaan a kak..hebat betul..hihi

    btw kak ada update terbaru group kita sila baca entri ini kak :) http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2012/03/update-untuk-group-segar-follower.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa... itula tu dik, 10 thn pendam rasa x sangka kawen jg.muahahhaa;D ba, nnt aku baca;D

      Delete
  5. kak misya, kita ada satu persamaan. sy pun suka berdiam diri bila marah. smpai org skllg pun tdk tahu apa yg tdk kena. kmdn bila sdh sejuk hati, trus gmbra balik. senyum ketawa. smpai bila-bila pun org msh tertanya-tanya apa sbnrnya yg terjadi. tahu yg sy dan org di sisi akan rasa letih, tp ssh mau ubah tu habit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naaa, samalah kita dik.. mmg begitu ba kan... bukan kita mau tp x tau mcm automatik ni suka pendam. bila sdh okay, baru ketawa2.;D ada telepati kita dik;D

      Delete
  6. salam gt...oh begea ka cerita ni gt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam gut, ya begitula kono cerita dia gut

      Delete
  7. ehem, cinta dalam diam. ehem... hehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...