Monday, 16 April 2012

Kasihan



Kring, kring, kring, bunyi loceng bertalu-talu. Dia bangun dari kerusi dan menuju  ke meja di belakang kelas. Matanya melilau mencari bekas makanan dan botol air miliknya. Sehabis itu, dia keluar kelas, berlari mendapatkan kawan-kawannya yang sudah pun tinggalkan dia untuk mencari tempat bersarapan. 'Sarah, tunggu.' Jeritnya lantang. Kawan-kawannya menoleh dan melambainya. 'Cepatlah, Amirah.' Jerit kawannya pula semula. Dia berlari lagi laju dan hampir melanggar seorang cikgu. ' Eh, Amirah, jalanlah elok-elok. Jangan berlari, nanti jatuh pula.' Dia yang sudah berhenti, tersengih tanpa berkata apa-apa dan berjalan selajunya mengejar kawan.

Setiba saja dia di tempat kawan-kawanya, mereka terus duduk di penjuru bangunan. Masing-masing membuka bekal. Dia pun begitu juga. Entah apa yang dibekalkan oleh ibu hari ini. Dia buka perlahan-lahan dan dia tersenyum. Ada seketul ayam goreng dan nasi goreng yang jadi bekalnya hari ini. Air liur dia teguk. ' Sedapnya makanan awak hari ini. Amirah '. Kata seorang kawan. Dia tersengih saja dan terus makan. Seorang dua kawan mencubit ayam gorengnya dan sebagai balasan mereka pun memberikan dia sepotong nudget dan kuih karipap pula. Mereka bergelak ketawa. Bercerita tentang kehebatan belajar buat baju origami tadi sewaktu di dalam kelas. Dia suka dengan seni. Kalau boleh, dia mahu hari-hari belajar seni. Seni buat dia gembira dan seni buat dia selalu teruja.

Kring, kring, kring. Sekali lagi loceng berbunyi. ' Cepat, cepat, masuk kelas '. Kata kawannya. Dia menyudahkan suapan terakhir, meneguk air dan cepat-cepat masukkan bekas makanannya di dalam bakul. Mereka berlari semula masuk ke dalam kelas.

~ Sewaktu menaip cerita ini, aku sebenarnya berpandukan kepada kisah anak-anak di sekolah. Setiap kali waktu rehat, mereka akan berlari- lari untuk mencari tempat makan. Kalau yang tidak membawa bekal, mereka akan berpusu-pusu berlari ke kantin. 'Bang, nasi satu bang. Kak, nasi lemak satu kak. Kak, sosej satu ringgit kak. Bang, mee goreng satu, bang'. Itu antara jeritan-jeritan mereka. Kalau waktu itu aku ada di kantin, aku perhatikan mereka. Teringat sewaktu aku berada pada usia mereka.

~  Dulu, selalunya emak akan bekalkan aku nasi putih berlaukkan ikan masin ataupun nasi goreng ikan bilis. Itulah bekal yang aku bawa ke sekolah dengan duit belanja RM0.30. Dengan duit tu, aku beli keropok  perisa ayam harga RM 0.10 dan kemudian bubuh sambal lada banyak-banyak sebelum makan. Bibir akan merah membengkak bila makan tapi ia menjadi perkara kedua kerana rasanya sangat  sedap.
Keropok kesukaan dari dulu sehingga sekarang ^_^

~ Hari ini, duit belanja murid ke sekolah RM 1 paling sedikit. Dunia yang semakin maju dan barang pun makin naik. Dan, untuk aku  berharap ibu bapa akan tetap sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah kerana dengan adanya bekal, mereka tidak perlu berlari-lari ke kantin membeli makanan. Kalau tahu berbaris, tidak mengapa cuma, kalau mereka tidak berbaris dan berasak-asak, ada yang terhimpit dan paling sedih kalau mereka tidak sempat pun beli makanan kerana loceng sudah berbunyi dan mereka masuk kelas tanpa makan apa-apa. Aku kasihan. Sangat.



14 comments:

  1. Teda RMT ka kak sana di sekolah?

    Kalau zaman saya sekolah dulu, kami selalu berebut mau tu susu kotak free tu. Haha.

    ReplyDelete
  2. kasihan, dah lah berlari, menunggu lastly tak sempat. memang kasihan, sekolah besar ka ni?

    ReplyDelete
  3. suasana keriuhan di kantin masih sama macam dulu.. bezanya, jumlah wang yang digunakan untuk membeli.. takde rm2.00 susah nak kenyang.. mahalnya kos hidup sekarang

    ReplyDelete
  4. still ade budak sekolah kampung yang tak bwk pun duet belanja. sedih sgt.

    ReplyDelete
  5. hany dulu dpt rmt, makcik kantin yg sediakn makanan rmt tu mak kwn hany, slalu je ty esok mkn apa, ahaha kalau agak2 xbesh mcm frust je. tp serius lah, macam mana la budak2 zaman skrg n akan dtg kan, RM1 tu apa jer boleh beli kan. haishhh risau laaa

    ReplyDelete
  6. teringat zaman sekolah rendah dulu. murid berebut2, berhimpit2 nk beli makanan. tp sy ni penakut, selalu kawan2 yg tlg belikan makanan. huhu.. kenangan. :)

    ReplyDelete
  7. diyang kuna sap kak,kok berai..hihi..

    hahaha..keropok itu sap kak,kegemaran sap itu..ai abis pan lodo yang amir tinuang mediam keropok itu..kekeke.somo bana akal ea..hihi

    bukan dulu kakak siap jak makan,lari2 main tingting ka?atau jeropain?hahahaha

    ReplyDelete
  8. 30sen zaman dulu mmg besar...nur dulu mak beri 60sen.
    nasik lemak di kantin cuma 20sen, air segelas 10sen.
    baki selalunya tima balik beli keropok lekor.. :) mkn smbil mgayuh basikal... :)

    waaaahh..rindunya zaman sekolah..!

    ReplyDelete
  9. Seronok bc cerita ni misha...dulu sy sek pagi n petang bawa 40sen je..teringat cerita masa zaman kanak2 yg mmg seronok..

    ReplyDelete
  10. suka la baca entry ni... misya mmg pndai mengolah ayat.. thumbs up!!!

    ReplyDelete
  11. Sy pun pernah terfikir kalau anak-anak dah sekolah nanti nak buatkan bekal untuk mereka, tak perlu lah nak beratur untuk beli makanan..lain la kalo waktu rehat panjang.. ;)

    ReplyDelete
  12. eee..aku pun suka ne ni kropok..ada lagi 1 kropok..namanya keropok Raja Udang..nah itu baru sedap kalo ditambah kicap..nyum2..

    ReplyDelete
  13. FM; RMT mmg ada tp sikit jak yg dpt. yg betul2 miskin jak dpt.;) susu sekolah mmg ada;) ya, sy pun suka jg tu minum susu sekolah;)

    etuza: ya, mmg kasihan, x smpt mkn. ya, sekolah besar ni. 9 ratus lbh murid. dkt seribu.;)

    dieyna: tu la mmg mahal kan kos hidup skrg. beza sgt dgn hidup kita dulu2;)

    hani: bestnya dpt RMT kan hani. hihih. tu la mmg duit sikit mmg x cukup bli makanan. n skrg ni nak dpt RMT pun kena tapis betul2.


    9nol4: betul2. skrg ni dk sekolah pun ada jg budak yg x bw duit belanja. sedih betul tgk.

    cikna: hahahaha. msti cik na kiut sgt masa tu kan cik na;) baiknya kwn cik na tu;)

    ayuni: mmg kesian ;)

    arina: hahahahaa. aku ingat sab tu dik lodo yang amir tu. ngepes-ngepes pan bua mangan keropok eh. hahahaha. mmg sab tingot ku dik hahahaha. main bana bangan jeropain;)

    cik nur: ala, comelnya cik nur mkn smbil kayuh basikal. hahahaha;) skrg dgn duit 60 sen tu x tau apa nak bli.huhuh

    ainie: terima kasih AA. hmpir sama je duit belanja kita ke sekolah kan.hihihi

    deqla: ayat biasa2 je deqla. ayat pinjama ilham dari Tuhan.;) btq, syukran ya;)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...