Friday, 13 April 2012

Jiwa srikandi


Merindu untuk menulis sebanyak-banyaknya setiap rasa menjadi igauan aku ketika ini. Tetapi, dengan adanya timbunan kerjaan yang meminta disiapkan, aku menjadi seperti hilang dari dunia bunga dan sepet. Menjenguk kawan-kawan maya pun hanya sekali dua yang dapat aku buat. Badan selalu penat walaupun bukan mengangkat besi atau simen berat tetapi aku juga sudah dapat merasakan yang tulang badan aku semakin melemah. Mungkin aku perlu minum susu Anlene supaya tulang aku lebih kuat seperti mereka-mereka yang berumur dua puluhan.

Geleng kepala. Awal tiga puluhan akan menyebabkan banyak kesakitan badan jikalau tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Salah makan saja lalu terguling-guling di atas tilam bagai cacing kepanasan menahan sakit ulu hati yang  membuat badan panas sejuk dan kembung perut. Peluh mengalir keluar dengan banyaknya dan tangan akan berada di atas perut menahan kesakitan. Mahu saja perut dikorek untuk melihat kelibat asid yang sedang menghuni dinding perut sehingga sakit begitu rupa. Aku benar-benar membenci gastrik. Lambat makan sikit pun, angin masuk berpusu-pusu dan mulalah sendawa tidak henti-henti. Selepas disapu dengan minyak panas, barulah angin keluar tanpa rasa segan sedikit pun. Aku tidak kepingin untuk ke  klinik meminta suntikan lagi. Aku lelah. Penyelesaiannya, Ubat gaviscon sudah pun habis stok dan yang ada hanyalah susu kambing ( HIGOAT) yang aku minum untuk meredakan sakit gastrik yang buat rasa diri mual dan mahu muntah semahu-mahunya. 

Bukankah dalam keadaan begini, amatlah menyedihkan bila sendiri menghadapinya? Tapi, aku masih percaya, selagi aku ada Tuhan, selagi itulah aku akan berjaya untuk menghadapi setiap ujiannya dengan jiwa srikandi yang tidak akan pernah menyerah kalah.




Nota kaki satu: Belum punya waktu lenggang untuk jalan-jalan di blog kamu.

8 comments:

  1. nahh..jagala kesihatanmu tu..lagi2 janin d perutmu..kesian dia juga kelaparan.. mengkali kaunselor byk keja ba kn..tpi malangnya, aku tiada kesempatan tuk jadi kaunselor..walaupun itu bidangku..hurmm..

    ReplyDelete
  2. jaga diri...jgn abaikan waktu mkn...sesibuk mana pun, tetap kena mkn..

    misya, nanti cuba minyk sjuta anugerah..ikhtiar keranaNYA

    ReplyDelete
  3. xpe, kami sentiasa dtg jalan2 di blog Misya. :) kerja tu kerja jgk tp kesihatan msti dijaga jgk ya. take care Misya.

    ReplyDelete
  4. jaga diri dulu ye..bila semua dah ok bw lah..

    ReplyDelete
  5. i was totally in sickness right now sis..but i never regret yet blamed it..instead, i'm grateful,as most people said, sakit adalah pengampunan dosa..is it right sis?i hope so...

    ReplyDelete
  6. dahulukan dulu yg mana penting... blogwalking tu bila2 pun boleh...kwn2 sis ni sume ni jenis memahami..jgn risau eh...take care sis!

    ReplyDelete
  7. diayang kuna pan kak,bah nijogo bana tek makan minum eh kak.jangan lah bah makan yang pedas masam segala tu,suami akupun camtu juga sebelum ni kak,tapi alhamdulillah sekarang ok sudah.yang penting makan minum terkawal jak.

    jaga kesihatan ko betul2 kak untuk orang2 tersayang :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...