Wednesday, 4 April 2012

Rumahku Syurgaku



Pada sudut mana pun keberadaan aku di sini, aku tidak pernah melupai kamu dalam hari-hari aku. Pejam celik mata aku, imaginasi aku selalu mahu ada kamu semua di sisi aku. Bukan main teruja, jikalau kamu sekarang sedang makan dan minum bersama-sama aku. Kemudian, nafsu makan aku akan menjadi-jadi kalau makanan itu hasil air tangan dia yang selalu aku rindu. Selesai makan, kita menonton cerekarama di kotak empat segi nipis dan kalau hari itu adalah hari Jumaat,  aku tidak akan pernah mahu melupa yang aku dan kamu-kamu akan bertengkar soal siaran kerana dia mahukan rancangan 'Gerak Khas'. Kalau kita masih tidak mahu mengalah, dia akan mengalah, diam dan tidur tanpa kita sedar. Aku senyum ketika membuat cerita ini. Teringat kisah di rumah itu. 

Rumahku syurgaku.

Harap-harap, keluarga aku semuanya sihat-sihat belaka. Rindu kamu.

Kamu-kamu adalah adik beradikku.

Dia adalah ibuku.

20 comments:

  1. adat berjauhan, pasti rinduuuu ! ;)

    ReplyDelete
  2. mmg begitu kn org tua..mcm bapaku, sedap2 kami tinguk marimar,dia pula mo tinguk berita jm 3 tv1.. nahh.. berabut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la bli satu lagi tv.hihiihh

      Delete
  3. aku pun dah lama tak jumpa 2org adik perempuan aku. mereka sangat bz... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecil kita sllu gaduh, bila besar n ada komitmen masing2, lama x jmpa, msti rindu kan hani...samalah kita hani. adik2 sy pun sibuk

      Delete
  4. hai kak misya,

    mcm mna buruk pun rmh kita, ttp tmpt yg paling tenang dan bahagia. family is everything. smoga keluarga kak misya sentiasa bahagia dan diberkati. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dik, betul tu, dimana pun kita berada, rumah la tmpt plg bahagia. moga keluarga ko bahagia jg dik;)

      Delete
  5. pandainya misya. siap ayat berkias2 lg. ada bakat ni jd penulis novel. rindu ye. huhu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik na, jauh lagi nak smpi ke tahap tu. huhhu... x pandai nak olah cerita novel. cerita hidup sendiri pandailah;)

      Delete
  6. smoga family berada dlm keadaan sihat.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ejulz. moga family kamu jg sllu sihat;)

      Delete
  7. rumah syurga dunia kita.. :)

    ReplyDelete
  8. ko tahu ka kak,ai nangis sap aku baca entri ko ni kak,ai mengalir sap buek moto ku,tiba2 pan aku sebak..mula2 aku ingat entri ini ko dengan suami kak,tapi bila aku baca pengakhirnya aku terus sebak..iskkk..huhuhu.


    ai tintam ku kuling semua memori lama kita di rumah lama itu kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diang kuna dik. aku pan sedih moso komen nu. mmg ada cerita di sebalik tajuk kok. mmg dik, kenangan yg akan kita ingat smpi2 bila;)

      Delete
  9. waktu bersama keluarga adalah kenangan paling mahal yang pasti akan kita kenang-kenangkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hana, ia x akan dapat digadai dengan apapun;)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...