Thursday, 5 April 2012

Satu tahun





Setiap kali aku lihat gambar ini, aku rasa sebak semacam. Aku  mengambil masa yang sangat lama dan melalui banyak cabaran untuk dipertemukan dan disatukan dengan dia. Selepas sekian lama menunggu, Tuhan pertemukan juga aku dengan pemilik tulang rusuk aku ini. Dia datang sewaktu aku sudah tiada harapan apa-apa lagi. Aku berserah dan aku bertawakal. Kerana, waktu itu, aku sudah tidak terdaya untuk mencari dia lagi.


Sewaktu kali pertama berjumpa dia, aku teragak-agak. Yang aku pasti, muka dia seiras muka kawan sekolah aku dulu. 14 tahun berlalu, dalam tempoh itu, selepas 2 tahun kenal begitu sahaja sedikit pun kami tidak rapat. Selepas  7 tahun terjumpa lagi dan masih juga begitu-begitu lagi. 2 tahun selepas itu barulah  ada telepati antara kami.  11 bulan, kami cuba buat telepati lebih erat sebelum dia kata, ' jom kahwin'. Status darah manis aku  pegang 1 tahun 2 bulan sebelum figura di bawah menceritakan babak seterusnya.


Klik link >Cik Na untuk tempahan

Dan bertitik tolak dari dua hari sebelum tarikh di atas, aku sudah persiapkan diri untuk menerima perubahan terbesar di dalam hidup aku bahawa syurga aku di bawah telapak kaki dia. Dan sehingga ke hari ini, hati aku ini hanya untuk dia dan satu kesyukuran yang paling tinggi aku panjat kerana dialah tuan empunya tulang rusuk aku yang hilang.

Nota kaki satu: Terima kasih untuk coklat yang comel dan sedap hasil tangan Cik Na.


24 comments:

  1. selamat ulang tahun, semoga kekal hingga syurga. menanti saat sebegini juga untuk saya. moga-moga ada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hana;) insyallah, smpi masa, ia akan datang jua. sy doakan moga hana bertemu jodoh;)

      Delete
  2. terharu n sayu baca,,, pemilik tulung rusuk yang hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun sedih masa buat entri ni. payah betul nak cari dia...

      Delete
  3. tahniah misya. moge bahagia selalu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak;) moga awak pun bahagia sllu.

      Delete
  4. Happy anniversary..sedap nampak coklat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih;) eh, memang sedap tau;)

      Delete
  5. sy rasa inilah yg org slalu kata,bila kita bhenti mcari br dia akan dtg :).hepy anniversary

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul,mungkin bila dah penat sgt, kita kena berhenti berharap. terima kasih ya:)

      Delete
  6. Semoga bahagia selalu ya..Tahniah

    ReplyDelete
  7. selamat ulangtahun misya... :)
    cantik coklat2 tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik nur. eh, mmg cantik. hasil tangan cik na;)

      Delete
  8. wahh..setahun sudah..moga kekal hgga hujung nyawa.. sebak rasa baca entry ko ne dear..pemilik tulang rusukku belum dijumpai lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm x sangka kan, aku sdh setahun kawen. teringat dlu masa masih gila2.;) insyallah, sekejap lagi ko akan terjmpa dia.;)

      Delete
  9. happy belated anniversary Misya. sweetnya pertemuan tu, semoga terus berkekalan sampai ke akhir hayat & berbahagia selalu!
    hehe.. welcome. sukanya tgk coklat tu ok je. tp knp misya tak letak elok2 love yg belah kiri tu. dh terpusing2 dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik na;) amin:) moga setiap doa dimakbulkan. heee, cantikkan, entah, sapa la yg buat.hahahhaa. dah excited gila masa nak ambil gmbr, smpi x nak kacau apa2;)

      Delete
  10. Happy Anniversary Kak! :D Smoga Bahgia ke akhir hayat!

    ReplyDelete
  11. hepy anniversary kak misya..:)

    ReplyDelete
  12. Tahniah..semoga berbahagia hendaknye...amin...

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...