Tuesday, 3 April 2012

sekecil-kecil kesilapan



Untuk ke sekian kalinya, aku berharap naluri insani dia masih dapat menimbangtara setiap apa yang aku utarakan. Jelas-jelas aku sudah terangkan akan kemungkinan yang akan berlaku jika dia terus begitu dan begini tetapi, nampaknya setiap apa yang aku pesankan untuk dia bagai daun kering yang jatuh di musim luruh. Aku cuma mahu dia beringat-ingat bahawa sekecil-kecil kesilapan yang dia buat akan menjadi omongan paling seksi pada orang yang mendengarnya. Dan kerana itu, aku mahu dia sudahkan ia di situ saja. Jangan menjadikan ia seperti cerita telenovela atau drama dari Seberang yang punya beratus-ratus episod. Sebagaimana dia mahu orang lain menerima dirinya, maka, aku berharap yang dia akan dapat menerima orang lain tanpa sedikit syarat malah biarlah dengan penuh prasangka yang sangat positif. Penyaluran cas positif di dalam dirinya sekurang-kurangnya akan mengelakkan diri menuduh orang itu adalah begini dan begitu. Ironinya, dia masih begitu malah terus-terusan membuat ayat yang membikin orang lain sakit dan terluka. Kasihan. Aku hanya mampu mengucap kasihan kerana aku tidak mampu untuk berempati pada keadaanya. Ia berada di luar kawal aku dan aku tahu dia sekarang berada di zon selesa yang tidak memungkin sesiapapun dapat mengirim sedikit pun kata nasihat seorang kawan kepadanya.

Kesal.

18 comments:

  1. Mendalam maksudnya ni misya...

    ReplyDelete
  2. Pandai adik bg mat menulis sekarang.....nnti mesti baby jadi seorang penulis terkenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. belum pndai lagi abg mat. masih sedang belajar. insyallah abg mat.doakan saja:)

      Delete
  3. Puan Misya ne memang suka bikin otakku bekerja keras memproses data yang ku baca dari tulisannya.. tapi aku paham walaupun lambat pick up..ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kena baca dari hati sayangku dyg, baru kau akan fhm apa maksudku;)

      Delete
  4. silap kecil itu yang selalu melindung mata manusia dari memandang kebesaran baiknya hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hani, manusia jarang melihat lagi kepada kebesaran hati kerana kesilapan plg kecil itu dianggap sebagai perlaku paling seksi.

      Delete
  5. bykkan bsabar ye misya.. :)

    ReplyDelete
  6. waa..puitis sgguh kata2 mu sis...apa2pun,bsabar la aa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sedikit puitis dik kerana kalau terlalu jelas, tiada lagi privacy;)

      Delete
  7. suka sgt ayat2 kat blog misya...menarik..boleh jd penulis yg berjaya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat-ayat pinjaman ilham dari Tuhan deqla.;) oh, saya masih belum ada kelayakan itu;)

      Delete
  8. aku minta maaf dear.. terpaksa tag ko nyh..mo tgk fesyen tudungmu ba..unikk..

    http://sweetylikecandycan.blogspot.com/2012/04/contest-cantik-bertudung-by-farina.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah...x payah mo minta maaf ba;) ok seja ni.;) nnt la klu ku rajin ku ikut;)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...