Sunday, 22 April 2012

Sendiri-sendiri



Sebelum aku berprofesi di Bumi Kenyalang ini, tempat untuk aku mengerti erti kerjaan buat pertama kalinya adalah di Labuan. Ketika di sana, aku punya ramai kawan yang selalu ada tidak kiralah sewaktu aku senang atau susah. Aku ada seorang kawan yang aku anggap seperti kakak kandung sendiri. Yang pada waktu aku gembira, dia sama-sama senyum dan ketawa meraihkan kegembiraan aku. Yang ketika aku sedih, dia ada untuk sediakan bahunya untuk aku menangis. Aku ada seorang kawan lagi, aku panggil kakak. Dia akan turut merasa gembira, suka dan hiba bila-bila pun aku melalui saat sebegitu di dalam hidup aku. 

Aku juga ada seorang kawan, lelaki yang aku lebihkan seperti saudara kandung sendiri. Dia begitu senang untuk menegur kesilapan aku dan begitu senang untuk menukar setiap rasa bosan dan kecewa aku dengan lawak bodoh dia yang tidak sudah. Bila-bila pun, kami bertiga perlukan dia, dia selalu ada, jarang sekali membelakangkan keperluan kami. Kalau saja dia masih ingat ketika aku begitu sakit, dia dan dua orang kakak itu turut datang dengan segera tanpa menunggu masa yang lama. Sebut saja di mana, di mana ada mereka, di situlah ada aku.

Dan seperti yang sudah direncana Tuhan, roda hidup ini sekejap di atas dan sekejap di bawah. Tiada penetapan dan ia akan berputar seperti itu pada setiap masa. Tuhan tentukan yang profesi aku harus berkembang di sini. Rezeki aku di sini tetapi apabila menjejakkan kaki ke bumi asing ini, aku kira yang tuah seorang kawan tiada lagi untuk aku. 

Aku tidak pernah menyalahkan setiap suratan hidup aku. Aku terima seadanya seperti yang aku belajar di dalam profesi aku. Penerimaan tanpa syarat perlu ada di dalam diri aku supaya aku tidaklah selemah yang mereka-mereka sangka. 

Dan, sehingga ketika ini, aku sudah berdikari untuk meneruskan keberadaan aku di sini. Aku sudah tidak lagi berasa aneh apabila aku keluar seorang diri membeli barang keperluan dan tiba-tiba perut masuk angin yang mana tiada alasan lagi untuk aku menunggu hingga balik ke rumah. Ya kalau di rumah juga, aku perlu  memasak dan ia mengambil masa yang boleh membikin aku muntah terlebih dahulu. Kerana itu, aku sudah terbiasa untuk aku makan seorang diri di kedai makan. Sudahnya, aku tidak peduli dengan mata-mata yang melihat aku duduk keseorangan menjamah Snack Plate dengan penuh selera. Atau, aku sudah pernah membeli  Pan cake, mencari tempat duduk di sudut tepi kedai tetapi, kerusinya semua berpenghuni dan akhirnya aku masuk ke dalam kereta, makan Pan Cake sambil minum air Kacang Soya tanpa menghiraukan orang meletakkan kereta di sebelah kereta aku yang kehairanan. Usai makan, aku keluar kereta, masuk kedai, sambung semula membeli barang-barang. 

Atau pun, baru sebentar tadi, selepas berurusan di Bank, kerana perut yang masuk angin dan benar-benar mahu di isi, aku bergegas ke kedai menjual roti, membeli roti perisa bluberry dan setin kacang soya, membukanya lalu berdiri makan di hadapan kedai yang menjual CD. Di sebelah menyebelah aku, ada lelaki-lelaki yang turut berdiri menonton cerita King-Kong sedang bermain cinta dengan heroin filem di kaca TV yang tergantung di kedai. Balik-balik aku berkata di dalam hati, tidak elok aku makan berdiri, tetapi kali ini, aku sudah tiada pilihan lagi. Hujan di lebat tidak memungkinkan aku untuk bergerak lagi. Tangan aku sudah bergegar dan silap masa, aku sudah mahu pitam. Gastik benar-benar ajar aku untuk tidak peduli pada tanggapan orang lagi.


Sebenarnya, gastrik ajar aku banyak hal yang sebelum ini aku amat takut untuk melakukannya seorang diri.  Mungkin Keterbiasaan untuk punya kawan buat aku selalu mengharap aku ada kawan. Sedihnya aku tidak punya kawan baik di sini seperti dahulu.

Jelas, aku memang sendiri di sini, tiada kawan, tiada teman. Luaran aku nampak keseorangan. Tetapi, berbeza dengan dulu, luaran aku nampak aku berteman tetapi hati aku sunyi sebenarnya. Sekarang, biarpun aku kesorangan tetapi hati aku tidak pernah sunyi. Emosi dalaman aku sebenarnya sangat kuat. Kuat kerana aku ada dia.  Dialah kawan, dialah juga suami. Dialah kawan yang bila-bila aku ajak ke mana pun, dia akan ikut sekali. Apa yang aku minta pun, dia akan tunaikan seberapa segera biarpun ada jarak pemisah antara kami. Dan sejak aku jadi isteri dia, memang aku bergantung kepada dia.  

Misalannya, paip yang bocor pun, aku masih harapkan dia yang akan menyelesaikannya. Aku akan menunggu dia pulang untuk jadi Pak Tukang. Dan, kalau masa seminggu itu, aku menunggu dia pulang, waktu itu jugalah, pinggan mangkuk aku akan basuh di dalam Kamar mandi. Ia menyusahkan aku tetapi, kesusahan sebegitu sebenarnya seratus kali lebih perit dari kesusahan aku sebelum ini.

Aku akui yang bersendiri itu bukanlah perkara mudah. Tetapi,  aku rasa, aku masih boleh berdikari. Sebabnya aku rasa, orang lain pun bukanlan kisah sangat kalau nampak aku jalan dan makan sendiri-sendiri. Rasanya, orang akan lebih kisah kalau aku jalan berteman, tentu mahu tahu siapa dan ke mana.  Oleh itu, selagi aku masih ada kesihatan yang baik, punya pancaindera yang cukup sempurna, aku tahu yang aku  perlu tolak ke tepi sedikit rasa malu yang membuatkan aku rasa aku tidak cukup keberanian untuk menghadapi hari-hari aku.


10 comments:

  1. hm, sye selalu ske bersendirian, x ske menyusahkn org lain....

    ReplyDelete
  2. misya,kamu itu dari dulu tidak pernah peduli tentang tanggapan org lain..tapi.. mereka itu,kenal kau,maka apapun tindakanmu,tidak memberi kesan pun kepada mereka..mereka itulah kami (keluarga B&k)..eee..rindu pula masa dulu..kann..

    ReplyDelete
  3. aku pun tak ada kawan baik misya. semuanya sendiri sendiri. tengok wayang pun sorang, berurusan di bank seorang, shopping brg dapur seorang, ke kedai buku, kedai kraf, galeri seni, sendiri sahaja. huhu..

    tahukan, tunang aku di marudi, jadinya aku keluar buat persiapan majlis pun seorang diri. sampaikan kalau aku sms dia cakap aku mahu keluar, dia mesti balas "keluar sorang lagi? degil.. tapi hatihati."

    awalnya dia bising, namun lama lama dia sudah biasa dengan kenyataan bahawa aku kalau tanpa dia, seorang sahaja di sini. :) kadang kadang, benar bahawa kesendirian itu adalah nikmat.

    ReplyDelete
  4. duk jauh dgn hubby ke dear? sabor ye. ;)

    ReplyDelete
  5. bagusla misya. berani & pandai berdikari. confirm letak mana2 pun mesti boleh survive punya. :)

    ReplyDelete
  6. sedeh pulak baca entry ni.. deqla pun sendri2 jgk...xde kwn baik kat opis...dye da pegi tinggalkan deqla (da benti).. so skng rehat pun sorg2, ke bank pun sorg, dan ke mana saja di opis ni...hukhuk...kat umah pun sndri kdg2.. hubby pulak bz keje...kdg2 kena out station, hurm..pada sape deqla nk mengadu? tension wooo keje2 kat opis tu...tp fikir2 blk, lebih baik sendri drpd ramai2 nnti suka buat ketupat pulak... lebih baik sndri drpd jaga tepi kain org...psssttt... kat sini ramai cam tu...huhu...well done sis... sis mmg pndai berdikari!! :(

    ReplyDelete
  7. sikit sy nangis baca ni sbb sy pun mcm ni jg.dulu byk kwn skali pindah tmpt lain jd lone ranger.mkn d kedai 1 org,beli brg pun 1 org.tiada kwn,hati pun sunyi.mmg sedih.Tuhan sj yg faham.

    ReplyDelete
  8. byk2 bsabar ye misya..semuanya dugaan..

    ReplyDelete
  9. ngini aku setiap kali moso entri nu kak mesti aku akan rasa sebak dan akan menitiskan air mata pada pertengahan cerita??

    mungkin aku belum setabah dan sekuat ko kak..huhuhu.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...