Thursday, 31 May 2012

Adik

Punya enam orang adik beradik dan seorang daripadanya adalah si bungsu yang kuat merajuk memang agak memberi cabaran di dalam kami adik beradik. Si bungsu ini seorang yang sensitif. Pantang diherdik sedikit mulalah muncung sedepa dari dapur hingga ke ruang tamu. Kalau mama suruh masak nasi, dia suka perkataan, TUNGGU DULU dan SEKEJAP. Kadang-kadang, dia hantar pesanan ringkas macam ini untuk aku "Long, tolong reload no. celcom aku". Ada juga masanya, dia hantar pesanan ringkas untuk aku berbunyi begini " I miss U, along ". Oh, sebagai kakak, naluri aku ini pun seperti orang kebanyakkan cepat tersentuh bila adik-adik aku yang jauh di mata hantar dialog macam tu. 

Si bungsu ini bukan main pandai bergaya. Sangat kreatif untuk mencari kelainan pada fesyen seusia dia 16 tahun. Sekarang sudah pandai tengok tutorial tudung di dalam You-Tube. Perangai dia yang masih tidak berubah sampai sekarang ialah dengar lagu sambil menyanyi sekuat hati pakai 'earphone'. Dia selalu jadi mangsa untuk model mekap aku dan tudung aku. Selalunya, bila aku keluar rumah, mata dia selalu saja menangkap kalau gaya aku pada hari itu kurang seperti biasa. Contohnya tadi, kami pergi rumah orang kahwin dan aku hanya pakai sandal biasa. Dia tegur begini, " hari ni, along jatuh standard sebab pakai sandal biasa. Selalunya dia tidak pakai high heels ". Aku ketawa saja padahal dalam otak sudah ligat berfikir, eh, pakai sandal pun jatuh standard ka dik? hahaha.

Sebelum ini, aku dan High heels memang tidak dapat dipisahkan tetapi sejak beberapa insiden yang berlaku, aku sudah tidak kisah untuk memakai sandal berjalan-jalan. Dulu, aku selalu rasa aku kurang comel bila tidak pakai high heels tapi sekarang, aku rasa aku lebih selamat memakai high heels. Pergi kerja pun, aku sudah pakai kasut rata macam kasut balet walaupun sebenarnya dalam peraturan kena pakai kasut sekurang-kurangnya satu inci tinggi atau 2 inci tinggi. Aku sudah pandai terpesong. Dan, sejak akhir-akhir ini pun, aku mulai menyukai kasut-kasut di kedai Bata yang punya span lembut dan bikin kaki aku tidak sakit lagi. Terima kasih, Bata.

Eh, entri aku tadi sebenarnya tentang adik aku. Patutlah suami selalu tegur, kalau aku buat entri, aku jarang fokus kepada apa yang aku sampaikan. Katanya, aku selalu bercerita lagi tentang hal lain sehingga isi utama yang sepatutnya aku ceritakan tergantung begitu saja. Bila aku fikir-fikir, ada juga benarnya kata dia. Jadi, untuk ini, aku mahu katakan sekali lagi, aku punya adik bungsu yang cukup manja, baik hati dan comel juga.;)








Nota satu: Dia kata, dia selalu jadi mangsa dalam keluarga tapi dia kata juga yang dia paling senang untuk dapat apa yang dia mahu. ;)

Nota dua: Aku ada seorang lagi adik perempuan. Comel juga. Eh!.;)


18 comments:

  1. Biasalah adik.. selalu dimanja.. haha

    ReplyDelete
  2. ndu bah adik!! sama ja pesen tudung mu sm kakakmu kih kih kih..ee ko di sini ka pl misya..

    ReplyDelete
  3. dya sampai skrg mmg tak suka pakai heels..hihi

    ReplyDelete
  4. oh misya ni anak sulung rupanya. muka seiras dgn adik. adik bongsu mmg lah penyeri dalam family. kalau xde sekejap pun da rasa sunyi. :)

    ReplyDelete
  5. ai xde adik..ai jg bongsu sama seperti adik misya..xtahu rsnya mcm mn kalo ada adik,pasti meriah..

    tp ai suka lah ayat last ni:-
    Dia kata, dia selalu jadi mangsa dalam keluarga tapi dia kata juga yang dia paling senang untuk dapat apa yang dia mahu ~ betul sgt2!

    ReplyDelete
  6. hehe kakak dan adik memang sama2 pandai bergaya ^_^

    ReplyDelete
  7. sama tul muka kamu kak,sebiji..hehehe..

    ReplyDelete
  8. hehe..sama je rupa dan gaya~~ :)

    ReplyDelete
  9. nak ko tau kuling..adk ku yg bongsu tu tu lgi pndai pakai tudung dri aku..mcm2 fesyennya..yg aku ne asl pakai saja..dia lgi pndai bgaya kalo berdressing..hihi

    ReplyDelete
  10. same la muka nye....adik bongsu memang macm tu kan..:)

    ReplyDelete
  11. hihi. adek bongsu mmg mengade kan. tang mate korang, sameeeeee. ;)

    ReplyDelete
  12. eh ada iras misya la..comel...untung la ada adik.. deqla xde sbb deqla si bongsu..hihi

    ReplyDelete
  13. comel mcm kakak dier jugak....

    ReplyDelete
  14. e'eh..muka sepesen la...

    Masha gan adik2 cmasha sume muka laen2 tau...
    nanti Masha kasi tengok eh...

    ReplyDelete
  15. Adik comey mcm kakak=)))

    saya pun dah x pakai high heel lagi...
    sakit kaki=))

    ReplyDelete
  16. mcm kembar plak hehehe

    salam perkenalan dr wani follower ke 252 :)

    ReplyDelete
  17. sm la ngn adik sy...kte org mmg rapat..tp kalo gaduh pn hebat jgk...haha..dia ni jns kuat merajuk..malas nk layan...pi merajuk sengsorg..haha..jahatnya
    follower ke 253

    ReplyDelete
  18. muka nak sama..hehe..dear ayu follow sini..ayu ahli gsf yg baru..jemputlah ke blog ;-)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...