Monday, 21 May 2012

Aku begitu. Kamu?



Merasa binggung ketika berada di hadapan almari membelek setiap baju, seluar dan tudung untuk dipakai bukanlah perkara luar biasa yang aku selalu alami. Sejak umur sudah semakin bertambah, badan semakin berisi dan tuntutan jiwa untuk lebih bersopan dengan berpakaian menjadi faktor utama alasan aku untuk menjadi begini. Bukan sekali dua perkara ini berlaku malah, semakin kerap dan sesekali akan timbul rasa risau di dalam diri tentang pakaian yang rasa-rasa aku cukup tapi sebenarnya tidak cukup untuk menutup semuanya. 

Kalau dikenang-kenangkan, jiwa kacau usia remaja yang indah selalu jadikan setiap fesyen itu cantik di mata walaupun tidak pada fitrahnya. Melihat kepada model-model yang liuk-lentok tubuh saja pun, kaum perempuan sendiri akan berkata, 'Perghhhh, bila lah aku nak dapat tubuh macam tu?'. Emosi-emosi teruja seperti ini bermula dari pembawaan fesyen dan saiz tubuh badan para model yang sangat membikin rasa, ' aku mahu jadi macam dia, aku mahu cantik seperti dia'.

Selepas itu, bermulalah episod diet itu, diet ini, senam sana, zomba sini. Ya, gara-gara mahu cantik seperti model. Aku selalu terfikir, asal cantik, mesti ada terkaitan dengan model. Kalau model mesti cantik. Kalau tidak cantik, agak-agak muka Pan Asian pun okey juga. Masih boleh laku lagi untuk diterima jadi artis jemputan, atau untung sabut timbul, boleh dapat tawaran jadi model iklan. Untung kan, orang cantik!

Melihat kepada diri aku sendiri, aku selalu perhatikan isi almari aku. Sebegini lama menjadi wanita, aku mulai perasan ada longgokan-longgakan pakaian yang serasa aku sudah tidak sesuai lagi untuk aku. Hakikatnya, aku masih suka kepada 'mix and match' sebab itulah aku suka kumpul cardigan pelbagai warna. Boleh sarung dengan baju-baju ala anak-anak yang semakin sendat di tubuh. Tapi, sebenarnya seiring dengan bergeraknya waktu, dengan umur sebegini dan status isteri orang, ada beberapa perkara yang aku perlu pandang dan teliti berkali-kali.  

Bagi aku, perkahwinan itu sangat memberi kesenangan untuk setiap mereka yang ada di dalamnya. Isteri adalah insan yang paling senang untuk masuk syurga dan paling senang juga untuk masuk neraka. Itu aku sudah sedia maklum dan selalu muhasabah diri.

Kerana itu, dalam keterujaan untuk menata rias diri, bergaya dengan itu ini, ada banyak kali jugalah suami menegur  misalannya: 'baju itu pendek, seluar itu sangat ketat atau tudung itu perlu dilabuhkan sedikit'.

Bila dia prihatin bab-bab begitu, maknanya, aku kena berkali-kali lebih prihatin pada diri aku sendiri. Kalau suami menegur, itu tandanya dia mahu belajar menerima dan akhirannya sekarang, aku akan lebih suka bertanya terlebih dahulu apabila menyarung pakaian, 'eh, sayang, baju ni pendek sangat kah? 'dress ni tidaklah seksi sangat kan? atau sayang, kalau buat tudung macam ni nampak kemas kah?' ( Suami banyak tahu cara aku lilit pashmina  / shawl sebab dia yang akan jadi rujukan kalau lilitan itu kemas atau tidak ... hihihhi... )

Sebagai perempuan, aku tahu ada banyak jenis pakaian yang kita ada. Dalam dan luar semua diambil kira. Cuma sekarang selain berkaitan dengan kependekan baju, ketatnya seluar atau pendeknya tudung, aku juga ada masalah masih tidak cukup warna untuk padankan setiap pakaian dan tudung aku. Rasa-rasa aku, aku ada begitu banyak tudung tapi, aku masih juga akan cakap yang tudung untuk warna baju ini tidak ada. Gila begini. Kadang-kadang aku sempat termenung bila mencari tudung untuk dipadankan dengan baju.

Aku begitu. Kamu?

Emosi merah ;)






19 comments:

  1. comelnya misya berpakaian serba merah..!

    hebat ya suami misha, pandai bab lilitan pashima, sedangkan nur sendiri pun xberapa mahir dalam lilitan shawl..hihihi.

    untuk memilih pakaian, nur juga sama macam misha..kdg2 berjam2 memikir..huhuhu

    ReplyDelete
  2. aah sweet je bila tgk misya dressing serba merah..

    ReplyDelete
  3. nah kuling.. aku men hentam saja kalo bab2 tudung ne..asl saja nda mengasi pening kepalaku, aku hentam saja..kdg2 baju merah, aku kasi padan tudung warba kuning..hihi

    tapi, bab2 dressing, kau la paling hebat.. kalo tidak, masakan dapat pelajar pakaian terkemas dan tercantik masa d maktab...hihi

    ReplyDelete
  4. hihi. same lahhh. kalau dah namenye ppuan, itulah die kan. tudung dh boleh buat butik. beli, beli dan beli. nak matching kan . ;)

    ReplyDelete
  5. untung misya dpt suami yg pandai menjaga aurat isteri.
    selalu jgk la termenung depan almari tu & bertukar2 pakaian 2,3 kali sebelum keluar. hihihi.. :)

    ReplyDelete
  6. Jenguk2 member GSF.. Hope keep in touch

    ReplyDelete
  7. hihihi aku tahu sangat perangai ko tu kak..hahaha.

    sumil bana sap merah itu kak..tapi jaga2 sembet sapi..hahaha.

    kak jangan lupa inform aku kalau kakak jalan2 sini johor a,mana tahu nembet juga aku pegi singapore...hahaha.

    ReplyDelete
  8. alahai..merah yang cantik..suke tgok..:)

    ReplyDelete
  9. setiap pakaian itu ada seninya... yg penting pakaian tersebut mestilah mempunyai seni bela diri.. =) Selamat Menyambut Bulan Rejab..

    ReplyDelete
  10. hehe biasa sangat macam tu... bju sampai dua almari,,, time nak pi keje, mula termenung depan almari... huhu takde bajulah nak dipakai... boleh plak gitu...

    ReplyDelete
  11. ah.. kamu begitu. hehe.. saya? aku org yang paling simple mungkin. jeans, blouse panjang dan tudung bawal, itu wajib. dan cukup itu sahaja selalunya.hehe..ada yg kata kau malas berdandan. tapi kalau aku rasa selesa, asalkan tak selekah bagi aku sudah cukup. pashmina cuma rajin dililit waktu aku uzur supaya aku tak perlu melilitnya semula tiap kali selepas solat di surau/masjid luar.hehe..

    ReplyDelete
  12. pandainya hubby sis misya buat lilitan cam tu...haha...untung la...sis misya sgt cun dgn warna merah...org putih kan...nk pakai apa pun padan...siyes, si misya sgt cantik!!

    ReplyDelete
  13. mmg perempuan akn masalah ni kan.

    ReplyDelete
  14. sama la mish..ai pun sama kekadang ddk dpn almari smata2 nk padankan bj dgn tudung.haishh mmg pompuan mcm tu kan =p

    erkk..cute la misha dgn warna merah mcm tu..ai x berani pakai terang2 mcm tu tp seyes bl org lain pakai nmpk cntik kan :)

    ReplyDelete
  15. HAHA cendol pn same..baju bnyk tp alih2 ckp takde baju nak pakaiiii..adoiyaii..cendol tak sukee pakai baju yg sama berjumpe org yg same.thats my problem! HAHA

    ReplyDelete
  16. biasalah tu..perempuan~~ hehe :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...