Sunday, 13 May 2012

Bukan mimpi sempurna


Seminggu ini, aku lalui hari-hari aku dengan sedikit kurang semangat. Pergi kerja dan balik kerja jadi perkara yang membosankan secara tiba-tiba. Asyiknya untuk berkerjaan yang dulu jadi menjadi berkurangan kerana hal-hal sedikit yang merunsingkan. Semuanya berpadu menyatu kepada satu. 

Bila sendirian, aku sendiri memikir. Ternyata, emosi peribadi memang boleh membawa kepada sesuatu yang menggila. Biar pada mata orang lain, ia adalah halimunan tapi di mata aku yang mengalami, ia adalah satu hambatan yang membikin aku menjadi penganalisis. Kerana itulah, setiap orang harus tahu membezakan emosi ketika di tempat kerja dan di rumah sendiri. Mujur, aku ini walau bukan seorang pelakon handalan tapi masih boleh menjiwai watak berpura-pura tenang di hadapan semua. Walhal di depan orang rapat seperti suami dan keluarga, emosi aku cepat mereka tangkap, lenggok suara aku dapat mereka kesan.

Runsing yang tiada sudah terbawa-bawa kepada mimpi. Begitulah syaitan apabila ingin memperdaya hati manusia. Silapnya aku adalah, aku membawa setiap emosi ke dalam tidur. Emosi susah hati dan akhirnya ia memberi mimpi yang ngeri. Mujur sajalah, kebodohan mempercayai mimpi itu masih boleh aku tolak-tolak di sudut hati. Mimpi aku sedikit pun tidak sempurna. Ia cacat di mana-mana.

Ya, moga saja mimpi itu mainan tidur hasil dari emosi yang kurang stabil. Sekali lagi, aku mahu ingatkan diri sendiri, basuh kaki dan baca doa sebelum tidur. Mungkin semalam, aku lupa untuk berbuat demikian, lalu bermimpi ngeri. Mana mungkin aku salahkan cerita The Moon That Embraces the sun sebagai penyebab aku tidak sempat membasuh kaki dan membaca doa kerana aku terlalu mengantuk selepas menontonnya.



34 comments:

  1. laaaa... tgk crita smpai termimpi2.. bah.. jgn terlalu beremosi mendung.. tidak bagus untuk baby..

    Lagu adira ba tu.. sakura tajuknya..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..tu la kuling. oh, lagu adira ka tu? siuk tu lagu tau;)

      Delete
  2. mimpi itu mainan tidur..xboleh pcaya seratus peratus..
    biasalah syaiton kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula syaitan mmg suka main2 dgn kita;)

      Delete
  3. emm syaitan selalu je nak memperdayakan manusia.
    happy2 selalu ye misya. nanti baby keluar muka manis je mcm ibunya. :)

    ReplyDelete
  4. agak misteri gambar itu...

    P/s : Minta bantuan undi saya di hari terakhir , undi di http://bit.ly/I5h6Rw

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cerita di sblk gmbr.;) insyallah.

      Delete
  5. sye ske citer tu! tp ending dier x best....

    ReplyDelete
  6. jgn terikut- ikut sangt.. nti tension

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, akan dipraktikan dieyna

      Delete
  7. semoga terus tabah menghadapi hari2 yang mendatang.

    ReplyDelete
  8. Orang bilang, kalau terlampau fikir satu-satu benda tu sebelum tidur, memang akan terbawa jadi mimpi. Sebab minda separa sedar kita masih lagi berfungsi walaupun kita sudah tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. na kan, mmg begitu ba kan. kena try ni klu tidur, ingat pekara yg happy jak;)

      Delete
  9. tengok cerita sampai terbawa2 dalam mimpi rupanaya...

    ReplyDelete
  10. mimpi mainan tidur...
    tapi tu la, kadang2 emosi terikut-ikut skali kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cuba utk x beremosi sblm tidur la AA spy x terikut-ikut;)

      Delete
  11. btl kata cik nur tu..mimpi tak boleh caye 100 peratus.:D

    ReplyDelete
  12. hati² ms expecting ni dear. baby boleh turut rase yg same. ;)

    ReplyDelete
  13. halo gan,
    tetap semangat tinggi ya untuk jalani hari ini ! ditunggu kunjungannya :D

    ReplyDelete
  14. mimpi mainan tdo..jgn pecaya bulat2 k..paling penting, jgn terlalu emosi ya...jaga kesihatan dan baby dlm kandungan!!

    ReplyDelete
  15. Bosan o kan kalau kerja suda jadi rutin... hari-hari benda yang sama. Dan bila kita simpan perasaan, masalah tu terkumpul. Takut satu hari nanti, tiba-tiba meletup :P

    Kamu mimpi benda yang ngeri ka, Misya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha, tu la ba, mmg bosan sbb jd rutin sdh kan.naa, klu sdh meletup, itu yg bahaya;)

      Delete
  16. selamat hari guru misya. semoga sentiasa jd pendidik yg cemerlang & dedikasi. mesti dpt byk hadiah kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik na;) insyallah. eh, x la byk sgt. hihih

      Delete
  17. xpe2..anggap je mimpi tu sbgai mainan tidur,
    next time jgn lupa baca doa dulu ye =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah cik aini. nnt sy akan ingat sllu;)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...