Saturday, 12 May 2012

Ini keterbiasaan yang belum pernah berubah


Pagi aku agak berserabut hari ini.  Lewat terjaga dari tidur menyebabkan aku bersiap-siap ke tempat kerja dengan kadar yang sangat segera. Mujurlah hari ini hari Sabtu dan jalan pun tidaklah sesak sangat untuk aku memandu  ke sekolah. Beginilah keadaan aku setiap kali ada sekolah ganti hari Sabtu. Apabila minda sudah terbiasa dengan hari Sabtu adalah hari cuti, pertukaran maklumat akan mengalami sedikit kejutan. Ini keterbiasaan yang belum pernah berubah di awal tahun dua ribu dua belas. Bila ia akan berubah, aku pun tidak pasti kondisinya.

Memandangkan hari ini juga ujian diadakan untuk semua murid dan kelas aku adalah masa yang pertama, sekali lagi aku berlari-lari anak untuk sampai ke kelas sebelum masa bermula. Kelas yang aku awasi ada di tingkat 3, termegah-megah aku naik ke atas. Setiba di kelas, aku bahagikan semua kertas soalan dan malangnya ada 2 helai kertas soalan yang tidak cukup untuk murid. Mujur kelas sebelah punya kertas soalan yang lebih. Murid mula menjawab soalan jam 7.25 pagi dan mereka semua nampak tenang dan bersedia sepenuhnya. Cuma, tiba-tiba, aku lihat seorang murid berlari-lari anak masuk ke dalam kelas. Aku lihat jam, 7.45 pagi!. Tanpa aku tanya, dia terus maklumkan yang kereta mak dia rosak di pertengahan jalan ke sekolah. Aku angguk saja dan terus minta dia duduk di tempatnya dan bersedia menjawab soalan. Belum sempat duduk, mak dia pula sampai dan katakan,

' Cikgu, kereta saya rosak tadi. Tulah Amirah sampai lambat. Saya ikut hantar dia ke kelas kerana dia takut cikgu  marah dia.''
' Oh, okay. Tak apa'.

Aku senyum saja dengar setiap apa yang dia maklumkan.  Lambat?? waktu begini aku masih boleh bertimbang rasa. Tapi, jika waktu itu adalah waktu kertas Peperiksaan UPSR, aku sendiri belum tentu dapat tolong.

Isu datang lambat ke sekolah, aku sendiri pun pernah dan selalu lambat ke sekolah masa belajar dulu. Setiap kali terlambat ke sekolah, aku akan menangis tanpa henti kerana takut dimarah oleh cikgu dan malu dengan kawan-kawan. Penyebabnya ada banyak tapi bukan semua orang mampu memahami masalah kita. Bukan semua orang dapat menerima setiap kekurangan kita seadanya. Bukan semua orang bersedia untuk meletakkan dirinya di tempat kita.

Dulu, aku pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Kadang-kadang seiring dengan Mama Arina. Kalau masa tu panas terik, baju memang lecun. Berpeluh-peluh dan sekejap-sekejap berhenti di bawah pokok tepi jalan untuk berehat. Belum lagi masa hujan, habis semua baju dan buku-buku basah. Balik rumah terpaksa jemur bawah kipas atau terus di atas zink yang mama letak di luar rumah. Masa-masa hujan atau panas inilah, aku selalu mengharapkan ada sesiapa yang akan menumpangkan aku. Tetapi, selalunya jiwa hampa. Mereka-mereka yang punya kereta selalu berlalu begitu saja.

Waktu aku belajar di UiTM pun, hal yang sama pun berlaku juga.  Aku duduk menyewa di luar bersama-sama seorang kawan, Lieyan. Untuk masuk ke kampus, kami kena menumpang 2 bas, satu dari rumah sewa ke simpang UiTM dan bas lagi untuk dari simpang tersebut ke kampus. Kalau bernasib baik, adalah kawan atau pensyarah yang sudi tumpangkan. Tapi, kebanyakkannya terus-terusan memandu tanpa melihat ke kiri dan kanan. Untuk itu, aku selalu bersedia untuk tidak mengharapkan kebaikan orang lain dan terus menunggu bas tumpang atau bas UiTM. Lebih sadis, kalau bas sudah penuh, kami terpaksa berdiri dan aku sudah banyak kali hampir-hampir terjatuh apabila bas melalui selekoh. Gedebuk-gedebuk buku jatuh. Nasiblah badan bila lalui keadaan genting macam begitu.

Kerana itulah, besar-besar panjang dan tua begini, jiwa aku cepat terkesan dan kesian dengan mereka-mereka yang berjalan kaki dan menunggu bas. Malangnya aku tidak mampu berempati. Berempati bermaksud, aku akan tumpangkan mereka sekali di dalam kereta aku. Waktu begini juga, barulah aku sedar, mungkin mereka-mereka yang tidak menumpangkan aku ketika aku menunggu bas atau berjalan kaki dulu, punya urusan yang sangat segera dan alasan yang paling kukuh untuk tidak berbuat demikian. Yalah, kalau kita tidak kenal orang, macam mana mahu berjiwa berani bagi tumpang kereta sendiri? Kalau pun kita kenal tapi kita buat-buat tidak kenal, mungkin kita akan rasa tidak selesa bila dia tumpang kereta kita. Dan juga, mungkin kita rasa kita malas untuk beramah mesra bersama orang baru tu dan akhir sekali, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk terus mempercayai orang lain. Insiden mengacu pisau atau pistol dari belakang ke arah leher dan kepala memang sangat menggila di setiap drama. Aku pun tidak berani.

Berbalik kepada isu lambat tadi, sekarang aku sedang dalam usaha memperbaiki diri. Jangan selalu lambat dan percantikkan setiap urusan aku dengan kadar jam 24 jam yang paling maksima. Apabila lambat ke tempat kerja, akan ada di jiwa aku, takut bos marah. Ada mesyuarat, terus datang dengan segera. Dan konsep itulah yang aku mahu gunakan untuk amal ibadat aku: Kalau waktu solat sudah sampai, aku wajib solat dulu. Takut Tuhan marah.




21 comments:

  1. pernah juga masa dimaktab ko lambat kan kuling..hihihii

    ReplyDelete
  2. hahahaa..tau tak pe. mmg aku sllu lmbt kan.muahahaha;)

    ReplyDelete
  3. sekali dengan mama arina rupanya..!
    sekampunglah ni.. :)

    sekarang ni bahaya nak tumpangkan org..
    jnayah ada di mana2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nur, heeee... mama arina tu sepupu sekali saya;) ya, betul, susa la nak tumpangkan orang. takut;)

      Delete
  4. samalah bah kita ni MENAPAK punya geng..kalau setakat cp sama wisma merdeka tu tiada hal ntah ntah pg suria sabah pn boleh kali..ZAMAN MUDA..ni cuba sudah umur 3.0 ni masih larat ka ni a..? huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni x sdh larat mo tawaf cp ke wisma tu ma;) cepat penat;)

      Delete
  5. hehe rakan seperjalanan mama arina rupanya.. hehe dulu2 selalu bengang, masa hujan berjalan kaki ke sekolah, nampak kereta cikgu lalu tak tumpangkan.. rasa macam cikgu tak prihatin... huhu skang da jadi cikgu,selalu nampak pelajar berjalan balik ke rumah, tak dapat tumpangkan sebab berlainan arah tujuan... roda berpusing, n Dieyna dah tau apa sebabnya cikgu berbuat demikian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dieyna mama arina tu sepupu sekali sy;) tula kan, skrg bila dah besar dan ada keta sendiri, baru terfikir;)

      Delete
  6. kalau dh biasa tu mmg susah sikit nak ubah.
    ooo misya sekampung dgn mama arina & satu maktab dgn sweety? kawan lama la ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. chic na, ya, nak berubah ambil masa betul). eh, ya mama arina tu sepupu sy dan sweety tu kwn maktab sy;)

      Delete
  7. sgt baik utk perkembangan baby. byk² kan buat yang terbaik. baby boleh rase tau. ;)

    ReplyDelete
  8. group segar followers ramai org sabah dan cikgu kan...bestnyeee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. deqla, sy rasa org sabah, sy, etuza, mama arina dan sweety je.;)

      Delete
  9. btul2,
    kdg2 kesian tp rs takut tu menguasai diri tuk tolong sbb zmn skrg ssh tuk kita mnduga kan =p

    ai pun kearah nk mngubah sifat2 lama yg x ilang2 lg tu.hehehe

    ReplyDelete
  10. hahaha...ko pernah ka kak naik mesigan mak nah itu.itu adalah satu kenderaan yang selalu aku harafkan untuk menumpang bila hari sudah hujan.lawa jeno kasut teko ensekul.hahaha.

    kenangan2 kita itu tetap segar di ingatan sehingga kini kak :)

    semoga berjaya improve kan diri kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..tito aku baca komen ko dik. mmg pernah sab aku naik tu mesingan mak na.muahahhaah.menik jeno san tenau. tingot nu lagi pikap ma ladin eh dik. hahahaa. san pan ngontor2, penik ti jo.;) sllu bana aku makai plastik dik spy kasut nia kama.muahahaha. insyallah diK:)

      Delete
    2. hahaha..pikap mak ladin senentiasa segar di minda kak,biar pun gontor2 namun penenik jeno..hahaha.yan diam pekiran ku amun menik a"pian no amun bulek kerita tu temban a,matai no"hahaha.

      hahaha,somo bana akal a,haha.plastik sangat penting ketika itu kak..hahaha..

      Delete
  11. aku sangatNsuka ayat last tu kak..yg bold hitam tu..semoga berjaya kak :) doakan untuk diri sendiri juga.hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee...aku pn suka dik.hrp2 berjaya;)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...