Wednesday, 2 May 2012

Itu aku percaya



Sedar tidak sedar, rupa-rupanya Mei sudah datang menggantikan bulan April yang lalu. Pejam celik mata aku, hampir setengah tahun perjalanan hidup aku di dalam tahun dua ribu dua belas. 5  bulan pertama yang meninggalkan seribu satu kegembiraan dan seribu satu kesedihan yang masih aku simpan kemas-kemas di dalam hati aku. Berjayanya aku melalui setiap fasa-fasa ini banyak terkesan daripada mereka-mereka iaitu keluarga dan kawan-kawan yang mana, ketika jatuh bangun aku pun,  mereka akan selalu wujud. Tidak pernah untuk bertindak ingkar pada sebuah ikatan. Itu adalah salah satu keistimewaan di dalam setiap perhubungan yang aku ada. Biarpun jauh tapi aku selalu rasa yang mereka sangat dekat dengan aku. Alhamdulillah, aku panjat seberapa banyak kesyukuran pada Tuhan untuk kurniaan hebat ini.

5 bulan yang pertama, mengharung kehidupan yang semakin mencabar hati dan minda, aku masih terus-terusan bersyukur pada Tuhan apabila perniagaan kecil-kecilan aku dapat memberikan aku peluang untuk membuat penyimpanan bagi masa depan aku dan keluarga kecil aku. 

Sebenarnya, sebelum berkahwin, aku sudah banyak impian yang aku sudah lama ingin capai. Dan, itu semua ada aku catatkan di dalam 'bucket' list' aku seumpama di dalam cerita 'Scent of Women', cuma, penyempurnaan kepada setiap impian-impian aku banyak aku dapat lakukan selepas aku sudah ada kerjaya tetap dan berkahwin.  Kerana itulah, aku bersetuju sangat dengan pendapat mengatakan yang selepas berkahwin, rezeki akan selalu dimurahkan Tuhan

Dulu, aku mulai perasaan hal-hal begini apabila kawan-kawan aku satu persatu tinggalkan zaman bujang dan beralih jadi isteri atau suami orang. Rezeki mereka datang selepas dan seterusnya di dalam fasa perkahwinan. Masa itu, aku mulai dan semakin cemburu. Aku menunggu saat seperti itu. Aku juga mahu menjadi seperti mereka yang punya itu dan ini. Semuanya nampak teratur dan cantik setiap apa pun yang Tuhan rencanakan untuk mereka. Aku kagum untuk itu.

Kemudian, apabila aku sudah berkerjaya dan berkahwin, sedikit demi sedikit aku dapat lalui fasa yang kawan-kawan aku pernah lalui. Dari fasa-fasa itu, aku semakin percaya dan yakin yang sememangnya perkahwinan akan memudahkan segala-galanya untuk aku. Maksud aku, perkahwinan menjadikan aku mulai berfikir itu dan ini., Contohnya, dengan adanya suami, ia dorong aku untuk memperbaiki kelemahan diri aku dan memperhebatkan lagi kelebihan yang aku ada. Malah ia buat aku lagi berfikir ke hadapan. Pendek kata, masa depan kami.

Kalau dulu, aku masak benda yang sama untuk diri aku sendiri tapi selepas ada dia, aku sudah masak pelbagai jenis makanan yang aku sendiri tidak pernah cuba selama aku masih bujang dahulu. Agak segan juga mulanya masak untuk suami, takut kalau-kalau makanan itu tidak sesuai dengan tekak dia, tapi lama-lama, aku sudah belajar perkara 'DO and DONTS' antara kami. Perkara begini sebenarnya menjadi satu keseronokan apabila pada suatu masa, aku masak terlebih masin atau terlebih gula hingga menyebabkan muka dia bekerut-kerut menahan rasa. Nah, bukankah dengan itu, aku belajar untuk 'TRY & ERROR' sehingga aku betul-betul buat yang terbaik?

Sebenarnya, banyak perkara yang perlu dipelajari apabila sudah di dalam fasa berdua. Perkara 'LIKE and DISLIKE' pun ada banyak yang perlu difahami. Itu belum lagi tentang 'WAJIB and HARAM' yang wajib diketahui juga oleh kami. Tapi, bukan itu yang aku ingin fokuskan di sini. 

Aku sebenarnya memberi fokus kepada perkara bahawa, aku sangat percaya yang selepas kahwin, rezeki akan dipermudahkan dan dimurahkan oleh Tuhan. Kalaupun bukan dari segala segi tapi mesti ada untuk sesuatu hal. Mungkin perkara ini disebabkan oleh perhubungan yang berkat  lalu, ia akan memudahkan segala urusan. Itu aku percaya. Kamu?




28 comments:

  1. iya..aku mmg sdh lama percaya..rezeki selepas kawen tu akan dtg mencurah2..

    tugas kita cuma harus sentiasa bersyukur apa adanya..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, klu gitu, aku tunggu kad jemputan ko ni daling;)

    ReplyDelete
  3. sy percaya. byk mendengar pengalaman dr kawan2 yg dah berkahwin. lepas dpt anak lg lah mencurah2 rezeki mereka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul kan chic na. moga2 kita pun sllu mcm tu;)

      Delete
  4. betul..saya juga sudah mengalaminya...lagi2 bila dah ada anak..memang rezeki tu ada aje...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, bestnya. murah rezeki lela;).

      Delete
  5. setuju dgn chic na.. anak tu pembawa rezeki dlm rumah tangga.. perkahwinan semmgnya mematangkan diri kita.. mcm biasa, deqla suka sgt dgn penulisan sis misya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. deqla:). betul tu deqla. mmg anak pembawa rezeki;) eh, malunya, ni tulisan besa2 je;)

      Delete
  6. saya percaya, tapi parents kami tak percaya..huhu~~

    ReplyDelete
  7. nur juga percaya...! khawin dan anak, masing2 punya rezeki yg berbeza.

    ReplyDelete
  8. misya..omelet tu kan ada tu di giant d bahagian bahan2 kek..ada juga tu bertulis OMELET..warna kuning tu wrnanya..ala2 minyak yg di kasi beku warnanya..ko buat la darling..sedap tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, ba, nnt aku cari di giant tu omelet. yeh.;) semangat ni mo bt aiskrim sendiri;)

      Delete
  9. Rezeki berkahwin kan kak. Tapi rasanya masih ramai lagi yang kurang percaya. Terutama mereka yang kononnya 'kebandaran' sangat. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, lain2 prinsip kali kalau org kebandaran kan.;)

      Delete
  10. aku pun percaya kak...kehidupan yang sangat indah dan teratur bagi saya juga selepas berkahwin..:)

    semoga jodoh kita dengan pasangan berkekalan hingga akhir hayat kak,semoga bunga2 cinta tetap mekar disanubari.yang penting kita pandai jaga hati dan maruah suami :)

    jaga hati jaga perut mereka juga..hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dik. betul tu. hidup ko pun sgt indah skrg;) naaa, lps ni masak sedap2 utk suami;)

      Delete
  11. bila baca entry sis ni,makin btambah2 perasaan sya mau bkhwin sis...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naa,klu gitu, kasi cepat2 tu proses dik;)

      Delete
  12. betul. dan rezeki Allah sangat luas. kawen adalah sunnah. setan meraung² bila anak Adam nikah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an saja Allah selalu berikan rezeki utk kita;)

      Delete
  13. dya pun percaya kak.. lama tak singgah kat blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita percaya benda yg sama dya;) ok, slmt berkunjung;)

      Delete
  14. ~entry yang best..tak sabar lak nak kawen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee...tq wlupun entri ni sebenarnya biasa2 je.;) wah, cepatla kawin;)

      Delete
  15. entry yang bikin saya rasa nak kahwin juga.

    Saya doa awak dan suami sentiasa hidup dalam kebahagiaan sampai mati ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hana. sy doakan hana jug akan temui bahagia hana;)

      Delete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...