Monday, 28 May 2012

Moga hidup diberkati

Aku juga seperti kebanyakkan orang yang punya 24 jam sehari. Dengan jumlah masa yang terhad inilah aku jalani kehidupan peribadi dan sosial aku. Seminggu sebelum ini adalah minggu terakhir sebelum cuti sekolah dan aku terlibat dengan pelbagai aktiviti yang menghalang aku untuk membuat entri baru untuk bunga dan sepet.  

Sekarang, aku sudah berada di kampung halaman untuk bercuti bersama keluarga dan suami. Kehidupan aku beginilah, selalu menunggu untuk balik ke kampung. Alasannya, aku akan dapat bersama suami keluarga 24 jam sehari. Paling memberi rasa bahagia apabila aku buka mata, ada suami di sebelah dan bila aku buka pintu bilik, menghala ke dapur, membuka tudung saji, ada makanan yang sudah pun siap dimasak oleh ibu.  Sungguh-sungguh aku tidak dapat nafikan yang berjauhan dengan suami dan keluarga adalah satu cabaran rutin yang sedang aku tabah jalani seorang diri. Kerana ituah waktu cuti begini, aku perlu gunakan seberapa banyak masa yang aku ada bersama mereka. Maksimumkan masa aku untuk lebih memahami mereka.


Empat hari cuti berakhir dengan 2 aktiviti yang aku sudah rancang sebelum bercuti. Pertama, 27 Mei 2012, aku ikut serta dengan adik yang ada buka gerai setiap hari ahad di Tamu Mingguan, Kota Belud. Dia  sebenarnya membuat perniagaan kecil-kecian iaitu menjual beg, baju dan tudung / pashmina. Selain di sini, dia ada juga dapat tapak di tempat lain untuk menjual. Alhamdulillah, setakat ini, Tuhan masih selalu berikan dia rezeki yang murah. Dan, eh, adik aku ini adalah lelaki yang tidak suka bekerja di bawah orang lain sebab tu la berani tanggung risiko buka bisnes.;)

Di bawah adalah figura-figura gerai dia yang kami buka hari Ahad yang lepas:







Aktiviti yang kedua, aku dan keluarga adakan kenduri hari ini. Kami buat sedikit kenduri kesyukuran untuk meminta doa agar Allah permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Kenduri ini juga adalah sebagai satu perkongsian rezeki yang Tuhan bagi untuk semua ahli keluarga dan mereka yang memerlukan. Aku sebenarnya selalu mengingatkan diri sendiri yang aku perlu berkongsi setiap  rezeki yang Tuhan bagi biarpun dengan kadar yang sedikit. 

Mengingat kata suami: Jangan main-main dengan sedekah, kerana sedekahlah ada orang yang bergaji banyak pun masih tidak punya kecukupan wang untuk menyara hidup. Ini juga hampir sama dengan  wang yang kita bagi untuk keluarga sendiri terutamanya ibu dan ayah. Tidak kisahlah kita hulur RM50 atau RM100 sebulan, asalkan kita ikhas dan InsyAllah, gaji yang sekadar cukup makan sebulan pun akan masih juga cukup untuk makan pakai kita kalau kita masih peruntukkan duti gaji kita untuk ibu dan ayah. Kerana, duit yang kita bagi untuk ibu dan ayah itu sangat berkat sebenarnya dan itulah yang membantu kita untuk terus hidup diberkati juga.

P/S Untuk semua GSF, saya jarang update blog dan saya akan update bila saya betul-betul ada isi entri yang paling bermakna untuk saya. Jadi, saya minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk jejak kawan-kawan semula. kalau ada sesiapa yang mahu remove saya dari list GSF, saya redha kerana saya tahu, saya memang jarang update blog. Dulu sehari 2-3 entri, sekarang 1 entri sehari. Maafkan saya kerana tidak sesegar kamu semua.:)

20 comments:

  1. Salam sis, faham....nk mintak tlg bleh x? bleh x tlg komen http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi. Koem hanya di gunakan utk pembelajaran sbb lecturer nk tgk pandangan blogger, thanx ek....

    ReplyDelete
  2. wah kak mjual d tamu ^^ ada diskaun ka kak klu sy mbeli? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dora menjual di tamu.hihihi. ba bule2, mmg ada diskaun tu klu utk ko dik;)

      Delete
  3. nahhh...ndak pula ku tepikir mo remove ko kuling... sbb aku tau ko tu ndak menghapdet kalo bz.. tp ndak ba juga ko nda aktif.. ada lgi yg beminggu2 nda aktip,ada juga yg aktip tpi bt bodo jak sma kita2 ini..

    Nahh.. siuk pla tu kuling bejual2 d tamu kan..aku paling suka tawar menawar ne..hihihihi..

    Misya lawa..sedih aku trus dgr beritamu tdi..bukan rezekimu ba tu kali kan.. aku doakan ko cpt jadi lagi kali ne ahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naaa, dats y la aku syg sm ko dyg.hihihih. kerana sllu memahami;) yeah;) ya, mmg pun siuk. pnglmn di tawar, harga rm 25, dorg twr smpi rm 10.hahahha. gila, modal pun x cukup.hahahhaa.

      aduhhh, aku pun sdih jg bila ko sedih. bukan rezekiku ba tu kan, insyallah, ko doakan jak kami berjaya lps ni;) insyallah. tq ah;)

      Delete
  4. seronoknya bercuti panjang bersama keluarga. untungla misya suami isteri guru. dpt cuti pun sama2.

    jgn risau misya, kami semua faham keadaan misya. yg penting jaga kesihatan & si kecik baik2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee...mmg seronok chic na.;) alhamdulillah, Tuhan beri psgn yg cikgu jg;)
      tq chic na sbb sgt memahami;)

      Delete
  5. Cantik la baju jubah tu.. Ala sedihnya...jgn la sampai tersingkir dari GSF yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ya jubah tu mmg cantik;) tak apa, klu ada yg remove pun, sy fhm;)

      Delete
  6. Aku suka la adikmu. Aku suka jua bisnes. Ada angan2 mau buka butik lagi. Heh

    ReplyDelete
  7. wah, ada buat jual2 ye~ :)

    saya rasa kalau tak update slalu xpe la kak..tp kalau ada masa lapang, jenguk2 la kami walaupun akak x update pape~ :)

    ReplyDelete
  8. ambik la misya. sharing is caring. :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah..bujeng ka,kuang ka erul ampun bisnes tu kak..hihi..raya bule sudah aku beli sana..hihi.

    diyang2 kuna sap kak..akan menangis sap pan aku baca pesanan itu kak..aku faham dan sangat2 mengharafkan kakak tidak tersingkir..ai pan masam AF..hihi.


    kak,cepat kakak pegi komen entri ni kak :)


    http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2012/05/penguguran-akan-dilakukan-jika.html

    ReplyDelete
  10. alahai...saya pon tidak selau juga mengupdate blog...ikut kesempatan ...

    tidak la saya mau mengremove kamu..:)

    ReplyDelete
  11. kire okey la tu sehari 1 entry dear. tak update takpe, asal kan selalu jenguk yg lain. ;)

    ReplyDelete
  12. ala...Masha pun macam akk dapat buat entry baru 1 hari 1...nak tngu mood,reka ayat lagi barula nak keluar entry 2...kihkihkih...

    ReplyDelete
  13. wah misya..ayat x leh tahan lah yg bila buka tdg saji ada makanan di siapkan ibu..hahaha
    ingt misya yg tolong siapkan :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...