Thursday, 7 June 2012

Banyak hal

Nampaknya cuti semakin sedikit bilangannya. Aku sedang cuba menggunakannya semaksimum yang aku mampu. Perantau seperti aku yang pulangnya hanya bila ada cuti perlu bijak untuk membuat aturan agar cuti ini berakhir dengan semua memori yang boleh membikin segenap rasa aku ingin selalu mengenangnya. Atau setidak-tidaknya aku akan punya keinginan untuk tidak sabar bercuti pada musim yang akan datang. 

Di dalam otak aku ada macam-macam hal untuk dibuat sebagai cerita. Hal tentang majlis resepi sepupu aku, yang mana itu memang sudah termasuk di dalam program sewaktu cuti iaitu buat pelamin di samping jadi  juruhiasnya. Tapi, sebenarnya juruhias dia adalah suami, kerana suami yang banyak pakaikan dia itu dan ini. Mencabar juga sewaktu percubaan memakaikan samping bunga untuk dia. Itu belum lagi hal kami sewaktu buat pelamin untuk dia. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma, entri untuk itu aku tangguhkan dahulu kerana aku perlu buat sedikit perubahan pada gambar-gambar yang sedia ada. Tunggu, ya.

Satu lagi yang sekarang tengah hangat jadi entri kepada semua ahli GSF ialah SENARAI BARU LIST GSF yang semakin bertambah. Dalam hati, aku mahu  mengenal semua kawan maya ini. Daripada hanya 20 orang dan kini sudah menjadi 36 orang. Alhamdulillah, ukhuwah semakin terjalin antara GSF.


 ( Untuk semua GSF, salam perkenalan ya, saya mungkin terlambat untuk menjenguk blog kamu kerana sekarang aktiviti saya agak padat dan talian internet saya sangat terhad. Insyallah, saya akan jenguk kamu semua.;) )

Seperkara yang aku perlu buat ialah tentang permintaan seorang pembeli dan pembaca blog aku untuk minta aku buat tutorial tudung bawal silang. Figura untuk stail itu aku pernah selitkan di dalam entri aku. Jadi, ini juga akan jadi perkara yang perlu aku masukkan di dalam list ' Things to do ' sebelum cuti ini tamat. Harap-harap aku punya kesempatan untuk mengusaikannya.

Akhir sekali, aku ada beberapa entri tentang perkara lain yang aku  mahu kongsikan untuk semua. Sekali lagi, aku mengharap yang aku cukup bijak untuk pastikan aku boleh hasilkannya sebagai entri.


Eh, termasuklah hal 'review' blog aku yang dibuat oleh ahli GSF yang baru iaitu Aima, pemilik blog http://tsukinano.blogspot.com/. Ini adalah 'review' untuk kali kedua yang mana orang pertama yang membuat 'review' tentang blog aku adalah  Mama Arina, Pengasas dan pemilik blog http://wwwmarina-arina.blogspot.com.


Sebelum ini pernah juga blog aku di'review' oleh Si Aki, di dalam blognya  http://akiborneo.blogspot.com/. Dari itu, aku sedang belajar untuk menilai kemampuan blog aku dalam memberi sesuatu kepada pembaca dan berkongsi sesuatu kalau pun tidak banyak tapi cukuplah sedikit. Terima kasih untuk tiga orang yang baik hati ini sebab sudi buat 'review' tentang blog aku.

Dan, aku sudahkan entri ini di sini. Suami sudah jeling-jeling. Bukan apa, dia sedang tunggu giliran untuk main 'game' dalam FB dia. Nanti-nanti aku langsaikan semua ini.;).

;)


Kasut ini comel kan? ;)

30 comments:

  1. tinggal lebih kurang 4hr lg kan. gunakan masa cuti sebaiknya. pandai misya & suami. lps ni boleh bukak butik pengantin. :)

    ReplyDelete
  2. Comelnya kasut dia. Ada bunga lagi...

    ReplyDelete
  3. Comelnya kasut dia..ada bunga lagi

    ReplyDelete
  4. penuhi masa yg ada dgn sebaik mungkin yer............

    ReplyDelete
  5. yup makin ramai 36, kena terjah bila, apabila dan bila2 yg penting terterjah juga akhirnya...bagi semangat kawan2 blog.mendapat tips dan ilmu mereka.

    ReplyDelete
  6. alolo..comelnye...kasut tewww.... hihihi

    ReplyDelete
  7. misya ni pandai la wat mcm2 jenis tudung...
    ai try tp x jd2 pun..jeles btul lah ngan misya ni :)

    ReplyDelete
  8. nice dear..ayu ahli baru gsf..hehe

    ReplyDelete
  9. cute kasut tuu...kita ad gak tp bukan kasut..ala sandal gitu..hehehe

    ReplyDelete
  10. Dh bukak butik pengantin nnt...leh la kasi diskaun hehehhee :)

    ReplyDelete
  11. bunga kat kasut tu comel~~~ :)

    tak sabar nak tunggu rupa pelamin yg akak buat..hehe~~ :P

    ReplyDelete
  12. gunakan cuti tu sebaiknyer yer hihi
    btw kasut tu cantik siap ada bunga lagi :)

    ReplyDelete
  13. salam perkenalan GSF . haha mengadeee kejapp.. :D
    bunge sepet comeyyy

    ReplyDelete
  14. huhuhu.. memang byk yg kena selesai sebelum cuti habis... caiyok2... :)

    ReplyDelete
  15. salam perkenalan ye.saya budak baru belajar.hehehe...saya pon tengah blur bab preparation kawen ni sebenarnya.pening2

    ReplyDelete
  16. cute kasut ek..
    salam kenal ya :)

    ReplyDelete
  17. suka tengok style sis pakai shawl..kreatif dan menarik !

    ReplyDelete
  18. sgt admire cara misya pakai shawl...;)

    ReplyDelete
  19. cantik nya kasut tu..tpi kalau dya pakai kopem tertanggal bunga tu..hihi

    ReplyDelete
  20. nice.kasut tuh cantik laa...betul suke tgk style sis pkai shawl...kreatif sgt...sy x brp reti adoii

    ReplyDelete
  21. ha ah..kasut tu comil...suke kasut ada bunge2 cam tu...

    ReplyDelete
  22. MMg comey...cm tuannya gak=))

    ReplyDelete
  23. hehe. mcm same ajeeee kite. menunggu turn nak pakai lappy. ;)

    ReplyDelete
  24. sebenarnya aku tunggu entry PELAMIN..cepat lah hihihihi

    ReplyDelete
  25. suka tgk kasut tu..comel n sweet

    ReplyDelete
  26. bz ye? hihi..cantik orangya,cantik tudungnya n cantik kasutnya ;)

    ReplyDelete
  27. sama2 kak..:)

    hahaha..bab jeling2 tu sap aku ketawa kak,aku terbayang sudah mata sepet yang menjeling itu..haha.

    sumil bana sap kasut itu kak..dimana kah itu dibeli..hahaha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...