Monday, 11 June 2012

Mahu balik terus

Fikiran masih bertompok-tonpok. Mood percutian masih berbaki. Malam tadi, usai tiba di tempat perantauan dan mencari rezeki. Dia sudah mula berkerja siang tadi. Malangya, rumah masih lagi  kondisinya seperti Singapura dilanggar todak. Teruk. Bagasi dan kotak memenuhi ruang tamu. Dua  minggu berpergian, cicak meninggalkan najisnya di mana-mana. Lagi pening olehnya.

Sejak tadi,  dia masih di pembaringan, melepas lelah dan tidur yang masih belum mencukupi. Gila begini. Dia perlu 'doraemon' atau tangan luar biasa untuk mengemas semula setiap barang yang ada. Selagi semuanya belum nampak kemas, selagi itulah emosi dia pun akan terganggu juga. Jangan dicuba untuk dijentik walau sekali. Jadi, berilah dulu pada dia sedikit masa untuk membuat penyesuaian semula di rantauan selepas kembali dari tanah tumpah darahnya.

Bosan dengan penat hidup begini.
Berpisah dan terpisah.
Mahu balik terus.


Note kaki satu : Semakin banyak hal mahu dikongsi.
Nota kaki dua : Hari ini genap setahun tiga bulan Bunga Dan Sepet, daripada satu menjadi dua. Alhamdulillah.


19 comments:

  1. slow2 yer.. nk deqla tolong kemas ke?? hihi

    ReplyDelete
  2. Insyaallah someday, takkan terpisah lg.
    kemas pelan2, buat setakat yg mampu.
    jaga diri juga. :)

    ReplyDelete
  3. kurang hajar punya cicak...

    2 la susah kalau xd tandas kat rumah cicak...

    berak pula kat rumah kita...
    hihi

    ReplyDelete
  4. buat sikit sikit. lame lame siap lah. hee.

    ReplyDelete
  5. dya geli ngn tahi cicak
    cicak lg lh geli
    hiihi

    ReplyDelete
  6. buat perlahan2 la....huhuhu

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah pjgkan jodoh hangpa na... amin.... M pun bz kemas umah lps 3 ari tggalkan umah ni.

    ReplyDelete
  8. tak bestnye kalau tahi cicak ni banyak sangat..susah gak nak bersihkan kalau dah melekat lama kan?

    ReplyDelete
  9. pelan2... insya-allah nanti mesti kemas semula...

    ReplyDelete
  10. sabar ye..pelan2 kemas..:)
    jahat kan cicak...melepas tu sepah2 je...geram je...

    ReplyDelete
  11. kuling..siuknya kalo kta terjumpa d epot kemarin..ada si kak sue lagi..tapi kejap jak dia hilang.. lama btl aku tggu d epot..sempat lagi merayau..ndak pula aku nmpak ko kuling..

    Nahh..sama la kita kuling.. memang berhambur rmh terutamanya bilik.. beg blum unpacked lagi.. tisu merata2.. flu kan..meja keja pun mcm2 ada atas tu..hehe

    ReplyDelete
  12. pelan2 buat kerja..jgn cepat2..nanti ade je yang terlupa..

    ReplyDelete
  13. mengemas brg sambil mndgr muzik-memberi warna kpd mood di samping semangat membersih! slmt berjuang ya sis bunga..
    alhamdulillah..moga perhubungan itu berkekalan, diberi kebahagiaan....

    ReplyDelete
  14. hehehe..bikin tension sap tengok najis2 encik dan puan cicak tu kak..hahaha.
    kemas pelan2 kak..:)

    ReplyDelete
  15. kak aku jalan2 tengok kakak sini sihat ka?hehehe.aku bawa kerepek saging lagi kak...haha.kak rindu bana sap aku makan kerepek2 itu kak..pais lagi la rindu..hehe

    ReplyDelete
  16. relex2 buat perlahan2 yea...gambar last2 so sweet

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...