Monday, 18 June 2012

Pelamin

Selepas beberapa entri yang lepas, aku mulai perasan yang aku menulis seperti orang yang tiada fokus utama yang perlu diberi perhatian. Ketika itu, aku mula menyalahkan diri sendiri. Jangan lagi terbabas dari azam,   menulis perkara dengan sebaik-baiknya, supaya penceritaan tidak mati atau tidak tergantung di akhir kisah. Jadi, aku pendekkan di sini saja, inilah salah satu perkara yang aku dan keluarga lakukan sewaktu cuti sekolah yang lepas.


Ini pelamin yang aku, suami dan adik aku dua orang buatkan untuk pengantin lelaki yang juga merangkap sepupu sekali aku. Kerusi sebenarnya warna putih / silver pada mulanya, tapi, ini kerusi yang dipinjamkan percuma oleh hamba Allah jadi, aku tidak perlu sewa kerusi lagi. sebabnya aku masih belum ada set kerusi untuk pelamin. Yang lainnya adalah koleksi barang pelamin aku yang dulu.




Nenek sebelah emak, maksudnya emak punya emak.

Adik bungsu aku yang sewaktu hari perkahwinan bikin aku marah kerana amat pemilih soal baju.

Ica yang matanya besar dan bersinar. Anak buah aku.

Beli dari taukeh yang sama. yakni adik lelaki aku yang buat bisnes tu.  ;) Anak buah aku juga

Jubah warna silver yang beri banyak kesusahan untuk aku  padankan dengan tudung. Jadi, ambil senang,  aku pakaikan colour block.

Sama umur, sama perangai, suka bergambar, suka berfesyen dan eh, aku kurang pasti kalau mereka ini sudah ada kekasih. Adik, jangan cuba-cuba. Kalau cuba, SIAP!

Ini ikut tradisi orang Bajau, sepupu aku naik benda ni untuk dibawa ke  rumah pengantin. Nama benda ni ' sensungan'  kalau aku tidak silap. Mama arina, betulkan kalau salah okey;)


Eh,, ada lagi gambar ni budak ni. Dia ni sangat suka bergambar.  Sanggup duduk atas pelamin semata-mata mahu  tarik perhatian orang supaya ambil gambar dia. Dia ini memang comel ;)

Sesi akad nikah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, sah bergelar suami ister ;)


Selepas akad nikah, aku dan si dia tidak lagi dapat menunggu lagi lama kerana ada jemputan juga dari kawan lama aku sama-sama sekolah dulu. Jadi, kami bergegas ke rumahnya dengan kelajuan yang boleh. Sewaktu kami sampai, para jemputan sudah pun balik. Jadi, kami sempat jumpa pengantin tanpa melihat mereka bersanding. Tapi, masih boleh nampak berdua di dalam rumah. Sebenarnya sebelum itu, aku sudah berjanji dengan seorang kawan yang juga kawan sekelas aku dari tingkatan 1-5, kemudian sama-sama juga masa di UiTM. Dia datang awal dari aku dan si dia. Kesian dia, 2 jam menunggu kami sampai. 2 jam juga menahan lapar.

Ini gambar kami.




Sempat juga bergambar di atas pelamin pengantin.



Senyuman paling manis belahan hati jiwa bunga

Pengantin yang amat takut kalau-kalau aku mekapkan terlebih. Jadi, dia kerap kali sapu bedak tu. Haip!
Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.;)


28 comments:

  1. Camni rupanya tradisi bajau... Kalau kat Langkawi ni ada gak pengantin yang diarak ngan perahu diusung ramai2..

    ReplyDelete
  2. pandai misha buat pelamin tu. cantik.
    uniknya sensungan tu. first time tgk. :)

    ReplyDelete
  3. nice pelamin tu sis..pandai sis deco..
    bj sis santek...yg kaler kelabu tu

    ReplyDelete
  4. wahh meriahlah gambar2 kt atas..suka tgk..hijau gitu..hehe

    ReplyDelete
  5. nah..mcm nda kepuasan pla ko kuling bergambar ats pelamin..mok besanding lagi ka?? hehehhehe.. unik tu pelamin..(^_^)

    ReplyDelete
  6. wow! gojes juga pelaminnya ye.. akak pengantin pun gojes...hihi

    ReplyDelete
  7. wah buat pelamin sendiri tu...kreatif...cantik pulak tu hihi.......

    ReplyDelete
  8. ui c dewi sarinah tu kan? selamat pengantin baru!!

    aku notice wallpaper tu sama dngn ms majlis mu :)

    ReplyDelete
  9. meriahnya bila tgk semua gambar2 di atas..!
    rupanya Misha ni byk bakat terpendam ni... :)
    cantik pelamin tu...

    ReplyDelete
  10. meriah tengok pelamin tu~~ :)

    ReplyDelete
  11. menarik la naik sensungan tu...cam best je...

    kawan Masha nak kahwin bulan 9 ni...dye org sabah jugak...

    mintak jadi pengapitnya siap nak sponsor ticket gitu...(specialnye i) tapi xdapat nak pergi bha..huhu

    ReplyDelete
  12. first time dya tgk berarak naik sensungan

    ReplyDelete
  13. sangat cantik..seronok tengok gambar2 menarik ya

    ReplyDelete
  14. c Kakak juga la kalau bab2 kreatif.. ada jak ideanya.. :).. he he he..

    ReplyDelete
  15. kagum dgn semangat kau buat pelamin tu. aku tak kesampaian mahu diy pelamin sendiri.huhu...

    ReplyDelete
  16. pandainye buat pelamin...lain dari yg lain....
    mcm best je naik sensungan tu...

    ReplyDelete
  17. wahhh kreatifnya buat pelamin sendiri

    ReplyDelete
  18. sorry lmbt reply comment..wlcom to gsf..

    ReplyDelete
  19. cantik, kalerful dan meriah....

    ReplyDelete
  20. aik..aku rasa aku sudah komen entri ini kak..dau a lagi..hihi.
    apapun rugi betul aku tidak dapat pegi kak.

    aku suka sap fesyen ko yang ini kak..menampakkan ciri2 isteri solehah..hehe.amin..

    ReplyDelete
  21. tahniah kpd pengantin.moga kekal ke akhir hayat :)
    btw,cantik la tudung polka dot tu .comel je

    ReplyDelete
  22. siap ade bunga manggar tu tepi pelamin. ;)

    ReplyDelete
  23. meriahnyer...cantik pelamin tuh..

    ReplyDelete
  24. meriah ye.. selamat pengantin baru kepada pengantin baru dan juga lama haha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...