Saturday, 16 June 2012

Tiru, Sushi & Papadome



Hujung minggu, masih biasa-biasa. Awal pagi, berusai ke sekolah, ada Hari Permuafakatan Bersama Ibu Bapa. Macam-macam hal yang dibincangkan bila keputusan anak-anak ada yang makin baik dan ada yang makin tidak baik. Komen dan cadangan diterima dengan minda terbuka. Kita mahu lahirkan generasi paling berjaya untuk memimpin negara menjelang alaf 2020. Jadi, semuanya akan dipertimbangkan. 

Tetapi, rungutan banyak kedengaran yang anak-anak sangat penat selepas balik dari sekolah hingga tidak berkesempatan untuk ulangkaji pelajaran atau buat kerja rumah. Itu isu yang paling biasa tetapi memberi efek paling besar pada mereka. Penat, sampai rumah, makan dan tidur. Waktu pagi, sebelum masuk kereta ayah / ibu, barulah terkedek-kedek buat kerja rumah atau pun sesampainya di sekolah, cepat-cepat pinjam buku kawan di dalam kelas dan tiru jawapan.

Eh, cuba angkat tangan siapa yang tidak pernah tiru kerja kawan? Kalau mahu meniru, tirulah pada kawan yang jawapannya betul supaya nampak sedikit cerdik. Bukannya pada kawan yang jawapannya sah-sah salah tapi tetap mahu disalin juga kerana takut cikgu denda gara-gara kerja rumah tidak siap. Ya, Itu perkara pertama.

Hal kedua adalah, rupanya kesusahan tidak dapat untuk 'post entry with pictures' disebabkan akaun aku di dalam phone tidak 'sync' dengan samsung akaun jadi,  'software mobile blogger' tidak dapat bekerjasama antara satu dengan yang lain. Betullah cara yang dicadangkan oleh Lelamaisara dan Aki. Dan, semalam aku seharian mencari di mana silapnya.  Selepas 2 hari, barulah dapat tahu di mana silapnya. Cuma, aku perlu usaha sedikit hantar SMS ke go@blogger.com untuk dapatkan token code bagi aktifkan mobile blogger. Kelak, aku usaikan.

Hal ketiga dan seterusnya, nanti-nanti aku ceritakan. Biar sampai di sini dulu. Terlalu banyak mahu diolah, otak pun makin rasa seperti diperah. Sampai-sampai aku makan Sushi ini sebelum tiba waktu makan malam. Padahal, aku beli khas untuk makan malam. Memang gedempol lah begini.




Ditambah lagi dengan ini, Nasi Papadome Ayam Bakar untuk makan tengahari. Kau memang cukup buas pasal kalau makanan, bunga.

9 comments:

  1. hehe.. ko mmg buas bungaa..

    Tadi pun kami ada hari permuafakatan.. smpai otakku jdi kering becakap dgn ibubapa budak..maka entry aku hari ne mcm entry malas jak..huhu..

    Sedap sushi tu kuling..ada ku bli seaweed tu tpi aku ndak tau mo buat pulutnya tu..kempunan la ku gni..pun sia pun.. (bilang c emy..)

    ReplyDelete
  2. huhuuh..tak pernah rasa sushi tu walau dah banyak kali nyaris beli...

    ReplyDelete
  3. banyak juga cabaran jd guru ni :)...
    sushi tu nmpak sedap :))

    ReplyDelete
  4. Nampak sushi cam sedap tapi M tak lalu nak makan makanan mentah. Hu hu...wahai guru Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  5. oooh bunga Misha....
    bikin ai terliur saja lah tgk itu nasi papadom ayam bakar,
    jauh nau nk g g cari smp ke sana =p

    ReplyDelete
  6. misha suka mkn sushi ya. cik na xpenah try pun mkn sushi. hihi..
    ayam bakar tu nmpak sedap. :)

    ReplyDelete
  7. jadi guru mmg bukan kerja mudah...nampak mudah tapi tanggungjawab besar=)lamanya tak makan sushi

    ReplyDelete
  8. wah bestnye dpt mkn sushi.solehah xpnh mkn sushi

    ReplyDelete
  9. buas? huhu. takpeee dear. mkn utk 2 org. ;)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...