Friday, 20 July 2012

Beri jalan

Kadang-kadang dengan hanya mempercayai diri sendiri yang setiap jiwa perlu ada pengisian perihal ketuhanan untuk setiap saat, ia akan menjadikan diri lebih bersiap-siaga dengan segala kemungkinan di dalam kehidupan. Alasannya cuma satu, hidup akan berakhir di dunia tetapi akan abadi selepas Hari Pembalasan kelak. Untung-untung kalau kebaikan melebihi kejahatan, bolehlah bersenyum-senyum tanda kelegaan. Tetapi jika hitungan adalah sebaliknya, tangis dan rintihan akan menjadi saksi paling utama sebagai tandalah itulah kekecewaan kerana kelalaian berbuat kebaikan sewaktu bernafas di bumi Tuhan dahulu.

*Sekurang-kurangnya, berilah jalan kepada pemandu lain ketika di jalan raya. Tidak rugi pun kalau berbuat kebaikan begitu. Insyallah, kalau kita bagi jalan dengan orang lain, orang lain pun akan bagi jalan juga pada ketika kita sangat memerlukannya kelak★.




Doodle Hasil kreativi mama arina♥♥

posted from Bloggeroid

22 comments:

  1. ni mesti kes x bg laluan ms drive ni..
    biasa la Misya kdg2 dorang lbh pntingkan diri sdiri tanpa pikirkan org lain...

    salam ramadhan Misya :)

    ReplyDelete
  2. owh.. kes kat jln raya rupanya..sabar je la..nk wat cmne, kita x mmpu nk ubah sikap dan persepsi mereka..selmt berpuasa...

    ReplyDelete
  3. betul tu sis...memandu secara berhemah..bertimbang rasa dgn pemandu lain...

    ReplyDelete
  4. yup,takde masalah pn..beri lah jln,tak sakit pn kan..
    slmt pagi n salam ramadhan Misya =)

    ReplyDelete
  5. btl kata cik ai..kdg2 dorang lbh pntingkan diri sdiri tanpa pikirkan org lain..

    ReplyDelete
  6. masing2 penting diri sendiri sbb tu jd mcm tu...xsalah pun bg jalan dekat org lain..harus ada sifat saling bertimbang rasa :))

    ReplyDelete
  7. betul tu. tak salah pun kalau bertolak ansur. kdg2 bengang jgk dgn org yg pentingkan diri ni.

    ReplyDelete
  8. eya..jadilah pemandu yg btauliah..

    anyway suka doodle tu sis..cntik..=)

    ReplyDelete
  9. sikap manusia yg pentingkan diri sendiri mmg akan myusahkan org lain.
    kadang2 xfaham kenapa mereka susah nak bertolak ansur bila berada di atas jalan raya..pelik kan..!

    P/S : Salam Ramadhan buat semua ahli keluarga GSF..mohon ampun dan maaf sekiranya tanpa sedar mahupun tidak jika Nur pernah terkasar bahasa mahupun menguris perasaan semua.. Maafkan Nur...!

    Dan selamat berpuasaaa... :)

    ReplyDelete
  10. hehe..ne msti kes ko ndak d bgi laluan kan ne kuling..?? salam ramadhan dri aku sekeluarga..(^_^)

    ReplyDelete
  11. klu kt jln rya mmg semua orng pnting dri sendiri kan..hhu

    ReplyDelete
  12. yup..btol..kerana Allah akan beri lebih seribu kali kesenangan kepada kita nnati.. :)

    ReplyDelete
  13. btul tue, kadangkala kita kena bertolak ansur sbb kita tak tahu keemergencian seseorg tue. Kalau kita memandu dlm kadar santai, beri jalan sajalah pd org lain. Tak rugi apa pownnn...lagi seronok bila pahala masuk bakul (kita tak nampak tapi kita untung)...lagi best bila org yg kita bagi jalan tue memuji2 kita dalam kenderaannya (kita tak nampak tapi kita untung)

    ReplyDelete
  14. Salam ramadhan Misha...

    Misha, saya xdapat copy code banner awak,
    boleh tak bagi code tu pada saya...
    saya xdapat masukkan banner awak dalam blog saya

    ReplyDelete
  15. hai kak misya,

    betul. kalau hati selalu ingat tuhan maka akan mudah buat kebaikan untk org lain.

    selamat berpuasa kak misya (:

    ReplyDelete
  16. datang sini mengambil banner.. hehe

    ReplyDelete
  17. alamak...memg camtu la kan...pasal kat jalan tu bukan cume kita je...hehehe...nak xnak bertolak ansur je la....:)

    ReplyDelete
  18. org yg jenis tak bagi jalan ni mmg pentingkan diri. ;)

    ReplyDelete
  19. Betoi tu..mungkin hari ni hari org lain..suatu hari nnt mungkin hari kita plak...

    ReplyDelete
  20. so true daling buat baik hari ini..esok esok orang buat baik dngn kita insyaallah

    ReplyDelete
  21. biasalah tu kak..tp, kadang2 kalau kita dah bagi jalan, banyak pulak kereta nak amik kesempatan..huhu~~

    yg penting berhati-hato di jalan raya :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...