Sunday, 26 August 2012

Pulang

Mahunya aku berlama-lama di sini. Biar tuntas semua keinginan dan lunas semua rindu kepada enaknya bertiduran hingga dinihari dan nyamannya menjamah makanan hasil tangan ibu setiap hari. Tiada apa yang aku amat mahukan selain berada di samping mereka yang selalu membuat aku senyum dan ketawa selalu bagaikan aku sudah lupa yang aku masih ada tanggungjawab lain yang perlu aku pikul. Berada di samping mereka di aidilfitri adalah keasyikan yang paling bahagia dalam hidup aku. Beginilah rasa setelah penghidupan sudah diatur sebaik-baiknya, akan ada yang terpisah dan bertemu hanya apabila masanya tiba selepas diaturkan. Aku sekarang berada di lapangan terbang kota kinabalu. Mahu berlepas ke bumi kenyalang. Walaupun hati masih berat untuk meninggalkan jejak di bumi Sabah, tetapi inilah keadaan yang perlu aku lalui setiap kali selepas bercuti. Aku mahu nikmati saja rasa ini kerana apabila satu hari nanti, aku bukan lagi perantau, rasa ini tidak akan sama lagi seperti begini.



posted from Bloggeroid

22 comments:

  1. Selamat pulang, kak. Insya-Allah jika diberi kesempatan, akan ada yang ke-lainkali-nya. ;)

    ReplyDelete
  2. selamat kembali bertugas, nur juga akan mula bertugas, walaupun mood masih dalam cuti... dan selalu berfikir, syoknya kalau cuti raya sebulan..kan..hihihi

    salam aidilfitri buat misya sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat kembali untuk bertugas..ya

    ReplyDelete
  4. org jauh ni besenye disayangi lebih dari yg dekat tau. ;)

    ReplyDelete
  5. Insyaallah ada kesemptan boleh lagi bergumbira mcm ni..:)

    ReplyDelete
  6. Diyang kuna ....jaga diri dan kesihatan sebaiknya kak :)

    ReplyDelete
  7. Selamat kembali bertugas dan selamat kembali berbelog...

    ReplyDelete
  8. selamat kembali Misya :)

    wpun malas melanda diri tp apakan daya..
    hidup & kerja perlu diteruskan seperti biasa..

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  9. hahaha..mmg perasaan merantau tu lainnn bile balik kmpung.lbh seronok.lbh meriah!

    ReplyDelete
  10. x pernah rasa merantau...tentu seronok dua kali ganda bila dpt berkumpul di pagi raya dgn family kan...

    ReplyDelete
  11. welcome back n selamat bertugas..

    ReplyDelete
  12. seronok balik beraya sebagai perantau tp bila time nak balik tu yang tak seronok. :)

    ReplyDelete
  13. mcm tu lah jd perantau ni.......kena sabar bebanyak :)

    ReplyDelete
  14. opsttt lupa salam aidilfitri :)

    ReplyDelete
  15. perantauan memg begitu la...nak balik kampung exited sgt...tang nak balik ke kota balik tu yang sedih....huhu

    ReplyDelete
  16. sabar je lah ye kak..camnilah hidup merantau~

    ReplyDelete
  17. akak,boleh tlg buat tutorial pashmina mcm dlm sidebar blog akak tu. Gambar yg bawah link banner akak. Yg byk2 gmbr dlm satu gambar tu. hehehe. Boleh?? Love that style :)

    ReplyDelete
  18. d kuching sdh ko daling?? sedih kan..mcm kejap jak cuti tu...huhuhuuh

    ReplyDelete
  19. misya.. knp lama tak update? rinduuu..
    moga misya sihat2 selalu. ;)

    ReplyDelete
  20. Kak,niak ngini tek,:) aku faham situasi ko kak :) jaga diri jaga kesihatan a kak,jaga si kecik baik2 :)..
    Miss u kak :) muah!

    ReplyDelete
  21. duhai hati bersabarlahhh..salam aidilfitri ya :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...