Sunday, 23 September 2012

Pesan mereka



Setiap kali bercakap sebelum mengakhiri perbualan di corong telefon, emak selalu berpesan,' jaga tutur kata dengan suami, jangan suka marah-marah, lembutkan suara apabila bercakap dan  jangan bergaduh soal benda-benda kecil '.

Sehingga ke saat ini, setahun enam bulan memegang amanah sebagai isteri, satu persatu pengalaman aku hadapi. Fasa kehidupan yang satu ini ada indahnya dan tetap ada cabarannya. Yang indahnya apabila setiap perkara yang dikongsi menjadi satu ibadah kalau dibuat benar-benar ikhlas kerana Allah. Dan yang menjadi cabarannya apabila ada perkara yang misalannya mood untuk memasak begitu merundum kerana kesihatan yang tidak berapa baik. Biasanya, aku selalu memaksa diri. Berdoa sebanyak-banyaknya supaya diberi kelapangan dan kesihatan yang baik walaupun ketika itu ruang pernafasan begitu sendat untuk bergerak. 

Pernah beberapa kali air mata aku menitis ketika berdoa untuk diberi kekuatan untuk bergerak mengemas rumah dan memasak kerana badan aku begitu lemah untuk bekerja. Tetapi, setiap kali itulah, dengan doa yang aku pohon, dengan kudrat yang aku ada, lemahnya aku akan hilang sedikit demi sedikit kerana aku benar-benar mahu bekerja untuknya. Aku mahukan rumah yang bersih dan rapi apabila dia pulang. Aku mahu ada makanan yang tersedia untuknya apabila sesampainya dia di depan pintu rumah. Aku mahu aku sudah bersiap dengan keadaan diri yang membuatkan matanya selesa memandang apabila dia sudah ada di depan pintu pagar rumah. Aku mahu tuala dan pakaiannya sudah tersusun di atas meja apabila dia mahu membersihkan diri.  Aku mahu pastikan ada sebotol air sejuk dan cawan segelaS di atas meja untuk dia minum selepas mengunci pintu rumah. Walaupun, dia belum pernah membuat sebarang komen, tapi, hidung, mata dan perut suami perlu dijaga selalu. Kekuatan isteri perlu ada di ruang itu.

Seperti tadi, badan aku panas, mood aku menjadi tidak baik, aku lemah cuma, tidur pun aku tidak lalu. Tetapi, seperti biasa, aku perlu hadapi cabaran begini dengan hati yang kuat. Aku gagahkan diri, bangun memasak dan sibukkan diri. Esok-esok, ada cabaran yang lebih kuat lagi untuk aku hadapi dan untuk berjaya menangkisnya, aku dan dia perlu berjaya dahulu lalui cabaran-cabaran yang ada sekarang. Kehidupan tidak akan selamanya senang dan tanpa cabaran hidup tiada serinya. 

Berumahtangga bukanlah sekadar satu perkongsian hidup untuk menunjukkan kehidupan sebagai manusia itu sudah sempurna tapi ia lebih kepada satu tarbiah untuk hati supaya selalu ingat yang hidup perlu ada tujuan. Solat adalah tiang dalam rumahtangga yang selalu aku ingatkan pada diri sendiri. Nikmat berimamkan suami adalah jalan untuk mendapat redha Tuhan. Kadang-kadang aku juga terlalai. Manusia selalu dimainkan oleh syaitan. Harap-harap hati aku tetap kuat untuk memegang amanah dari yang SATU ini. 

Pesan emak, aku selalu ingat. Mesej yang ada sama seperti pesan yang nenek selalu suarakan cuma cara penyampaiannya berbeza. Penyampaian nenek lebih berlapik. Mungkin emak sangat tahu perangai anaknya yang ini. Sampai sekarang, rasa-rasa aku, mesej-mesej begini bunyinya berbeza tapi isinya sama. Sebenarnya, aku perlu berterima kasih kepada emak, kepada ayah mahupun kepada nenek dan emak pakcik saudara. Bebelan mereka ada benarnya. Baiknya, aku masih beruntung kerana masih boleh mendengar pesan mereka walaupun ia tetap sama pada saban waktu.

Nota kaki: Salam sayang untuk semua ahli GSF.;)

16 comments:

  1. untung2 ada suami yg biarpun cuma menanggalkan kasutnya,berganda2 pahala yg ko dapat..(^__^)

    Rindu ko kuling..kemana sudah ko menghilang ne? byk keja ka?

    ReplyDelete
  2. Besar pahalanya untuk kita sebagai isteri..semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. mudah2an kita menjadi isteri yang solehah kak :) amin..

    ReplyDelete
  4. moga2 kite sama2 tergolong dalam golongan isteri yang solehah...amin...:)

    ReplyDelete
  5. pesanan mak yg cukup bermakna...deqla pun nk ikot pesanan tu jugak boleh kan dear? huhu... moga kita sama2 menjadi isteri terbaik buat suami tercinta..insyaAllah bakal menjadi bidadarinya di syurga kelak. :)

    ReplyDelete
  6. syurga isteri di bwah telapa kaki suami,
    senangnya seorg isteri mahu mencari pahala lebih, layanlah suami..
    nur juga bercita2 mahu jadi isteri yg solehah...amin..!

    ReplyDelete
  7. semoga tabah hadapi rencah kehidupan sebagai seorang isteri. Memang banyak cabaran..

    ReplyDelete
  8. akak, jaga kesihatan diri ye. solehah xnak akak sakit. please don't be sad dear and please hear what your mum say to u. U must be strong ok. Miss u so much akak...

    ReplyDelete
  9. terharu sya baca entry ni..mendalam di hati sya..

    ReplyDelete
  10. seronoknya dgar cerita org yg ada hasben nie..tetiba teringin pulak eh!

    btw ain da masukan blog ni dlm bloglist gsf...and done follow..saya orang baru gsf^^ haii

    ReplyDelete
  11. mmg byk cabaran seorang isteri. smoga akak terus kuat ye :)

    ReplyDelete
  12. moga2 kita akan jadi yg terbaik antara yg terbaik..salam kenal dari saya ahli gsf baru..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..

    Salam kenal :) Ros follow sini :)

    ReplyDelete
  14. begitu besar tanggungjawab seorang isteri...semoga kita menjadi isteri solehah..

    ReplyDelete
  15. bagus bila ada orang berpesan-pesan ni..jadi kita sentiasa ingt ;)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...