Saturday, 17 November 2012

Mengadu



Sejak kecil, aku dibiasakan yang setiap manusia perlu tahu berdikari. Perlu  tahu menyesuaikan diri sendiri dengan apa keadaan apa pun. Ketika susah atau senang, semuanya perlu dilalui saja sama ada dengan perasaan takut, marah, geram, syukur atau penuh keluh-kesah.

Bagi aku, manusia hanya ada dua pilihan sahaja iaitu memilih untuk bahagia atau derita. Jika memilih untuk bahagia, hadapi saja setiap kesusahan hidup dengan usaha, doa dan tawakal. Dan jika mahu memilih derita. lalui semua kesusahan hidup itu tadi hanya dengan tangisan, kesalan dan menunggu untuk bahagia seperti dalam cerita dongeng, ada sakti yang boleh beri emas segunung atau pun memilih jalan mudah iaitu mati. Habis cerita hidup. Mudah tapi bertahun lamanya diseksa selepas kehidupan kedua kelak.

Aku teringat pada kisah hidup seorang kenalan. Dia bercinta dengan seorang lelaki yang dia memang suka. Bermesra dan terlanjur. Kemudian, tiba-tiba ditinggalkan oleh lelaki tersebut selepas dia sudah tiada apa-apa. Tidak lama selepas itu, dia mendapat tahu yang lelaki itu bercinta dengan orang lain. Hati dia memang patah seribu. Tangis dia tidak pernah kering. Kalau dia memilih jalan mudah, sudah tentu dia memilih untuk mati saja. Begitu klise seperti dalam cerita drama atau novel. Tapi, Alhamdulillah, dia memilih jalan untuk insaf dan berserah. Walau sampai sekarang dia belum berjumpa dengan pemilik tulang rusuknya tetapi, sekurang-kurangnya dia sudah tahu hargai diri dia sendiri. Jangan terlalu menggila pada cinta yang belum pasti.

Beberapa hari yang lepas, ada sedikit perbualan antara aku dengan seorang bekas anak murid melalui laman muka buku. Dia klien yang selalu datang sukarela berkongsi masalahnya dengan aku dahulu.

Dia: Cikgu, I miss u. Sekarang saya tengah tension. Tiada siapa yang dapat saya luahkan masalah saya sekarang macam dulu masa ada cikgu.

Saya: I miss u too. Ya, tension kenapa tu? Kalau tidak kisah, luahkan dengan saya. Saya sedia mendengar.

Dia: Cikgu, salahkan kalau saya suka dengan orang yang lebih tua dari saya?

Saya: Tidak salah sebab itu naluri kebiasaan bagi manusia.

Dia: Tapi, dia sudah ada orang yang punya, cikgu.

Saya:...

Agak-agak apa jawapan yang paling tepat untuk aku berikan untuk dia? Dia baru berumur 13 tahun. Baru mengenal sedikit saja makna suka, cinta dan sayang dari manusia berlainan jantina. Belum lagi tahu benar akan muslihat rasa cinta yang kalau tersilap langkah, mahu-mahu meraung bila cinta tidak dibalas atau membuat helah dendam seperti dalam cerekarama melayu atau sinetron indonesia yang serba canggih penipuannya. Atau drama dari Filipina misalanya SIRI MARIMAR, yang akhirnya Angelica mati begitu saja?

Harap-harap, jawapan jujur yang aku bagi dengan dia, akan dapat dia fikirkan semasak-masaknya. Sebagai yang tua, aku mahu menasihati walaupun kadang-kadang, masalah aku sendiri pun, aku masih belum dapat selesaikan dengan cara paling bijak. Paling-paling pun, banyak mendiamkan diri sebagai tanda paling matang dalam menangani masalah.  

Apabila dalam keadaaan marah, menangislah dengan semahu-mahunya. Biar bengkak mata asal hati puas. Cuma satu, belajarlah mengadu pada Allah dari sekecil-kecil dan sebesar-besar masalah. Pengalaman aku, mengadu pada Allah, jalannya cepat nampak daripada mengadu pada manusia. Ada juga masalah yang perlu diadu pada manusia tetapi, beragak-agaklah untuk memilih tempat untuk mengadu. Mengadu pada yang betul, mungkin boleh membantu. Mengadu pada yang salah, mungkin boleh membinasa.

Beginilah kehidupan.


12 comments:

  1. sesungguhnya mengadu pada DIAlah lebih afdal... :)

    ReplyDelete
  2. Allah adalah rujukan terbaik buat kita dikala inginkan pertolongan..mengadulah padaNya

    ReplyDelete
  3. always suka dgn penulisan kak misya ni...siyes, menarik sgt.. hurm..entah la xtau gak jwpn apa nk bg..alahai bebudak skng kan..biase la cpt sgt suka pd org..nnti dah jmpe baru lama2 dia x ksh la tu kot...hihi...

    ReplyDelete
  4. suke bace gaya penulisan akak...macam bace novel..erm...memang mengadu pada Allah lebih tenang rasenye kan...

    ReplyDelete
  5. mgadu pd manusia ni kdg2 kite tsalah org, yg akhirnya dijdkan bhn ketawe/disbarkan pd org lain,,

    mgadu pd Allah adalah yg terbaik,paling abadi=)

    ReplyDelete
  6. barak gai, gai jo tek ingin cara penulisan nu tu kak,aku pan inggin ...hahahaha.mengadu dengan ALLAH adalah sebaik2nya kak :)

    ReplyDelete
  7. Allah sememangnya tempat kita meminta dan mengadu..manusia tak semua booleh memahami paling parah dia hanya berpura2 mendengar..

    ReplyDelete
  8. should told her, tak salah ada perasaan tu..tapi belajar la rajin rajin..stakat suka tu takpe...lagipun jodoh kan kat tangan Tuhan, EVEN SESAYANG mana pun kita kat dia..if dia bukan jodoh kita..tetap tak kemana kannnn....

    hehew

    ReplyDelete
  9. tempat terbaek ialah..mengadu pada yang Esa

    ReplyDelete
  10. matured nye budak zaman skrg ehhh. jauh beza dgn zaman dulu. gile lame tak jenguk sini. ;)

    ReplyDelete
  11. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Memaafkan adalh cara balas dendam yang paling mulia.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...