Tuesday, 13 November 2012

Sulung pengganti

Pada momen aku menaip kisah ini, aku sendiri tidak akan pasti, bila ketikanya aku akan klik perkataan ' publish'. Mungkin satu hari nanti, apabila semuanya aku sudah yakini berjalan seperti apa mahuku dan seiring dengan nikmat anugerah dari Illahi.

Malam tadi, hati aku yang sering-sering tidak sabar untuk melihatnya masih lagi mencari dan membaca sesuatu yang boleh menjadikan dia sebagai realiti di mata aku. Artikel-artikel ke 4 bulan setengah dan ke 5 bulan, aku baca satu persatu. Aku amati setiap segi perkataannya dan aku angankan terus di dalam mindaku tentang rupa dan pergerakan dia ketika aku sedang duduk dengan kaki sebelah menjulur di atas tilam.  Sambil membaca, aku usap dia. Begitu kasih aku pada dia. Seolah-olah aku sudah makin mengerti begini rupanya kasih ibu kepada anaknya.

Dalam tidak sedar, dia sudah menjangkau 5 bulan menghuni alam rahimku. Seperti malam tadi, setiap kali membaca tentang perkembangannya, hati aku sayu, ia begitu kecil di dalam rahimku tetapi sedang membesar sedikit demi sedikit dengan kuasa Tuhan. Kadang-kadang, jiwa aku mengila mahu benar melihat dia dan tangan aku selalu cepat menaip perkembangannya di dalam u-tube. Aku tonton sehingga air mata aku mengalir pun aku tidak sedar. Sebaknya hanya Tuhan yang tahu. Kalau boleh, aku mahu peluk dia terus, Biar aman jiwa aku dengan adanya dia di depan mata aku.


Untuk momen-momen sekarang, air mata aku menjadi sangat murah apabila perginya suami. Lambaian di pintu pagar sehinggalah keretanya hilang dari pandangan akan menjadikan pandangan aku semakin kabur sambil mengusap si kecil ini. Aku kata dengan dia, ' sayang, bapa balik sudah. Nanti minggu depan bapa balik lagi. Kesian kita tinggal berdua kan? tapi, tidak apa, sayang ada mama kan'. Itu yang aku ucap dengan dia. Apa yang aku tahu, peringkat sepertinya sudah mampu mendengar suara aku dan aku berharap dia faham kenapa kami ditinggalkan setiap kali hari minggu datang. Ia memang situasi yang sangat menyesakkan jiwa aku. Tapi, apalah daya aku mahu menolak kalau beginilah takdir perjalanan hidup kami. Berkahwin dan berjauhan. Sakit tapi membahagiakan. Alhamdulillah pada hujungnya.

Ada yang mengelar si kecil ini sebagai sulung pengganti. Mulanya aku pun tidak mengerti apa. Kemudian, ia diperjelaskan yang maksudnya si kecil ini adalah anak sulung tapi pengganti kepada sulung yang pernah pergi dahulu. Ya, aku sudah redhakan kepergian dia. Ya Allah, sebak lagi hati aku bila menaip tentang dia. Laju air mata aku turun ketika aku taip benda ni. Dia datang temankan aku sekadar 7 minggu dan berjaya membuat hati aku dan suami sangat bahagia. Ia momen paling bahagia apabila ia dianggap sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang pertama. Tapi sayangnya ia pergi 3 hari sebelum hari ulang tahun perkahwinan kami. 

Sudah-sudahnya, aku mengalami kemurungan yang agak dahsyat tetapi hanya suami yang mengerti erti air mata aku ketika itu. Di depan orang, aku berlagak paling tabah tapi di depan suami, hati aku  selalu runtuh, pipi aku sentiasa basah dan sehinggalah aku benar-benar relakan kepergiannya, aku berserah. Aku bertawakal 100% kepada Tuhan. Aku sudah tidak punya kudrat apa-apa. Aku tunggu hikmah selepas keguguran untuk mengandung kali kedua. Dan, Alhamdulillah, si sekecil ini adalah hikmahnya selepas 2 bulan pantang. Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Ujian sentiasa datang.Kadang-kadang aku sukar mengawal perasaan bila sendiri tanpa suami dengan mengusung permata ini. Ke pasar bersama, kerja bersama, makan bersama, mandi bersama dan tidur bersama. Aku kuatkan hati. Tegarkan jiwa supaya tabah. Adanya si kecil ini, hati benar-benar teruja. Mahu melihat dia. Mahu membelai dia. Mahu mencium dia. Biarpun, jalannya masih jauh, ada beberapa bulan lagi sebelum dia melihat dunia, aku doakan semuanya berjalan serapi-rapinya, semudah-mudahnya dan secantik-cantiknya. 

Perancangan Tuhan itu cantik. Aku yang pernah terduduk kecewa kerana kehilangan yang sulung tapi sudah hampir banyak ketawa dengan pengganti sulung ini. Moga engkau selamat datang ke dunia ibu sedikit masa lagi sayang.

Mialen Eja ( 29 Okt0ber 2012, 9.13 malam )
Atas tilam, rumahku syurgaku.







12 comments:

  1. Jaga diri ya Misya...
    jangan buat kerja berat...

    ReplyDelete
  2. Dia merancang sesuatu yg terbaik utk semua hamba2nya. :)

    Alhamdulillah dah 5 bulan ye misya. tak lama lagi tu. take care mama & baby. :)

    ReplyDelete
  3. Ai beseritan pan buek moto ku kak..sebak bana reso ataiku moso entri tu..yaAllah banyak kisah hidup kita hampir sama kok kak....

    Aku sayang ko kak. Macam aku mau peluk ko kuat2 sekarang kak...uwaaaaaaa...

    Semoga Allah memberikan perancangan yg terbaik untuk kamu kak..amin.,

    Doaku moga ibu dan sepupu alesya sihat walafiat..amin

    ReplyDelete
  4. cpt masa berlalu...dah 5 bln rupanya...jaga keshtn dan kandungan baik2 yer... :)

    ReplyDelete
  5. Kak sedih ku baca entry mu ni kak..tp aku mengerti perasaan mu..jaga diri & kandungan baik2..

    ReplyDelete
  6. Moga Allah lindungi kamu kak...:)
    jaga diri ok....

    ReplyDelete
  7. jaga diri yea akk....
    alhamdulilah..dah 5bulan :))

    ReplyDelete
  8. banyakkan sabar dan doa padaNya sungguh2 ya..insyaAllah Sia maha pengurnia..

    ReplyDelete
  9. moga sumanya kan baik2 saja..amin

    take care ye sis,
    perancangan ALLAH sememangnya yg terbaik..apa sj yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah..jaga diri elok2 yer..ikut nasihat doktor =)

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah,,tiap satu bncana yg Allah turunkn akn ade hikmah disebaliknya,,

    moga diberi kesihatan n dpermudhkan urusan kedua2nya ye=)

    ReplyDelete
  12. dah 5 bulan..jaga baby baik2...dan membesar dengan sihat :')

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...