Friday, 21 December 2012

Mix & match for pregnant woman

Sepuluh hari lagi untuk memasuki tahun baru 2013. Gila. Semacam aku tidak percaya yang tahun 2012 sudah mahu sampai ke penghujungnya. Begitu cepat dan tangkas. Langsung tidak ada sedikit pun penangguhan, eh, tunggu dulu tahun 2013, nanti kau datang dalam masa 2 minggu. Begitulah kononnya mahu bicara sama dua ribu tiga belas.

Mana mungkin manusia kerdil seperti aku dapat memutar balik masa yang sedari azalinya tertulis begitu. Bulan, bintang dan matahari bertugas mengikut seperti apa yang diperintahnya. Tetap akur pada Yang Satu.

Aku periksa buku catatan kecil aku, banyaknya perkara yang masih lagi dalam kurungan PERLU DISELESAIKAN SEGERA NANTI BIARPUN SUDAH BERUBAH TAHUN. Harus!!

Sepuas-puasnya, aku mahu nikmati 10 hari yang berbaki ini. Dan, sekarang pun aku sedang menikmatinya. Sama dengan aku menikmati waktu-waktu yang tersisa bersama keluarga sebelum cuti aku berakhir. 

Dan sepanjang tempoh percutian ini dengan perut yang semakin membesar, aku masih terkebil-kebil mencari pakaian yang sesuai. Setiap kali berpergian, kadang-kadang, aku ambil baju / seluar, tengok cermin, hish, tidak sesuai, hish, nampak sangat gemuk, hish macam seksi sangat. Kemudian, aku hanya guna Mix & Match. 

Ia, terjadilah begini..






Mula-mula, difikir susah, mahu pakai apa bila sudah perut membesar, lengan membesar dan pipi membesar. Caranya, cuma mesti tahu suai dan padan.  Kerana, apabila dalam kondisi begini, semuanya perlu selesa di badan, menyenangkan mata memandang termasuk suami yang akan nampak perubahan badan isteri. Biar selalu cantik dimatanya.;)

20 comments:

  1. Singgah sini..cute je pregnant mom ni...suma nya matching n nmpak sweet!!

    ReplyDelete
  2. cantik...comel....cute...& sewaktu dgnnya

    ReplyDelete
  3. semakin sweet la...huhu..yupp setuju dgn ayu, semakin berseri

    ReplyDelete
  4. cardigan merah jg penyelamat!! jadiiiiii mana entrinya cuti-cuti ?

    ReplyDelete
  5. alolo..comelnye bakal mama ni... :)

    ReplyDelete
  6. pregnant pun tetap cantik. bila due misya?

    ReplyDelete
  7. Seri ibu hamil ni mmg nampak la kat wajah tu..hi hi

    ReplyDelete
  8. Cumil sgt kamoooo.terserlah seri ngandung

    ReplyDelete
  9. maaf ya bukan muhrim datang sini, masih lasak ya walau dah sarat. Nak bagi tahu teringat zaman wife etuza nagandung 7 anak kami, masa saat dia melahir tu lah time etuza ...puhhh! Allah ja yg tahu isi hati..saya doakan moga selamat dan mudah melahirkan baby yg cute sihat sempurna ya..tahnia

    ReplyDelete
  10. siapa kata wanita mengandung dah tak cantik hehhe. wanita mengandunglah etuza suka tengok...sebab terus ingat mama sebelah ni dulu ngandung anak etuza hehehe..i'm sorry

    ReplyDelete
  11. Take care yea. Suka tengok pregnant lady brgaya.

    ReplyDelete
  12. Seri hamil... yang tak tahan tu.. baju hijau sandal pink hehe

    ReplyDelete
  13. berseri la kamu dear. moge senyum sokmo. :)

    ReplyDelete
  14. ok lah...comel apa misya mcm tu,pndai je mix n match..sesuai :)

    ReplyDelete
  15. alolo..comeinya misya..
    org cantik..pakai apapun tetap nampak cantik... :)

    ReplyDelete
  16. slm miesya nak tnya yer ciksweety kt mana yer ada terjumpa ke sila smpaikan salam padanya

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...