Monday, 24 December 2012

Mimpi: Jangan dikenang

Seperti kata-kata kebanyakkan orang, mimpi itu umpama mainan tidur. Mungkin gara-gara malas mencuci kaki atau membaca doa sebelum tidur. Sama ada mitos atau realiti, terpulanglah pada kepercayaan kita. Kau percaya, itu hak kau. Kau tidak percaya pun, terpulang. Tapi, pendek kata, selalulah beri suntikan cas postif di dalam diri supaya kau tidak akan terbawa-bawa emosi mimpi ketika tidur ke siang hari.

Malam semalam aku bermimpi.

Mimpi yang sedih. Buat separuh jiwa aku menghilang. Kosong.

Kemudian, sewaktu selesai solat jemaah dengan suami, aku kata dengan dia:

'Aku takut dengan mimpi semalam'.

Dia diam dan diikuti dengan senyuman. 'Ah, tiada apa ' sambil mencium dahi aku. Jadi, aku lupakan saja mimpi itu. 

Jujurnya, manusia seperti aku selalu gagal untuk melupa bila ada mimpi yang begitu. Menakutkan. Minda aku belum mampu menjadi sekebal besi yang tidak hancur apabila dimamah api. Mimpi boleh mempengaruhi emosi dan pemikiran. Cuma, dengan kekuatan jiwa, kau akan mampu menolaknya tanpa serba salah yang itu adalah mimpi semata-mata.

[ Membangunkan jiwa yang mati bukannya sulit kalau ada kemahuan yang maha kuat dari dalam ]









17 comments:

  1. betul tu. kalau mimpi yg agak pelik mmg buat kita akan selalu terfikir, kdg2 sampai berhari2 baru boleh lupa.

    ReplyDelete
  2. lya sndiri pnh mimpi mcm ni.smpai tersedar tidur pon..air mata mgalir lagi.. mcm ianya btul2 berlaku..

    maybe.ianya berlaku krn kt terlalu fikirkan ttg sesuatu pkara tersebut

    ReplyDelete
  3. jangan terlalu bfikir ye misya..sian baby kalau mama nya murung..
    mama kena senyum,,nanti baby ceria...

    mimpi sekadar mainan...xde ape2 tu.. :)

    ReplyDelete
  4. naudzubillah..tapi memangnya kalau mengandung akan selalu hadir mimpi pelik sebabnya kita kan sering terbangun malam untuk ke tandas..nah jadi badan letih mimpi pun pelik-pelik jadinya

    ReplyDelete
  5. mimpi itu cuma mimpi, adapun mungkin kebetulan,jangan terlalu dikenang...

    ReplyDelete
  6. kekadang kalu mimpi yg pelik sampai buat kite risau....

    ReplyDelete
  7. mimpi tu mainan tido..
    jgn pikir byk ye Misha..just tk care byk2 tau :)

    ReplyDelete
  8. jgn pikir sgt ye.. nnti terganggu pulak baby..just think positif.. :)

    ReplyDelete
  9. mainan tidur tu..kdg2 mpi ayu jd btul gk..mybe ptanda..tp kita kna byk berdoa agar yg buruk tu xjd kan

    ReplyDelete
  10. Nabi cakap mimpi buruk jangan diceritakan. Bangun dan meludah ke kiri kanan (kalau tak silap), lepas tu baca la doa baru sambung tidur semula.

    ReplyDelete
  11. Hope mimpi tu sekadar mainan tidur...betoi kata Deqla..think positif..

    ReplyDelete
  12. doa dan tawakal ye.smoga semuanya baik2 saja.

    ReplyDelete
  13. jangan terlalu risau kay..kalau risau sgt tkut mudarat diri sendiri..mcm deqla n kak m kata think positif..nurul kalau tdo kdg selalugak mimpi bukan2..kna istigfar banyak k dear

    ReplyDelete
  14. biasanya mimpi itu hanyalah mainan tidur saja :)

    ReplyDelete
  15. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete
  16. Sentiasa berfikiran positif dan jadikan mimpi itu sekadar mainan tidur.. In Shaa Allah takde pape.. =)

    ReplyDelete
  17. Mimpi itu hanyalah mainan, jangan terlalu difikirkan. kadangkala ia terjadi desababkan oleh kejadian2 yg kita lalui dan ianya menghantui melalui mimpi.

    Banyakkan berdoa

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...