Saturday, 15 December 2012

Tutorial Hijab Mialen


Begitu cepat masa berlalu, kekangan masa dan  beban kerja menyebabkan aku sudah lama tidak berkongsi tutorial. Sudah banyak message dan permintaan dari kawan-kawan untuk minta aku buatkan tutorial. Hari ini, baru langsai. Tapi, ini baru satu. Insyallah, harap-harap esok dapat lagi buat satu.;). Tutorial jenis ini, senang saja. Aku guna shawl macam pashmina yang jenis kain chiffon. Senang dibentuk dan ringan bila dipakai. Nah, ini cara-caranya;

1)  Pakai inner ninja dulu dan kenakan shawl di atas kepala dengan satu panjang satu pendek.
2) Tegangkan ikut bentuk muka dan pinkan macam yang ditunjukkan. Untuk kekemasan, pin guna jarum peniti di kedua belah pipi.
3) Lepas pin, ia akan jadi macam ni.
4) Kemudian, tarik panjang tadi letakkan di bawah shawl yang panjang dan tarik ke atas kepala. 
5) Pinkan guna jarum peniti.
6) Yang pendek tadi akan jadi macam ni, biarkan ia berlipat begini dan tarik di bawah dagu, kemaskan dan letakkan di belakang kepala macam dalam gambar No. 7
8) Eh, dah SIAP!! CEPAT KAN?



Hasilnya, macam ini;)



Kalau mahu longgarkan bawah dagu tu pun boleh macam gambar di bawah. Leher tidak akan nampak sebab kawasan tu sudah ditutup tadi dalam gambar NO. 4




Selamat Mencuba;)

P/S  Saya ada menjual shawl-shawl pelbagai corak dari bunga-bungan, tribal dan polkadot. Sila klik ini MIALEN COLLECTION
{ Shawl di atas adalah salah satu shawl yang saya jual }
Antara yang lain:
Shawl chiffon 2 warna 1 layer


shawl bercorak



Jika berminat, sila klik-klik;)

15 comments:

  1. yg penting aurat kena jaga.

    ReplyDelete
  2. bagusla semua fesyen labuh2. cantik2 shawl tp masih tak reti nak pakai. :)

    ReplyDelete
  3. pandainye kak misya gayakan tdg..deqla dah cuba tp x cantik la..huhuhu...

    p/s : deqla ada order baju GSF utk akk.. cuba check kat sini :

    http://norumara.blogspot.com/2012/12/gsfian-sila-semak-tempahan-baju-anda_13.html

    ReplyDelete
  4. Misya pakai apapun cantik..!
    seri ibu mengandung... :)

    ReplyDelete
  5. Simple tapi Kemas & menarik...Tq for sharing

    ReplyDelete
  6. kak misya syg... hihi.. dah xkenal deqla ke?? erry tu hubby deqla ler.. owh psl byrn baju, mama arina dah tolong byrkan utk k.misya..dia yg ckp nk byrkan dulu..

    ReplyDelete
  7. cantik lah..dya nk try buat cm tu lah

    ReplyDelete
  8. wah ada tutorial tudung..best2...kemas n simple la..tengs sharing

    ReplyDelete
  9. sya jarang guna shawl tp cantik lah

    ReplyDelete
  10. Nice sharing. Pkai tudung ciri2 solehah, tutup bhgian dpn nmpk sopan.

    ReplyDelete
  11. Salam Misya! 1st time singgah sini.. Salam perkenalan ye.. Simple je cara pakai shawl dlm tutorial ni.. Nanti boleh try.. =)

    ReplyDelete
  12. cantik
    pandai Misya..teringin nk pkai shawl mcm tu tp x sesuai dgn muka yg bulat ni..huhu

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...