Tuesday, 31 January 2012

Ungu dan Nippon Paint contest result


Top: inner ninja ungu, pashmina benang emas,
Middle:  blouse dusty pink
Harem pants ungu
sandal riben
Beg: icha collection
Eh, Buka emel tadi, ada emel ini:


Dear Nuffnanger,

Thank you for participating the "Room Makeover with Nippon Paint" blogging contest last June 2011. :) Remember our blogpost here? We are pleased to announce that your entry is chosen as one of top 50 most creative blog entries! Congratulations, you have won yourself a Blobby Plush Toy! :)

Please collect the Blobby Plush Toy from us and kindly drop by our office to collect it. Our office is open from 9.00 am to 6.00pm on weekdays, and is located at:

Time: 9.00 am - 6.00 pm
Venue: Nuffnang Office,
12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.


Ini rezeki yang tidak disangka. >=<. Impian untuk dapat Blobby Flush tu tercapai juga. *_*
Terima kasih Nuffnang >http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/05/19/nippon-paint/

Ini entri yang menang tu  > http://bungasepet.blogspot.com/2011/06/i-like-nippon-paint-because.html

Rasa yang sulit untuk diucap





Pada setiap kisah yang aku jalani, aku cukup berhati-hati agar kisah itu berakhir atau setidak-tidaknya punya kelansungan seperti yang aku mahukan. Tetapi, kesedaran yang ada di dalam diri tetap ujud apabila sebenarnya, kita ini adalah manusia yang tiada sempurna dan aturan sebaik-baiknya adalah dari Tuhan yang telah menciptakan kita. Sudah selalu aku diperdengarkan bahawa setiap apa yang jadi itu akan adalah sesuatu di sebaliknya. Mata kasar kita sebagai manusia ini masih lagi ada hijabnya dan ia masih belum telus selagi hijab itu belum dibuka sesuai dengan waktunya. Itu aku percaya. Kisah insiden si dia terlibat di dalam kemalangan seminggu lalu sememangnya menjadi  satu kisah tentang hati yang sulit untuk aku percayai. Cuma, dengan adanya usaha untuk saling mengerti bahawa ia sudah pun terjadi, kami redha. 


Gembiranya hati, biarpun ketika itu kalau bukan saja izin dari Tuhan, aku sudah tidak dapat menjangka apa yang akan jadi. Dia selamat, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan untuk aku terus jalani masa indah-indah aku bersama dia. Apa pun yang terjadi dengan kereta, aku sudah tidak peduli, yang penting dia selamat sampai ke destinasi.

Untuk menanti beberapa hari lagi dia kembali, aku ada rasa seperti orang bebal yang tiada rasa sabar. Lalu, bila saja dia datang, aku menyalami dan memeluk seperti tidak mahu perkara itu berulang lagi.. Dan, ketika itu, laju saja air keluar dari kelopak mata. Sebaknya rasa dan aku peluk erat-erat. Tuhan, Terima kasih untuk setiap kesempatan yang ada ini. Amin.

Wednesday, 25 January 2012

ulang tahun ke-3: Kawan & suami


Sayang,

Belakangan yang selalu mendebarkan begini, aku selalu berharap yang kita akan lebih kerap dapat bersama-sama. 3 tahun yang lalu, kita pernah ketawa, menangis dan bersedih bersama-sama. Ia adalah saat-saat yang paling berharga di dalam pola penghidupan aku yang tidak selalunya indah. Kemudian, aku mulai membuka mata untuk satu perkara tentang kenapa Tuhan agak lewat penuhi doa aku yang terkaitan dengan cinta, 

Ya, sebenarnya aku baru menyedari yang kelewatan itu adalah disebabkan oleh adanya takdir untuk mempertemukan aku dengan pemilik tulang rusuk sebelah kiri aku. Rupanya kita sudah pernah bertemu, berbicara  dan yang membikin rasa cukup bahagia ialah kita pernah berada di satu tempat mencari ilmu untuk menjadi orang yang benarnya orang. 

Alhamdulillah, biarpun selepas 10 tahun barulah cinta itu terbalas, tetapi kini ia cukup besar ertinya untuk kita. Terima kasih sayang. Aku masih belajar menjadi sahabat yang baik dan isteri yang terbaik untuk kamu. Moga-moga semuanya selalu lancar. Love u always , sayang.

Selamat ulang tahun cinta kali yang ke-3. *_* .

Ikhlas dari,
Isterimu, Bunga.*_*




kad DIY untuk si dia.
Memandangkan si dia balik ke tempat kerja awal sehari, jadi sambutan ulang tahun diawalkan sehari juga. 
Lokasi: SCR Xpress

Menu pilihan

Menu pilihan ke-2

Nama menu dan licin. ( Lapar!)

rencah rasa

Kami *_*

Tuesday, 24 January 2012

Detik dua belas malam



Untuk seberapa pantas masa bergerak, aku masih tidak pernah penat untuk bertahan di sini dan bersama dia. Serasanya tidak sabar untuk menunggu detik dua belas malam ini. Ia detik nostalgia yang paling romantika kerana ia berlaku tanpa ada jangkaan rasa dari aku mahupun dia. Pabila aku terkenang malam itu, aku tersenyum kemudian menangis dengan gembira. Alhamdulillah. Tuhan berikan kesempatan dan hulurkan keajaiban untuk aku mendapat penghidupan yang lebih teratur dan tersusun.

Saturday, 21 January 2012

Ya, yakin saja.

Bila lama tidak menulis: Otak membeku, idea terbatas.
Bila lama memendam rasa: hati selalu bimbang. Tiada ketentuan.
Bila terlalu lama mendiam: banyak cerita yang tertangguh. 
Nampaknya perlu perlahan-lahan. Kena atur sebaik-baiknya.
Tetapi, 
ada masanya aku terdiam terkedu tanpa ada yang terucap,
masa aku kah yang tidak pernah cukup atau aku yang memang belum berhasil mengatur masa sendiri?
Rasa-rasa aku, aku masih gagal menyusun perihal yang mana satu keutamaan atau yang mana perkara itu hanya sampingan.
Sedangkan, aku ada banyak impian untuk tahun dua ribu dua belas ini.
Transformasi emosi dan tranformasi profesi adalah dua pekara yang menjadi akar untuk setiap kesempurnaan.
Aku masih berusaha susun satu-satu. 
Emosi aku haruslah selalu nombor satu tenangnya. Kalau saja ia selalu tenang, akan ujudlah  cas positif yang akan memberi aku lebih kekuatan untuk terus bernafas dengan penuh bahagia. Misalannya, aku mahu menjadi isteri yang baik untuk si dia dan Ia akan menyenangkan cabaran tranformasi dalam profesi ini dilakukan. Insyallah. Dan juga yang terpenting adalah, hati yang tenang tidak akan pernah untuk selalu tergesa-gesa membikin sesuatu dan merasa untuk putus pengharapan dalam kelansungan hidup dan keberadaan di dalam pola penghidupan begini.
Ya, yakin saja.


Thursday, 19 January 2012

selalu merasa bahagia

Aku perhatikan ;

Mereka yang sedang bahagia punya aura seri yang terunik di mata orang kebanyakkan.
Manakala, mereka yang sedang tidak bahagia, sungguhpun  ketawanya riang tetapi masih ada tersisa sendu di pelupuk matanya.

Aku;

Masih selalu merasa bahagia. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan  sekalian alam yang memberi rasa sebegini indah.


Dan, pada sisi yang masih sama,




Aku mahu lebih sedikit untuk menjadi sempurna. Insyallah, mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.


Pada sudut yang satu lagi ketika ini, aku sedang mencari sesuatu yang boleh aku hadiahkan untuk si dia menjelang hari yang istimewa pada minggu hadapan.

Sunday, 15 January 2012

Ketika begini, aku begitu kagum pada aturan hidup.


sumber


Belakangan ini, aku selalu berdepan dengan kepelbagaian uniknya manusia yang  punya macam-macam karenah. Ada beberapa hal yang  buat aku cukup-cukup gembira dan ada juga hal-hal yang begitu membuat setiap rasa itu bertukar menjadi sangat celaka. Jika dengan begini adanya mereka-mereka yang selalu baik di depan tapi sangat menyebalkan pada setiap rongga perasaan, ia akan menjadi sungguh memualkan. Berapa ramai mereka yang apabila bersama aku, perangainya sangat baik seperti tiada lagi yang hina pada dirinya. 

Kemudian, di belakang aku, tanpa aku tahu, mereka begitu gagah dengan kata-kata yang sepertinya merekalah manusia-manusia paling baik di dunia. Tiada sedikit pun terfikir yang hinaan yang mereka berikan dan rekaan cerita yang mereka novelkan akan mengena kepada generasi mereka yang seterusnya. Misalan aku adalah, mereka lupa yang mereka punya anak dan setiap rekaan cerita yang mereka buat, mungkin akan mendapat badi kecelakaan dari mereka sendiri. 

Mereka menjadi dominan kepada setiap cerita dan provokasi mereka selalunya akan menjadi aspirasi kepada yang berkuasa dan klisenya, mereka sangat bersikap sinikal kepada setiap orang termasuk aku walhal aku tiada sedikit pun mengganggu kehidupan peribadi mereka. Jadi, harus bagaimana aku mahu memberi muka sebaik-baiknya kepada mereka? sedang manusia tipikal seperti aku  adalah berhati tisu yang mudah saja untuk koyak. 

Ketika begini, aku begitu kagum pada aturan hidup. Inilah namanya, hanya manusia terpilih sahaja yang akan diuji tahap kekebalan hatinya untuk kelansungan penghidupan yang lebih baik dan terbaik bukan saja untuk hari ini tetapi untuk putaran masa akan datang.

Tutorial Hijab: kain chiffon

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia,

Agak lama blog ini aku tinggalkan tanpa jejak. Seperti biasa, rutin di awal tahun memang agak sibuk dan ia jadikan aku makin jauh dari dunia maya apatah lagi dunia sosial seperti laman muka buku. Dan tutorial ini juga aku buat pada hari selasa yang lepas cuma, belum punya masa untuk dikemaskini di dalam blog. Dan di hari minggu begini, aku mencuri masa aku sendiri. Ya, berkongsi sesuatu di dalam blog adalah satu kesukaan yang boleh membikin hati gembira. Bila ada kawan yang mahu mencuba setiap tutorial, terasa indahnya perkongsian begini. *_*

Seperti selalu, ini adalah hasil tutorial yang aku akan buat.



Mula-mula pakai inner neck dulu. Shawl ini adalah jenis kain chiffon dan ia sangat lembut. 

Pastikan satu panjang dan satu pendek.

Letakkan yang panjang ke belakang leher.

Ambil dan pusing ke depan.

Kemudian, tarik dan letakkan di atas kepala.

Macam begini

Pinkan ikut anak panah atau ikut keselesaan kamu

Ia akan kelihatan seperti begini selepas kamu pinkan.

Ambil bahagian yang pendek

Macam begini

Kamu tarik ke tepi belakang telinga macam anak panah itu

Ini gambar belakang

Dan hasilnya adalah seperti ini:

*_*




Selamat mencuba *_* 

Monday, 9 January 2012

Tutorial Hijab beralun



Tutorial  Hijab yang aku mahu kongsikan adalah seperti figura di bawah:


Style ini sesuai untuk kamu yang tidak punya inner neck atau inner ninja.
.


Pakai inner macam biasa

Pastikan satu panjang, satu pendek

Ambil bahagian yang panjang dan letak di bawah yang di pendek, kemudian bawah ke belakang leher

Pinkan di bahagian belakang leher  bahagian dalam supaya nampak kemas

Kalau sudah pin, betulkan pashmina dan tarik ke bahagian belakang sedikit dan juga betulkan di depan

Ia akan kelihatan begini. 

Kemudian, pinkan juga di bahagian anak panah tu supaya tidak terjatuh nanti

Ambil bahagian hujung pashmina yang pendek tadi, perhatikan anak panah tersebut.

Tarik ke belakang kepala dan pinkan mengikut keselesaan kamu


Ini bahagian belakang pashmina, kamu boleh sesuaikan kepanjangannya ikut suka kamu juga. Kalau mahu lebih panjang, tarik bahagian depan tu ke belakang sedikit.

Dan hasilnya:




Selamat mencuba *_*. Peace banyak-banyak.

p/s Pakai pashmina memang sangat menyenangkan perasaan. Oh, ada pashmina yang akan aku upload untuk dijual. Murah-murah. RM18 sahaja. Free postage. Tunggu entri yang seterusnya. *_*

Serasa-rasa aku, aku sudah biasa begini

Google


Aku mahu ambil masa sebentar. Mengolah cerita hidup untuk episod yang lepas dan masa akan datang.  Minggu pertama kembali berprofesi agak sedikit sukar dan ada sedikit lega. Sukarnya sedikit cuma, kalau dilihat dengan mata hati, ia membikin hati menangis. Tapi, bukannkah aku sudah mahu berlagak kebal tahun ini? jadi, aku buat biasa-biasa saja. 

Alah bisa tegal biasa, bukan? Ada masa kelak, aku lontarkan setiap rasa yang tersimpan. Ia hanya menunggu masa itu tiba. Seperti yang aku sudah niatkan untuk transformasi di dalam kerjaya aku, aku harus lebih berani untuk bertindak. Ada banyak perkara yang aku perlu uruskan agar transformasi kerjaya ini cukup berjaya. Permulaan untuknya mengheret sedikit rasa sakit tapi itu tidak mengapa. Serasa-rasa aku, aku sudah biasa begini. Walau ada rasa sebal kerana berlaku berat sebelah dan membuat aku mahu berkata celaka sahaja, tapi, aku masih mahu bermonolog positif.

Mungkin ini satu lagi pengorbanan yang aku perlu buat bagi membantu transformasi kerjaya aku?
Mungkin.

Tapi, kata si dia, jika ditakdir dia berada di tempat aku, mana mungkin dia membuat sesuatu yang dia tidak suka. Ia akan terus tamat di situ. Tiada kesinambungan lagi. Titik. Dan di sudut aku pula, aku masih tidak mahu membuat keputusan walaupun aku sebenarnya tidak suka. Dan, senangnya jawapan ialah  aku hanya mahu sedikit pengertian dari mereka-mereka selaku pembuat keputusan. 

Penghidupan ini ada masanya begitu menuntut kekuatan. Ada masanya juga perlu biasa-biasa saja. Esok-esok, aku tahu akan banyak lagi cerita yang akan jadi isi untuk aku berfikiran begitu. Persetankan saja. Pesan si dia, keluarga dan kawan-kawan: jangan ada rasa tertekan. Jalani hidup seadanya. Ia bukan saja bagus untuk kesihatan malah, ia akan membikin hati lebih tenang dan tenteram.

Thursday, 5 January 2012

Semangat tahun baru 2012


Semalam, hari pertama sebagai pembukaan semester baru untuk sekolah dan aku juga boleh anggap ia sebagai langkah baru untuk kerjaya aku lebih baik. Mudah-mudahan saja harapan aku itu betul dan logika pada akal yang waras. Sekembali ke rutin begini, aku akan berdepan semula dengan sesaknya jalan raya, nakal dan baiknya murid-murid baru dan lama, berlambaknya kerja yang perlu, harus dan wajib dilakukan tanpa ada apa-apa alasan. 

Fenomena sistem baru gaji masih lagi jadi persoalan terutamanya penilaian SKT berdasarkan prestasi kerja. Agak-agaknya berapalah sangat yang aku dapat? Aku sekadar membuat kerja aku sebaik yang aku mampu, berusaha memperbaiki diri dan kerjaya aku saban hari dengan penuh komited dan hanya berdiam bila-bila aku tidak suka tanpa ada ulasan lebih dari aku. Aku suka begitu walaupun aku disarankan untuk lebih suka membuka mulut kalau-kalau aku tidak suka. Kadang-kadang aku mahu bersuara tapi, ada satu perasaan di dalam diri yang beranggapan, bersuara pun belum tentu akan didengar dan dipertimbangkan. Jadi, lebih baik diam dari membikin hati orang lain haru biru.

Masa sudah melewat tapi mata cukup sukar untuk lelap. Hari ini, aku mahu membuat sedikit pembaikan. Aku sudah beroleh semangat sedikit tadi. Harap-harap, ia masih kekal sehingga bila-bila.




Membeli barang-barang begini akan memberi semangat untuk terus baiki diri

[We cannot hold a torch another's path without brightening our own - Ben Seewtland]

Buku Rekod yang sudah di kemaskini *_*


Eh, Gunung Kinabalu yang selalu di hati

Izan, sahabat ketika masih hingusan sehingga kedua-duanya jadi isteri orang

Belum sampai sebulan, aku sudah merindu anak ini

Moga kamu jadi anak yang baik satu hari nanti, sayang

Menghargai hasil gambar yang di edit oleh bekas murid aku

Peace, Love this moment *_*

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...