Sunday, 29 April 2012

Tutorial shawl messy look

Terima kasih kerana klik link blog BungaSepet.
Nah, ini Tutorial untuk kamu pelbagaikan cara pakai shawl / pashmina.
Hanya perlukan 2 pin dan satu keronsang, Kalau tidak pakai keronsang pun boleh, ganti dengan pin saja.


Cara-caranya:



  1. Pakai selendang di atas kepala. Sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Ambil selendang ( panjang ) yang di bahagian dalam, tarik dan pinkan di tepi pipi sebelah kiri.
  3. Angkat bahagian yang pendek, 
  4. Letakkan bahagian yang panjang tadi di bawah bahagian yang pendek, kemudian tarik dan pusingkan di atas kepala.
  5. Ambil bahagian  tengah yang pendek tadi dan pinkan di belakang kepala.
  6. Pinkan di tepi pipi bahagian yang sebelah lagi.
Hasilnya: 
Siap  ^_^





Selamat mencuba ^_^


Tuesday, 24 April 2012

Tudung polkadot 2 tone


Salam semua,
Ini tudung baru syria polkadot 2 tone.
 Jenis kain cotton. 
Harga RM20 sehelai. 
Postage RM 7. 
Jika berminat, sila SMS terus ke 0148987437

Kod 1 (sold out)

Kod 2 (sold out)

Kod 3 (sold out)

Kod 4

kod 5 (sold out)

Kod 6 (sold out)

Kod 7

Kod 8

Sunday, 22 April 2012

Sendiri-sendiri



Sebelum aku berprofesi di Bumi Kenyalang ini, tempat untuk aku mengerti erti kerjaan buat pertama kalinya adalah di Labuan. Ketika di sana, aku punya ramai kawan yang selalu ada tidak kiralah sewaktu aku senang atau susah. Aku ada seorang kawan yang aku anggap seperti kakak kandung sendiri. Yang pada waktu aku gembira, dia sama-sama senyum dan ketawa meraihkan kegembiraan aku. Yang ketika aku sedih, dia ada untuk sediakan bahunya untuk aku menangis. Aku ada seorang kawan lagi, aku panggil kakak. Dia akan turut merasa gembira, suka dan hiba bila-bila pun aku melalui saat sebegitu di dalam hidup aku. 

Aku juga ada seorang kawan, lelaki yang aku lebihkan seperti saudara kandung sendiri. Dia begitu senang untuk menegur kesilapan aku dan begitu senang untuk menukar setiap rasa bosan dan kecewa aku dengan lawak bodoh dia yang tidak sudah. Bila-bila pun, kami bertiga perlukan dia, dia selalu ada, jarang sekali membelakangkan keperluan kami. Kalau saja dia masih ingat ketika aku begitu sakit, dia dan dua orang kakak itu turut datang dengan segera tanpa menunggu masa yang lama. Sebut saja di mana, di mana ada mereka, di situlah ada aku.

Dan seperti yang sudah direncana Tuhan, roda hidup ini sekejap di atas dan sekejap di bawah. Tiada penetapan dan ia akan berputar seperti itu pada setiap masa. Tuhan tentukan yang profesi aku harus berkembang di sini. Rezeki aku di sini tetapi apabila menjejakkan kaki ke bumi asing ini, aku kira yang tuah seorang kawan tiada lagi untuk aku. 

Aku tidak pernah menyalahkan setiap suratan hidup aku. Aku terima seadanya seperti yang aku belajar di dalam profesi aku. Penerimaan tanpa syarat perlu ada di dalam diri aku supaya aku tidaklah selemah yang mereka-mereka sangka. 

Dan, sehingga ketika ini, aku sudah berdikari untuk meneruskan keberadaan aku di sini. Aku sudah tidak lagi berasa aneh apabila aku keluar seorang diri membeli barang keperluan dan tiba-tiba perut masuk angin yang mana tiada alasan lagi untuk aku menunggu hingga balik ke rumah. Ya kalau di rumah juga, aku perlu  memasak dan ia mengambil masa yang boleh membikin aku muntah terlebih dahulu. Kerana itu, aku sudah terbiasa untuk aku makan seorang diri di kedai makan. Sudahnya, aku tidak peduli dengan mata-mata yang melihat aku duduk keseorangan menjamah Snack Plate dengan penuh selera. Atau, aku sudah pernah membeli  Pan cake, mencari tempat duduk di sudut tepi kedai tetapi, kerusinya semua berpenghuni dan akhirnya aku masuk ke dalam kereta, makan Pan Cake sambil minum air Kacang Soya tanpa menghiraukan orang meletakkan kereta di sebelah kereta aku yang kehairanan. Usai makan, aku keluar kereta, masuk kedai, sambung semula membeli barang-barang. 

Atau pun, baru sebentar tadi, selepas berurusan di Bank, kerana perut yang masuk angin dan benar-benar mahu di isi, aku bergegas ke kedai menjual roti, membeli roti perisa bluberry dan setin kacang soya, membukanya lalu berdiri makan di hadapan kedai yang menjual CD. Di sebelah menyebelah aku, ada lelaki-lelaki yang turut berdiri menonton cerita King-Kong sedang bermain cinta dengan heroin filem di kaca TV yang tergantung di kedai. Balik-balik aku berkata di dalam hati, tidak elok aku makan berdiri, tetapi kali ini, aku sudah tiada pilihan lagi. Hujan di lebat tidak memungkinkan aku untuk bergerak lagi. Tangan aku sudah bergegar dan silap masa, aku sudah mahu pitam. Gastik benar-benar ajar aku untuk tidak peduli pada tanggapan orang lagi.


Sebenarnya, gastrik ajar aku banyak hal yang sebelum ini aku amat takut untuk melakukannya seorang diri.  Mungkin Keterbiasaan untuk punya kawan buat aku selalu mengharap aku ada kawan. Sedihnya aku tidak punya kawan baik di sini seperti dahulu.

Jelas, aku memang sendiri di sini, tiada kawan, tiada teman. Luaran aku nampak keseorangan. Tetapi, berbeza dengan dulu, luaran aku nampak aku berteman tetapi hati aku sunyi sebenarnya. Sekarang, biarpun aku kesorangan tetapi hati aku tidak pernah sunyi. Emosi dalaman aku sebenarnya sangat kuat. Kuat kerana aku ada dia.  Dialah kawan, dialah juga suami. Dialah kawan yang bila-bila aku ajak ke mana pun, dia akan ikut sekali. Apa yang aku minta pun, dia akan tunaikan seberapa segera biarpun ada jarak pemisah antara kami. Dan sejak aku jadi isteri dia, memang aku bergantung kepada dia.  

Misalannya, paip yang bocor pun, aku masih harapkan dia yang akan menyelesaikannya. Aku akan menunggu dia pulang untuk jadi Pak Tukang. Dan, kalau masa seminggu itu, aku menunggu dia pulang, waktu itu jugalah, pinggan mangkuk aku akan basuh di dalam Kamar mandi. Ia menyusahkan aku tetapi, kesusahan sebegitu sebenarnya seratus kali lebih perit dari kesusahan aku sebelum ini.

Aku akui yang bersendiri itu bukanlah perkara mudah. Tetapi,  aku rasa, aku masih boleh berdikari. Sebabnya aku rasa, orang lain pun bukanlan kisah sangat kalau nampak aku jalan dan makan sendiri-sendiri. Rasanya, orang akan lebih kisah kalau aku jalan berteman, tentu mahu tahu siapa dan ke mana.  Oleh itu, selagi aku masih ada kesihatan yang baik, punya pancaindera yang cukup sempurna, aku tahu yang aku  perlu tolak ke tepi sedikit rasa malu yang membuatkan aku rasa aku tidak cukup keberanian untuk menghadapi hari-hari aku.


Jangan bimbang


Moga-moga setiap kamu-kamu yang belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengannya segera.
^_^

Wednesday, 18 April 2012

Tudung bawal 3 tone

Mari mari puan tengok ini gambar. ^_^.  Bawal 3 tone. Harga RM 17 sehelai. Tidak termasuk pos penghantaran. Kalau berminat, sila komen atau SMS terus ke 0148987437. 


Kod 11 (SOLD OUT)


Kod 12 (SOLD OUT)

Kod 13 (SOLD OUT)

Kod 14 (SOLD OUT)

Kod 15 (SOLD OUT)


Kod 16 (SOLD OUT)


Kod 17 (SOLD OUT)

Tuesday, 17 April 2012

Tutorial Tudung Bawal like me


Nah, ini ada tutorial untuk kamu untuk bagi bawal kamu lebih ada gaya daripada biasa. Aku buat cepat-cepat setelah ramai yang minta tutorial untuk gaya ini. Kamu boleh tengok gambar ini satu persatu.;). 





1. Pakai Inner ninja dulu untuk cover leher. ( Untuk beli inner ninja, sila klik sini >inner ninja ).
 Oh, ini tudung bawal 3 tone ^_^



2. Lipatkan tudung bawal 3 segi macam biasa dan letak di atas kepala. Ambil bahagian dalam tu. 
( Maaf, lupa letak anak panah )


3. Tarik dan letakkan di tepi pipi sebelah kanan dan sambung pula ke sebelah kiri macam anak panah tu.


4. Ia akan jadi seperti ini. 


5. Kemudian, buatkan tudung macam ini dan pinkan di tempat anak panah.


6. Lepas tu, ambil lebihan di tepi yang kena pin tu dan tarik macam di atas dan pinkan.


7. Yang sebelah pun tarik dan pinkan juga macam tadi.


Hah, macam inilah bentuk dia selepas kita lipat;)

 Okey, sudah siap.^_^



Bahagian depan, akan jadi labuh macam ni dan bahagian belakang pun akan jadi 3 segi macam pakai style bawal biasa tu.  Tiada gambar di bahagian disediakan sebab malas pusingkan badan ambil gambar. ^_^


 Okeylah, selamat mencuba ^_^

Monday, 16 April 2012

Kasihan



Kring, kring, kring, bunyi loceng bertalu-talu. Dia bangun dari kerusi dan menuju  ke meja di belakang kelas. Matanya melilau mencari bekas makanan dan botol air miliknya. Sehabis itu, dia keluar kelas, berlari mendapatkan kawan-kawannya yang sudah pun tinggalkan dia untuk mencari tempat bersarapan. 'Sarah, tunggu.' Jeritnya lantang. Kawan-kawannya menoleh dan melambainya. 'Cepatlah, Amirah.' Jerit kawannya pula semula. Dia berlari lagi laju dan hampir melanggar seorang cikgu. ' Eh, Amirah, jalanlah elok-elok. Jangan berlari, nanti jatuh pula.' Dia yang sudah berhenti, tersengih tanpa berkata apa-apa dan berjalan selajunya mengejar kawan.

Setiba saja dia di tempat kawan-kawanya, mereka terus duduk di penjuru bangunan. Masing-masing membuka bekal. Dia pun begitu juga. Entah apa yang dibekalkan oleh ibu hari ini. Dia buka perlahan-lahan dan dia tersenyum. Ada seketul ayam goreng dan nasi goreng yang jadi bekalnya hari ini. Air liur dia teguk. ' Sedapnya makanan awak hari ini. Amirah '. Kata seorang kawan. Dia tersengih saja dan terus makan. Seorang dua kawan mencubit ayam gorengnya dan sebagai balasan mereka pun memberikan dia sepotong nudget dan kuih karipap pula. Mereka bergelak ketawa. Bercerita tentang kehebatan belajar buat baju origami tadi sewaktu di dalam kelas. Dia suka dengan seni. Kalau boleh, dia mahu hari-hari belajar seni. Seni buat dia gembira dan seni buat dia selalu teruja.

Kring, kring, kring. Sekali lagi loceng berbunyi. ' Cepat, cepat, masuk kelas '. Kata kawannya. Dia menyudahkan suapan terakhir, meneguk air dan cepat-cepat masukkan bekas makanannya di dalam bakul. Mereka berlari semula masuk ke dalam kelas.

~ Sewaktu menaip cerita ini, aku sebenarnya berpandukan kepada kisah anak-anak di sekolah. Setiap kali waktu rehat, mereka akan berlari- lari untuk mencari tempat makan. Kalau yang tidak membawa bekal, mereka akan berpusu-pusu berlari ke kantin. 'Bang, nasi satu bang. Kak, nasi lemak satu kak. Kak, sosej satu ringgit kak. Bang, mee goreng satu, bang'. Itu antara jeritan-jeritan mereka. Kalau waktu itu aku ada di kantin, aku perhatikan mereka. Teringat sewaktu aku berada pada usia mereka.

~  Dulu, selalunya emak akan bekalkan aku nasi putih berlaukkan ikan masin ataupun nasi goreng ikan bilis. Itulah bekal yang aku bawa ke sekolah dengan duit belanja RM0.30. Dengan duit tu, aku beli keropok  perisa ayam harga RM 0.10 dan kemudian bubuh sambal lada banyak-banyak sebelum makan. Bibir akan merah membengkak bila makan tapi ia menjadi perkara kedua kerana rasanya sangat  sedap.
Keropok kesukaan dari dulu sehingga sekarang ^_^

~ Hari ini, duit belanja murid ke sekolah RM 1 paling sedikit. Dunia yang semakin maju dan barang pun makin naik. Dan, untuk aku  berharap ibu bapa akan tetap sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah kerana dengan adanya bekal, mereka tidak perlu berlari-lari ke kantin membeli makanan. Kalau tahu berbaris, tidak mengapa cuma, kalau mereka tidak berbaris dan berasak-asak, ada yang terhimpit dan paling sedih kalau mereka tidak sempat pun beli makanan kerana loceng sudah berbunyi dan mereka masuk kelas tanpa makan apa-apa. Aku kasihan. Sangat.



Friday, 13 April 2012

Jiwa srikandi


Merindu untuk menulis sebanyak-banyaknya setiap rasa menjadi igauan aku ketika ini. Tetapi, dengan adanya timbunan kerjaan yang meminta disiapkan, aku menjadi seperti hilang dari dunia bunga dan sepet. Menjenguk kawan-kawan maya pun hanya sekali dua yang dapat aku buat. Badan selalu penat walaupun bukan mengangkat besi atau simen berat tetapi aku juga sudah dapat merasakan yang tulang badan aku semakin melemah. Mungkin aku perlu minum susu Anlene supaya tulang aku lebih kuat seperti mereka-mereka yang berumur dua puluhan.

Geleng kepala. Awal tiga puluhan akan menyebabkan banyak kesakitan badan jikalau tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Salah makan saja lalu terguling-guling di atas tilam bagai cacing kepanasan menahan sakit ulu hati yang  membuat badan panas sejuk dan kembung perut. Peluh mengalir keluar dengan banyaknya dan tangan akan berada di atas perut menahan kesakitan. Mahu saja perut dikorek untuk melihat kelibat asid yang sedang menghuni dinding perut sehingga sakit begitu rupa. Aku benar-benar membenci gastrik. Lambat makan sikit pun, angin masuk berpusu-pusu dan mulalah sendawa tidak henti-henti. Selepas disapu dengan minyak panas, barulah angin keluar tanpa rasa segan sedikit pun. Aku tidak kepingin untuk ke  klinik meminta suntikan lagi. Aku lelah. Penyelesaiannya, Ubat gaviscon sudah pun habis stok dan yang ada hanyalah susu kambing ( HIGOAT) yang aku minum untuk meredakan sakit gastrik yang buat rasa diri mual dan mahu muntah semahu-mahunya. 

Bukankah dalam keadaan begini, amatlah menyedihkan bila sendiri menghadapinya? Tapi, aku masih percaya, selagi aku ada Tuhan, selagi itulah aku akan berjaya untuk menghadapi setiap ujiannya dengan jiwa srikandi yang tidak akan pernah menyerah kalah.




Nota kaki satu: Belum punya waktu lenggang untuk jalan-jalan di blog kamu.

cardigan dan blouse chiffon

Ini aku kongsikan cardigan dan blouse yang cantik-cantik untuk dipakai. Harga sekali dengan pos. Sesuai dipakai dengan dress atau baju-baju kecil. Blouse pun ada warna yang manis dan dari kain chiffon seperti figura-digura dibawah:

Cardigan:
Hitam RM 38 Termasuk pos


Pink terang RM 38 Termasuk pos

Kelabu RM 38 Termasuk pos
 Blouse:
Putih RM 38 Termasuk pos



Pink muda RM 40 Termasuk pos


Oren bata RM 40 Termasuk pos
 Cardigan:
Oren RM 38 Termasuk pos
Htiam RM 38 Termasuk pos



Pink  RM 38 Termasuk pos

Biru RM 38 Termasuk pos

Jika berminat, sila SMS terus ke No. 0146948656. Sekian terima kasih:)

Wednesday, 11 April 2012

Tudung crown bermanik

Figura-figura di bawah adalah tudung bawal  crawn bermanik. Kain bawal yang tidak licin. senang dibentuk ikut bentul muka.  RM 28 sehelai tidak termasuk pos. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh sms terus ke 0148987437.

merah hati- SOLD OUT


putih- SOLD OUT

coklat- AVAILABLE

peach- SOLD OUT

hitam- SOLDF OUT




sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...