Saturday, 30 June 2012

Momen-momen instagram

Dalam era teknologi yang semuanya ada di hujung jari, aku pun turut tidak terkecuali. Laman sosial yang kian berkembang misalannya kewujudan 'instagram' menyebabkan aku terus-terus merasa betapa dunia ini semakin maju walaupun ketika kejadian Israk dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah, di mana ketika itu, beliau yang berjumpa dengan seorang tua bertongkat dan bertanya kepada Malaikat Jibril: siapa kah itu? Jawab Malaikat Jibril:  'itulah umur dunia'. 

Sehingga aku buat entri ini, aku masih tidak dapat bayangkan berapa lama lagi dunia ini mampu bertahan. Harap-harap, di setiap detak jantung dan hembusan nafas aku, aku masih boleh teruskan kelansungan hidup dengan selalu ingat yang manusia seperti aku ini pun, lama-lama akan menjadi tua tahun demi tahun. 

Aku sedang menikmati momen-momen sebagai seorang manusia yang hujan panas di hati aku adalah ubat paling mujarab untuk ajar aku menelan setiap pahit yang ada dan akhirnya menjadi madu untuk terus berhidup.

Sebahagian figura dari 'instagram' aku:

























Thursday, 28 June 2012

Emak



Awal pagi, tiba-tiba teringat emak. Sebak dalam hati. Air mata tidak dapat diseka lagi. Turun tiada henti.

Ya Allah, rindunya dengan emak.

Perantau yang gila merindu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 26 June 2012

Sadis#2



Dua minggu ini, selain masalah  kepanasan yang melembabkan pakaian, ada jerebu yang menyesakkan hidung. Nampaknya kondisi bumi semakin parah. KAsIHAN. Makhluk-makhluk di bumi pun tidak kurang kasihan. Begitulah jadinya kalau tiada keseimbangan yang sempurna. Klise, kan?

Sama seperti yang terjadi hari ini. Bukan sekali dua hal seperti ini berlaku. Berdikari sendiri dan hidup pun sendiri. Adakalanya aku jadi manusia paling imun kerana keberhasilan hal-hal begini mentarbiah hati aku. Tapi, sungguh pun begitu, aku masih lagi berasa sangat sadis apabila orang-orang yang aku perlu tidak dapat aku sentuh. Walau hal seperti ini pun, aku masih kosong apabila mereka tiada.




Ketika hal ini terjadi tadi, sesampainya di rumah, aku menangis sendiri. Itu belum dikira air mata aku yang membengkak mahu keluar sewaktu aku hulurkan wang kepada manusia baik hati kerana menolong aku hidupkan kereta kembali. Nampak sangat yang aku perlukan mereka yakni suami / keluarga selalu di sisi aku.


Kadangkala berjauhan begini sungguh-sungguh menghimpit aliran nafas aku untuk bergerak kencang.
posted from Bloggeroid

Sunday, 24 June 2012

Percubaan

Harap-harap tips ini berhasil.



* samsung galaxy note* kalau masih belum berhasil paparkan gambar, kau memang buat aku marah.

posted from Bloggeroid

Monday, 18 June 2012

Pelamin

Selepas beberapa entri yang lepas, aku mulai perasan yang aku menulis seperti orang yang tiada fokus utama yang perlu diberi perhatian. Ketika itu, aku mula menyalahkan diri sendiri. Jangan lagi terbabas dari azam,   menulis perkara dengan sebaik-baiknya, supaya penceritaan tidak mati atau tidak tergantung di akhir kisah. Jadi, aku pendekkan di sini saja, inilah salah satu perkara yang aku dan keluarga lakukan sewaktu cuti sekolah yang lepas.


Ini pelamin yang aku, suami dan adik aku dua orang buatkan untuk pengantin lelaki yang juga merangkap sepupu sekali aku. Kerusi sebenarnya warna putih / silver pada mulanya, tapi, ini kerusi yang dipinjamkan percuma oleh hamba Allah jadi, aku tidak perlu sewa kerusi lagi. sebabnya aku masih belum ada set kerusi untuk pelamin. Yang lainnya adalah koleksi barang pelamin aku yang dulu.




Nenek sebelah emak, maksudnya emak punya emak.

Adik bungsu aku yang sewaktu hari perkahwinan bikin aku marah kerana amat pemilih soal baju.

Ica yang matanya besar dan bersinar. Anak buah aku.

Beli dari taukeh yang sama. yakni adik lelaki aku yang buat bisnes tu.  ;) Anak buah aku juga

Jubah warna silver yang beri banyak kesusahan untuk aku  padankan dengan tudung. Jadi, ambil senang,  aku pakaikan colour block.

Sama umur, sama perangai, suka bergambar, suka berfesyen dan eh, aku kurang pasti kalau mereka ini sudah ada kekasih. Adik, jangan cuba-cuba. Kalau cuba, SIAP!

Ini ikut tradisi orang Bajau, sepupu aku naik benda ni untuk dibawa ke  rumah pengantin. Nama benda ni ' sensungan'  kalau aku tidak silap. Mama arina, betulkan kalau salah okey;)


Eh,, ada lagi gambar ni budak ni. Dia ni sangat suka bergambar.  Sanggup duduk atas pelamin semata-mata mahu  tarik perhatian orang supaya ambil gambar dia. Dia ini memang comel ;)

Sesi akad nikah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, sah bergelar suami ister ;)


Selepas akad nikah, aku dan si dia tidak lagi dapat menunggu lagi lama kerana ada jemputan juga dari kawan lama aku sama-sama sekolah dulu. Jadi, kami bergegas ke rumahnya dengan kelajuan yang boleh. Sewaktu kami sampai, para jemputan sudah pun balik. Jadi, kami sempat jumpa pengantin tanpa melihat mereka bersanding. Tapi, masih boleh nampak berdua di dalam rumah. Sebenarnya sebelum itu, aku sudah berjanji dengan seorang kawan yang juga kawan sekelas aku dari tingkatan 1-5, kemudian sama-sama juga masa di UiTM. Dia datang awal dari aku dan si dia. Kesian dia, 2 jam menunggu kami sampai. 2 jam juga menahan lapar.

Ini gambar kami.




Sempat juga bergambar di atas pelamin pengantin.



Senyuman paling manis belahan hati jiwa bunga

Pengantin yang amat takut kalau-kalau aku mekapkan terlebih. Jadi, dia kerap kali sapu bedak tu. Haip!
Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.;)


Saturday, 16 June 2012

Tiru, Sushi & Papadome



Hujung minggu, masih biasa-biasa. Awal pagi, berusai ke sekolah, ada Hari Permuafakatan Bersama Ibu Bapa. Macam-macam hal yang dibincangkan bila keputusan anak-anak ada yang makin baik dan ada yang makin tidak baik. Komen dan cadangan diterima dengan minda terbuka. Kita mahu lahirkan generasi paling berjaya untuk memimpin negara menjelang alaf 2020. Jadi, semuanya akan dipertimbangkan. 

Tetapi, rungutan banyak kedengaran yang anak-anak sangat penat selepas balik dari sekolah hingga tidak berkesempatan untuk ulangkaji pelajaran atau buat kerja rumah. Itu isu yang paling biasa tetapi memberi efek paling besar pada mereka. Penat, sampai rumah, makan dan tidur. Waktu pagi, sebelum masuk kereta ayah / ibu, barulah terkedek-kedek buat kerja rumah atau pun sesampainya di sekolah, cepat-cepat pinjam buku kawan di dalam kelas dan tiru jawapan.

Eh, cuba angkat tangan siapa yang tidak pernah tiru kerja kawan? Kalau mahu meniru, tirulah pada kawan yang jawapannya betul supaya nampak sedikit cerdik. Bukannya pada kawan yang jawapannya sah-sah salah tapi tetap mahu disalin juga kerana takut cikgu denda gara-gara kerja rumah tidak siap. Ya, Itu perkara pertama.

Hal kedua adalah, rupanya kesusahan tidak dapat untuk 'post entry with pictures' disebabkan akaun aku di dalam phone tidak 'sync' dengan samsung akaun jadi,  'software mobile blogger' tidak dapat bekerjasama antara satu dengan yang lain. Betullah cara yang dicadangkan oleh Lelamaisara dan Aki. Dan, semalam aku seharian mencari di mana silapnya.  Selepas 2 hari, barulah dapat tahu di mana silapnya. Cuma, aku perlu usaha sedikit hantar SMS ke go@blogger.com untuk dapatkan token code bagi aktifkan mobile blogger. Kelak, aku usaikan.

Hal ketiga dan seterusnya, nanti-nanti aku ceritakan. Biar sampai di sini dulu. Terlalu banyak mahu diolah, otak pun makin rasa seperti diperah. Sampai-sampai aku makan Sushi ini sebelum tiba waktu makan malam. Padahal, aku beli khas untuk makan malam. Memang gedempol lah begini.




Ditambah lagi dengan ini, Nasi Papadome Ayam Bakar untuk makan tengahari. Kau memang cukup buas pasal kalau makanan, bunga.

Thursday, 14 June 2012

cuba

Ternyata teknologi ini belum aku kuasai sepenuhnya.
- Masih gagal untuk masukkan gambar dalam entri blog guna mobile.

-Ajarkan aku

Tuesday, 12 June 2012

Orangnya jiwang


Figura ini untuk Si Sepet ;)

Ada yang bertanya dengan aku soal :

Kenapa perlu ada blog? 

Kalau ada blog, dalam blog tu mahu ditulis tentang apa dan  bertanya lagi kalau-kalau yang ditulis  adalah tentang apa yang dibuat dalam rutin seharian.
Tambahan lagi, ada yang kata, orang yang ada blog dan tulis blog tu mesti jiwang.

Pendapat aku:
Lihat, baca, fikir dan bezakan. 

Aku menulis supaya aku boleh kenang-kenangkan setiap jatuh bangun aku dalam proses menjadi manusia yang  baik. Dan, aku selalu berharap yang dengan setiap tulisan yang aku ada, aku masih boleh terus menaruh sedikit demi sedikit semangat yang aku ada kerana ada masanya, manusia seperti aku perlu suntik sendiri semangat dari jiwa aku sendiri.

Aku tidaklah suka sangat mengharapkan orang lain tiup motivasi pada aku sebab bagi aku apa pun yang aku lalui, aku yang merasa. Maka, yang perlu mengubah hati aku adalah aku sendiri. Bukan orang lain.  Aku ingat-ingat yang hasil kajian ada mengatakan orang NOVEMBER sangat berupaya memotivasikan diri sendiri. Jadi, aku agak percaya dengan perkara ini. Kerana itu jugalah, aku tidak kisah sangat bila orang anggap orang ada blog ini, orangnya jiwang.

Monday, 11 June 2012

Mahu balik terus

Fikiran masih bertompok-tonpok. Mood percutian masih berbaki. Malam tadi, usai tiba di tempat perantauan dan mencari rezeki. Dia sudah mula berkerja siang tadi. Malangya, rumah masih lagi  kondisinya seperti Singapura dilanggar todak. Teruk. Bagasi dan kotak memenuhi ruang tamu. Dua  minggu berpergian, cicak meninggalkan najisnya di mana-mana. Lagi pening olehnya.

Sejak tadi,  dia masih di pembaringan, melepas lelah dan tidur yang masih belum mencukupi. Gila begini. Dia perlu 'doraemon' atau tangan luar biasa untuk mengemas semula setiap barang yang ada. Selagi semuanya belum nampak kemas, selagi itulah emosi dia pun akan terganggu juga. Jangan dicuba untuk dijentik walau sekali. Jadi, berilah dulu pada dia sedikit masa untuk membuat penyesuaian semula di rantauan selepas kembali dari tanah tumpah darahnya.

Bosan dengan penat hidup begini.
Berpisah dan terpisah.
Mahu balik terus.


Note kaki satu : Semakin banyak hal mahu dikongsi.
Nota kaki dua : Hari ini genap setahun tiga bulan Bunga Dan Sepet, daripada satu menjadi dua. Alhamdulillah.


Thursday, 7 June 2012

Banyak hal

Nampaknya cuti semakin sedikit bilangannya. Aku sedang cuba menggunakannya semaksimum yang aku mampu. Perantau seperti aku yang pulangnya hanya bila ada cuti perlu bijak untuk membuat aturan agar cuti ini berakhir dengan semua memori yang boleh membikin segenap rasa aku ingin selalu mengenangnya. Atau setidak-tidaknya aku akan punya keinginan untuk tidak sabar bercuti pada musim yang akan datang. 

Di dalam otak aku ada macam-macam hal untuk dibuat sebagai cerita. Hal tentang majlis resepi sepupu aku, yang mana itu memang sudah termasuk di dalam program sewaktu cuti iaitu buat pelamin di samping jadi  juruhiasnya. Tapi, sebenarnya juruhias dia adalah suami, kerana suami yang banyak pakaikan dia itu dan ini. Mencabar juga sewaktu percubaan memakaikan samping bunga untuk dia. Itu belum lagi hal kami sewaktu buat pelamin untuk dia. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma, entri untuk itu aku tangguhkan dahulu kerana aku perlu buat sedikit perubahan pada gambar-gambar yang sedia ada. Tunggu, ya.

Satu lagi yang sekarang tengah hangat jadi entri kepada semua ahli GSF ialah SENARAI BARU LIST GSF yang semakin bertambah. Dalam hati, aku mahu  mengenal semua kawan maya ini. Daripada hanya 20 orang dan kini sudah menjadi 36 orang. Alhamdulillah, ukhuwah semakin terjalin antara GSF.


 ( Untuk semua GSF, salam perkenalan ya, saya mungkin terlambat untuk menjenguk blog kamu kerana sekarang aktiviti saya agak padat dan talian internet saya sangat terhad. Insyallah, saya akan jenguk kamu semua.;) )

Seperkara yang aku perlu buat ialah tentang permintaan seorang pembeli dan pembaca blog aku untuk minta aku buat tutorial tudung bawal silang. Figura untuk stail itu aku pernah selitkan di dalam entri aku. Jadi, ini juga akan jadi perkara yang perlu aku masukkan di dalam list ' Things to do ' sebelum cuti ini tamat. Harap-harap aku punya kesempatan untuk mengusaikannya.

Akhir sekali, aku ada beberapa entri tentang perkara lain yang aku  mahu kongsikan untuk semua. Sekali lagi, aku mengharap yang aku cukup bijak untuk pastikan aku boleh hasilkannya sebagai entri.


Eh, termasuklah hal 'review' blog aku yang dibuat oleh ahli GSF yang baru iaitu Aima, pemilik blog http://tsukinano.blogspot.com/. Ini adalah 'review' untuk kali kedua yang mana orang pertama yang membuat 'review' tentang blog aku adalah  Mama Arina, Pengasas dan pemilik blog http://wwwmarina-arina.blogspot.com.


Sebelum ini pernah juga blog aku di'review' oleh Si Aki, di dalam blognya  http://akiborneo.blogspot.com/. Dari itu, aku sedang belajar untuk menilai kemampuan blog aku dalam memberi sesuatu kepada pembaca dan berkongsi sesuatu kalau pun tidak banyak tapi cukuplah sedikit. Terima kasih untuk tiga orang yang baik hati ini sebab sudi buat 'review' tentang blog aku.

Dan, aku sudahkan entri ini di sini. Suami sudah jeling-jeling. Bukan apa, dia sedang tunggu giliran untuk main 'game' dalam FB dia. Nanti-nanti aku langsaikan semua ini.;).

;)


Kasut ini comel kan? ;)

Monday, 4 June 2012

Separuh selesai


Alhamdulillah, kesibukan untuk seminggu cuti sekolah separuh berakhir di dalam majlis ini. Insyallah, ada entri yang akan menyusul tentang hal ini.

#Mood: Honeymoon dengan Belahan jiwa.

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...