Friday, 15 February 2013

Buka sedikit minda kau, jangan sempitkan sangat.


Umum tahu,
Kalau dah namanya kerja kumpulan, 
Kau, kau dan kau kena buat secara berkumpulan atau bergilir - gilir supaya orang lain tak berkecil hati.

Eh.
Betulkah ada yang berkecil hati?

Hei, kau jangan dalih-dalih
Memang ada orang yang macam tu.
Dia tak cakap jadi, kau sendiri yang kena perasan kondisi macam tu. 

Agak-agaklah kalau kau rasa kau malas nak bagi kerjasama.
Esok-esok, orang pula tak nak bagi kerjasama bila bekerja dengan kau.

Janganlah kerana mentang-mentang dia tak cakap apa-apa, tak merungut apa-apa depan kau, kau biarkan dia buat kerja.

Hei, selagi itu kerja bersama-sama, buatlah secara bersama-sama, bersatu padu.
Kan pepatah Melayu kata," Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" .

Buka sedikit minda kau, jangan sempitkan sangat.
Hidup kena memberi dan menerima.
Kau tolong orang, satu hari nanti, orang akan tolong kau.

Tak percaya?
Kau fikir saja konsep sedekah.
walau sekadar 10 sen yang kau bagi pun, Allah akan hitung pahalanya. Yang penting kau buat dan ikhlas.

Sebenarnya,
aku cerita sedikit rasa kecil hati pada yang kurang bagi kerjasama bila bekerjaan. 

Agak-agaklah kalau ya pun kau nak amalkan terus budaya begitu.
Sampai bila? 
Kita kan Satu Malaysia.

Jadi,
Bila lagi kita nak jadi satu kumpulan yang berjaya dan bekerjasama kalau kau terus-terusan begini?

Fikirkan sendiri.

[Bungasepet | 10.30 am | 15 Febuari 2013]

10 comments:

  1. bikin stress kan kalau tekena bgni..haish..ujung2 semua kau buat sendiri :(

    ReplyDelete
  2. satu teguran yang ikhlas ni, macam etuza baca dapat tau ilmu pengajaran kat entry ni, sebab etuza bukan sempurna..hulurkan kerjasama ..dgn ikhlas apapun keadaannya

    ReplyDelete
  3. apa yang penting.. kerjasama. :)

    ReplyDelete
  4. setuju sgt..wonder pets pun pndai berkejesama kan? hihi...komen lela & cikna sama la.. hahaha...

    ReplyDelete
  5. yg penting kerjasama...sabar la akk

    ReplyDelete
  6. diyang kuna kak,badas ti so jomo ea kak.penasut-pasut bulek ni.hahahaha.

    ReplyDelete
  7. paling tak suka kalau kena mcm ni...dan sebenarnya selalu juga terkena

    ReplyDelete
  8. kesiannya akak. kadang2 solehah pn sll kena cmni klu kena buat kerja berkumpulan

    ReplyDelete
  9. nice blog ! btw jum follow blog sy jgk .
    http://bluberrykiwiey.blogspot.com TQ :))

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...