Monday, 4 February 2013

Eh, dulu muka berjerawat!



Menjalani hidup, ada banyak simpang yang perlu dilalui. Kadang-kadang ada satu simpang saja yang terang-terangannya kau boleh lalui tanpa perlu berfikir panjang sama ada mahu terus atau tidak. Ada masanya pula, di hadapan kau, ada seribu satu simpang yang kau kena pilih hati-hati. Silap-silap pilih, kau akan merana akhirnya. Yang merasa sakitnya nanti adalah diri kau sendiri, bukan orang lain.

Dan, menjadi manusia seperti aku, cerita hidup aku sangat saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Selepas satu kisah, akan ada lagi kisahnya. Kadang-kadang ia memang punya kesinambungan yang pada waktu dulunya aku tidak pernah terfikir jalannya. 

Misalan yang paling dekat ialah, pertemuan dengan suami. Aku kenal dia agak lama. Bemula di sekolah menengah, kami sama-sama satu sekolah dan tingkatan.Cuma berlainan aliran. Dia budak Teknik, Aku budak aliran Agama. Ya, bukan main jauh beza kami. Dia ada geng yang aku dan kawan-kawan memang geruni. Entahlah, dari segi apa pun, aku sendiri tidak pasti kenapa kumpulan budak lelaki hingusan macam tu pun perlu ditakuti. Tapi, yang pastinya bila  ternampak kelibat mereka, aku dan kawan-kawan aku sanggup pusing 90 darjah tidak akan lalui jalan yang sama kalau ada mereka. Kuasa mulut laser memang besar agaknya. Sebab utamanya kami takut mulut laser dorg. Ya, begitulah selalu.

Dipendekkan cerita, aku hanya kenal nama, wajah dan kelas dia. Sikap dia jauh sekali aku tahu apa-apa. Dia pernah kata, dia pernah tegur aku sekali waktu tunggu giliran di pondok telefon sekolah, tapi, sampai sekarang, aku tidak ingat langsung pun momen tu. Dia sajalah yang ingat. Nampak sangat aku tidak ambil kisah pun kan?. Kemudian, selepas SPM tahun 1999, kami bawa haluan masing-masing. Dia ke mana pun, aku langsung tidak ambil pusing. Masing-masing dengan jalan sendiri.

Tetapi,  Hujung 2006, aku terserempak dengan dia lagi dalam keadaan agak berbeza. Bezanya, aku masih kenal raut muka dia yang bermata sepet. Tu la aset dia yang aku ingat selalu. Cuma, siapa sangka, kawan dia adalah kawan lelaki aku. Kawan baik dia pula. 

Waktu tu, aku tidak tahu pun yang pertemuan kali kedua tu sebagai tanda dialah lelaki yang akan melengkapkan hidup aku. Aku benar-benar gagal membaca catatan takdir Tuhan untuk aku. Aku sekadar lalui hidup aku apa adanya. 

Pengalaman aku, mencari pemilik tulang rusuk kita, bukanlah semudah makan nasi, buka mulut, kunyah dan telan. Ia adalah satu perkara serius yang walau kau tidak mahu memikir tentangnya tapi tiba masanya kau kena fikir juga sebab fitrah manusia ni sentiasa mahu ada peneman. Macam Nabi Adam yang perlukan Hawa sewaktu dia di syurga. Jadi, kalau kau kata, kau tidak perlukan teman hidup, kau jangan nak tipu sangat perasaan kau tu. Orang lain kau boleh tipu tapi hati kau?? 

Kemudian, selepas satu persatu episod kerapuhan hati berlaku yang aku sangka tiada penamat, akhirnya aku  mengalah untuk menunggu dan mencari pelengkap kehidupan aku sebagai wanita. Siapa sangka, dalam kepatahan jiwa yang menggila begitu sadis sampai aku rasa kehidupan aku lintang pukang, lelaki yang aku hanya kenal nama, rupa dan kelas tu lah rupanya orang yang aku cari-cari selama ini. Bukan main penat aku bercinta, putus cinta, bercinta putus cinta dengan orang lain, padahal dia sudah ada di depan mata aku bertahun-tahun yang lalu.

Seperti yang aku maklumkan di awal catatan aku tadi, kisah  hidup aku selalu berkaitan. Dan, aku yakin, orang lain pun begitu. Selalunya, sesuatu tu kita tidak akan pernah sedari kepentingannya selain selepas kita menghargai kehadirannya. Maksud aku, selepas aku kenal hati budi dia, baru aku tahu, yang Tuhan sudah lama permudahkan jalan aku untuk temui dia cuma aku yang masih berdegil, tidak mahu belajar melihat ke kiri dan ke kanan, tidak mahu melihat di luar kotak, tidak mahu berfikir di luar kebiasaan dan asyik memikir soal setia dan jujur walhal tidak semua orang yang kita harapkan boleh jujur macam yang kita mahu. Klise hidup, kan?

Alhamdulillah. Sekarang, dia sudah ada benar-benar depan mata aku. Tiada lagi kepayahan untuk aku bertemu dia. Waktu makan atau sembang-sembang, kadang-kadang tanpa sengaja cerita lama tercerita lagi.

Suami:' Eh, dulu muka berjerawat!'
Aku: ' ala, muka berjerawat ni jugalah yang ditunggu 10 tahun, kan?'
Suami: Ketawa.
Aku: Membalas ketawa.

Perkara biasa bila masuk asrama, muka berjerawat. Buruk benar muka aku masa berjerawat dulu. Stress bukan main bila tengok muka kawan-kawan masih cun. 

Demikianlah maksud aku, setiap kisah ada kesinambungannya.

Selepas ini, aku tidak berharap ada unsur suspen sangat dalam hidup aku. Cuma, aku benar-benar berharap,  perjalanan hidup aku mudah dan aku dapat baca jalannya walau tidak banyak tapi sedikit pun sudah cukup.





10 comments:

  1. banyak kenangan misya dgn suami sebelum jadi suami isteri kan..

    ReplyDelete
  2. 10 tahun..
    penantian yg terhebat...
    sweetnyaa.. :)

    ReplyDelete
  3. aku pun ada "kaitan" jg ni kan...kah3x.. aku mula rasa sesuatu masa kita pg kawin c Rina+Sahlan. ko bilang ko bookingkan tiket c eja..he he he...nda akun konon kamu kan?! tp firasat ibu mengandung sll je tepat!

    ReplyDelete
  4. sooo... sweet... takpe kak, jerawat batu ke bata ke.. dia tetap syg... hihihi...

    ReplyDelete
  5. sweetnya..hope nyue punya pengalaman sesweet akk jugak :)

    ReplyDelete
  6. sweetnya akak. ala, muka xpenting. asalkan ada sayang :)

    ReplyDelete
  7. wah 10 tahun tu...sweet nye,...sya pon muka berjerawat teruk dulu..malu dengan muka sendiri dulu..huhuuu

    ReplyDelete
  8. sweetnya.....kak mmg kalau jodoh ambilah berapa tahun pun..bercinta lah dgn siapa pun..pasti akan ketemu juga

    ReplyDelete
  9. bestnya dgr kisah hidup kmu gut. trus teringat kenangan d asrama kta dlu2 tu.

    ReplyDelete
  10. Insya Allah ada penyelesaian tu nanti macam akak dulu pun muka macam ni jugak .Yang penting setiap produk tu mesti selamat,berkesan dan semulajdi .Jemput datang blog yer.Semoga terjalin ukhwah .Tq

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...