Sunday, 10 March 2013

Cara aku memandang ujian hidup




Aku sedar, sejak akhir- akhir ini, pusat sensitiviti aku agak makin tinggi. Betullah apa yang aku baca dan apa yang orang kebanyakkan kata, emosi ibu hamil ni jangan dicuba-cuba diuji, kalau kau uji, siaplah. Kalau bukan dengan marah, dia akan balas dengan air mata walaupun dengan perkara yang sangat remeh. Itu klise status bagi ibu-ibu hamil, kan? Kerana itulah, jiwa-jiwa ibu hamil perlu dijaga sebaik-baiknya.


Memandang kondisi ini, aku bayangkan bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang punya masalah tidak kira kewangan, pekerjaan, mentua, keluarga atau kecurangan suami. Aku rasa, waktu begini adalah waktu sadis bagi mereka. Kalau saja tidak punya hati yang tabah, kesihatan bayi yang dikandung pun boleh terjejas. Tapi, sebenarnya aku masih positif, setelah melalui berbagai-bagai ujian hidup, aku selalu percaya, walau macamana sekalipun teruk kita diuji, kita kena lihat dari sisi yang baik.

Misalnya, sewaktu bertemu doktor ketika aku keguguran pertama dulu dengan membawa ketulan daging yang keluar sendiri dan tunjukkan kepada doktor, rasa aku masa tu memang kosong. Sepi. Termasuk suami. Tapi, nyata, doktor tu pandai memujuk.

Katanya, ‘jangan salahkan diri sendiri bila u keguguran, its not because u 'r stress or whatever, but, u kena tau yang Tuhan tu ciptakan kita dengan sangat sempurna jadi, mungkin baby u yang ada ni tidak sempurna pertumbuhannya jadi, lebih baik ia tiada. Cuba u fikir, kalau orang yang pregnant tu akan keguguran disebabkan oleh terlalu stress atau beban kerja, macamana pula dengan buruh-buruh wanita yang kerja berat angkat simen itu ini boleh survive sampai anak mereka lahir? Kadang-kadang bukan seorang dua tapi ada buruh yang dapat anak sampai lapan Sembilan orang’.

Aku tersentak sebenarnya bila doktor tu cakap macam tu. Mata aku jadi celik. Minda aku terbuka. Fikiran aku jadi panjang. Malam sebelum ke klinik di mana bahagian ari-ari aku mula mengeras dan sakit sehinggalah ketulan daging itu keluar sendiri, aku dan suami tidak banyak bercakap. Masing-masing terkejut dan kelu. Selepas makan malam, kami tidur. Tidak mahu lansung bincangkan soalnya walaupun air mata kami seka sendiri.  Ia saat paling sadis dalam perkongsian hidup kami.

Dalam perjalanan balik dari klinik,  barulah kami mula berbincang, bercakap dan mengambil yang positif. Tidak lagi mahu bertanya kenapa dan mengapa. Kerana, aku dan dia tahu, sekurang-kurangnya Tuhan dah pinjamkan dia sekejap untuk kami rasa sangat bahagia sebelum dia diambil balik. Kami ambil sisi positifnya iaitu, mungkin kalau dia terus membesar, siapa tahu kesihatannya akan terjejas sehingga dewasa dan dia akan rasa lebih terseksa. Dan, kami sebenarnya percaya, ada hikmah yang besar di sebalik ujian ini di mana, kami kena tunggu kedatangannya. Tahulah, kesabaran kita manusia ni bukanlah tinggi terus-terus. Perlu ditanam, diasuh, digilap supaya jadi darah daging dalam diri. Insyallah, kami akan dapat ganti yang lebih baik lagi selepas itu. Begitulah cara aku dan suami memandang ujian hidup yang kami lalu waktu tu. Saling mengerti dan saling menerima apa adanya.

Kerana itu, berdasarkan dari misalan yang aku berikan di atas, aku sudah selalu positif dalam rutin aku. Tipulah kalau aku kata, aku positif 24 jam. Tidak, ada juga masanya aku jadi negatif bila benda tu mula memberi syak-wasangka dengan aku. Cuba, aku akan lekas-lekas pusing emosi melawan yang negatif. Bukan mudah bermain dengan cas positif dan negatif ni. Mental kena kuat. Hati kena ikhlas. Jiwa kena kosong syak-wasangka. Susah nak buat tapi kalau aku mahu terus lansungkan keberadaan aku di bumi Tuhan ni untuk terus merasa hidup tenang dan bahagia, inilah salah satu perkara yang aku perlu BUAT. TIADA ALASAN untuk aku kata TIDAK. Ya. Tiada kata TIDAK.

Waktu begini, ketika aku hitung hari-hari yang ada untuk menunggu si pengganti sulung ini lahir, aku cepat sangat sensitif. Walhal, aku hanya google dan baca pengalaman mereka-mereka yang telah bersalin. Masa baca dan bila saat bayi keluar selepas diteran atau dibedah, automatik air mata aku merembes keluar. Mereka sudah selamat dalam perjuangan yang satu ni, giliran aku lagi pula. Aku tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah kalau aku dapat lahirkan dia dengan mudah, lancar, selamat dan dia sempurna sifatnya. Ya, sekarang aku tengah ketap bibir. Menahan rasa.

Tuhan, Engkau permudahkan semua urusanku melahirkan dan membesarkan anak ini kelak. Amin.



7 comments:

  1. moga dipermudahkan segala urusan sis bersalin nnti
    jgn byk berfikir
    tenangkan diri
    fikirkan perkara2 yg membahagiakan

    ReplyDelete
  2. deqla x penah merasakan lagi pengalaman tu..xtau nk ckp..tp apapun moga kak misya dipermudahkan masa bersalin nnti...selmt dtg utk ank sulung kak misya..x sabar nk tgk gmbr.. =)

    ReplyDelete
  3. amin semoga dipermudahkan segala urusan..setuju dgn doktor tue

    ReplyDelete
  4. jangan terlalu ikutkan perasaan. tak tau camne bila diri sendiri mengalaminya nanti. semoga dipermudahkan ya misya. :)

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan....

    ReplyDelete
  6. semoga misya dpt melaluinya dgn tabah. yg pergi sudahpun berganti. jagalh diri, jgn sedih2 lagi.

    pengalaman bersalin berbeza2, masa CiM lahirkn ank sulung mmg sgt mudah, lepas subuh rasa sakit, waktu hubby pergi solat jumaat dia lahir. lps melahirkn CiM boleh inform semua org baby songsang itu tlh lahir dgn normal. ank kedua kami tlh dijemput ilahi swktu kandungan nk memasuki masuk 7bln. sedey sgt sbb perempuan. tp lps tu sy pregnant lg, kali ke3 lelaki. yg ni mmg nakal. suka duduk dlm perut, overdue smpi 7hr trpaksa induce takut terlemas.

    skrang dh 6thn brlalu..masih 2 jer tu lelaki. kami bersyukur. mungkin klau yg perempuan itu lahir, CiM tk dpt menjaganya dgn baik. Allah maha adil.

    bykkan berdoa, semua semuanya dipermudahkn.

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan segalanya utk misya yer

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...