Saturday, 16 March 2013

Petua dan pesan emak semasa mengandung

Dua tiga hari ini, buka, tutup, buka, tutup adalah antara usaha aku untuk buat cerita.
Bercuti dan menunggu dia datang seperti biasa, boleh cipta banyak perkara yang perlu dibuat dan tidak boleh dibuat.

Asyik-asyik, emak suruh makan itu ini, misalnya gulai keladi dan bendi. Katanya, untuk memudahkan si anak keluar nanti.
Kejap lagi, emak suruh pula makan sambal kelapa dan lengkuas yang dia buat. Katanya, untuk bersihkan uri si anak supaya si anak senang keluar dan bersih.
Nanti-nanti, emak minta aku sapu di permukaan perut, daun ntah apa nama yang dia dah rendam dalam air. Katanya, supaya angin-angin yang ada dalam badan hasil berjalan di waktu malam atau makan benda-benda yang berangin tu keluar dan supaya si anak mudah lahir kelak.
Petang-petang, lepas emak hilang sekejap, entah ke mana, katanya ke belakang rumah cari daun untuk aku. Kemudiaan, dia balik bawa daun yang namanya aku dengar emak sebut tapi aku tidak ambil pusing pun. Emak minta aku letak daun tu di bawah cadar tempat aku tidur. Katanya, untuk buang semua angin-angin badan juga. Kata emak lagi, itu pun untuk lancarkan waktu bersalin. Pendek kata, kalau si anak nak keluar, dia akan keluar terus, insyaAllah tak akan tersekat-sekat.

Tiap-tiap hari, malah tiap-tiap masa, emak akan pesan:

# kalau cuci piring tu, bercakap atau bersyarat dalam hati ' macamana bersih piring ni aku cuci, macam tu juga bersih anak aku keluar'. 
# Kalau keluar dari pintu, keluar terus jangan terjembul di depan pintu, supaya si anak pun nanti, keluar terus, tidak menyangkut di salurannya. 
# Kalau bangun pagi, terus bangun, kemas selimut dan cadar. Jangan bertengek lagi atas tilam, supaya katanya, si anak nanti keluar terus juga.
# Rajin-rajinkan buka tingkap atau pintu almari atau bilik atau rumah. Tapi, kalau bab nak tutup, minta orang lain tutupkan. Katanya supaya nanti pintu rahim cepat buka.
# Bangun pagi, kena mandi awal, jangan mandi tengahari supaya badan sihat. Tak lenguh sana-sini. Petang tu jam 5 macam tu, emak dah suruh mandi. Jangan mandi malam katanya. Tapi, aku selalu mandi jam 6.30 sebelum maghrib dan lepas tu kelam-kabut duduk depan tv tengok cerita Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Haii.
# Jangan duduk terlalu lama, kena berjalan-jalan dan jangan juga jalan terlalu lama, kena duduk kadang-kadang. Kena baring bila rasa belakang dah lenguh. Kesian si anak. Dia nak rehat juga.
# Bila nampak orang pelik-pelik, emak pesan suruh diamkan diri, tutup mulut. Jangan nak cakap bukan-bukan walaupun benda tu terasa lucu, nak ketawa. Diam-diam.
# Kalau lapar, cepat-cepat makan. Jangan tahan perut. Sebab tu, pagi, tengahari dan malam, emak sentiasa pastikan ada makanan tersedia di dapur. Emak. Emak.
# Kalau perut gatal, jangan garu, tapi, ambil ibu kunyit, tumbuk dan campur dengan sedikit air, lepas tu sapu di perut. Alhamdulillah, selepas 2 minggu mengalami gatal-gatal di perut sewaktu kandungan aku 7 bulan lebih, sampai naik ruam-ruam merah di perut, malam pun susah nak tidur, apatah lagi siang, bila dah berpeluh, aku siap menangis sebab rasa gatal dan merah. Telefon emak, dia bagi petua tu. Alhamdulillah, malam tu selepas 2 minggu tidak tidur lena, aku sudah dapat tidur hingga siang tanpa menahan rasa gatal yang ada. Memang seksa betul masa tu.

Ini, separuh versi emak sepanjang menjaga aku selama sembilan bulan lebih ni. Harap-harap, semuanya aku boleh praktik lagi nanti kalau aku dimurahkan rezeki untuk anak ke-dua. Moga-moga juga, umur emak masih panjang supaya terus ada di sisi aku waktu-waktu begini. 

Setakat ini, aku cuba satukan versi emak jaga aku dengan versi aku guna teknik moden. Mudah-mudahan berkesan untuk memudahkan aku bersalin dan lahirkan anak yang sihat dan sempurna. Amin.

# Versi aku, nantilah di lain entri aku kongsikan;)




10 comments:

  1. nah..versi mama ku pun lebih kureng jak ni tau

    ReplyDelete
  2. ada yg nur pernah dengar ada yang nur baru tahu ni....
    hihihih

    ReplyDelete
  3. banyak nya pesan emak. yg pasti semuanya utk kebaikan. misya dah start cuti ke?

    ReplyDelete
  4. nice sharing kak. walaupun solehah xkwin lg, boleh ambil sebagai pembelanjaran ketika mengandung nt :)

    ReplyDelete
  5. bole la amalkan kalo deqla peknen nanti..huhu

    ReplyDelete
  6. macam mak saya juga..banyak petua dari mak yang saya ikut...:)

    ReplyDelete
  7. ikut pesan ak, yg baik tu boleh laa diamalkan, normally semuanya mcm mudah2 belaka. harap semua dpt dipermudahkan nnti dr sepanjang mengandung hingga kesaat nk melahirkan.

    ReplyDelete
  8. Misya, nak tanya apa nama daun untuk buang angin tu? Badan sy ni byk sgt angin, memang tak selesa sangat.

    ReplyDelete
  9. Misya, nak tanya apa nama daun untuk buang angin tu yer? Harap dapat bantu sy

    ReplyDelete
  10. betul..daun apa tu..badan saya pun banyak angin sgt, sesak selalu terjaga malam2?

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...