Friday, 19 April 2013

Kisah Nai'ila # 4 # pengalaman bersalin


Setibanya di dalam wad bersalin, aku diminta untuk naik ke atas katil. Tetapi, waktu tu perut aku kembali sakit. Jadi, aku kena tunggu sekejap sehingga sakit itu hilang dan naik ke atas katil. Aku nampak nurse di situ relax walaupun aku rasa memang sakit amat.  Bila sakit berhenti sekejap, aku gagahkan diri untuk naik atas katil dengan bantuan nurse.

Macam biasa, mereka pasangkan tali untuk periksa tahap kontraksi dan denyutan bayi aku. Sementara sakit belum datang, aku bernafas seperti biasa dan bila kontraksi yang sakit tu menyerang, Tuhan, hanya Engkau yang tahu. Aku praktikkan apa yang aku baca. Tarik dan hembus nafas. Macam nurse tu juga cakap. Tarik dan hembus nafas. Sedayanya aku buat tapi sakit kontraksi tu lebih dari sakit yang aku alami dari kemarin. Inilah kemuncaknya. Bila sakit datang, tangan nurse tu aku pegang dan picit. Picit sungguh-sungguh. Tapi, nurse tu masih buat muka tenang. Nampak sangat dah biasa tengok orang sakit bersalin. 

Tahan punya tahan, suami pun masuk dalam bilik bersalin. Aku rasa lega. Ada semangat untuk lahirkan bayi kami. Suami sempat bergurau dengan aku bila nampak muka aku tegang. 

katanya:
' sayang, senyum dulu, relax. jangan stress '. aku gagahkan bibir untuk senyum. Orang tengah berperang dengan sakit, dia masih boleh suruh aku senyum. haih. 

Lepas tu sempat lagi tegur macam ni' eh, sayang, ada tahi matalah. haiya, apa ni, tahi mata waktu pagi-pagi'

Aku senyum malu-malu. Oh, suami. Dikaulah, raja hatiku penghibur laraku. Aku sapukan mata yang dikatanya bertahi sambil dia pun ikut sapu-sapukan muka aku.

Habis bersenyum-senyum, kontraksi aku sakit lagi. Kali ini maha sakit. Tangan suami jadi ganti tangan nurse yang tadi. Suami yang aku sudah kongsikan cara-cara menahan sakit kontraksi dengan cara tarik hembus nafas, ulangkan cara tu berkali-kali untuk aku. Sampai dia pun ikut tarik dan hembus nafas sekali, Sambil-sambil dia bisik di telinga aku, 'sayang, tarik, hembus nafas, kalau tidak, nanti baby tidak dapat bernafas'. Setiap kali dia cakap begitu, aku dayakan kudratku walaupun sakit tu memulas-mulas bagai ada benda yang mahu keluar dari bawah. Suara aku mahu menangis. Tuhan, sakitnya kontraksi ini memang berbaloi dengan pahala yang akan aku dapat. Demi Tuhan, ia sakit.

Di tepi-tepi katil, aku lihat, doktor sudah ada, nurse pun sudah sediakan barang-barang. Kali ini aku sudah tidak dapat tahan lagi. Aku betul-betul perlu push dia keluar. Aku dengar yang nurse bagitahu bukaan aku yang tadinya dikata 5 cm sudah terus ke 8 cm. Bukaan aku yang agak cepat dalam masa yang sangat singkat buat mereka sikit terkejut dan terus buat persiapan. Sakitnya memang tidak dapat aku tahan lagi. Rasa benar-benar mahu terberak yang 5 tahun lamanya menahan. 

Nurse cakapkan dengan aku:
'kalau sakit datang, kau push kuat-kuat. Letak kaki di besi ni dan tendang sekuat-kuat hati bila sudah sakit'.

Masa tu, aku betul-betul tidak sabar lagi untuk meneran. Dan, bila sakit memulas-mulas tu datang, aku push sekali panjang. Masa tu, aku dengar doktor cakap,' eh, rambut sudah nampak, push lagi '. Aku tarik nafas, bibir aku kering dan nurse tu bagi aku minum guna straw dan basahkan bibir aku.

Sakit datang lagi, aku tarik nafas dan hembus sedaya aku sambil memegang tangan suami dan dia mengusap-usap ubun-ubun aku. Tapi, teranan kali kedua berhenti dan belum dapat keluarkan bayi aku.

Lagi sekali kontraksi yang benar-benar tu datang, aku tarik nafas dan hembus sedaya kudratku panjang-panjang sambil menendang palang besi yang ku pijak tu dengan perasaan marah seperti yang nurse cakap ' tendang besi tu, tendang, tendang lagi, tendang lagi macam kau betul-betul marah'.

Dan, aku betul-betul tendang besi tu sambil hembus nafas dan teran sehinggalah bayi aku keluar. Alhamdulillah. Dia terus diletakkan atas dada aku dan waktu tu dengan automatiknya aku cakap, ' eh, tidak sakit lagi '. Aku, suami, doktor dan nurse ketawa bersama-sama. Sakit tadi yang menggila macam sekadar menipu sekejap. Masa tu juga, suami gengam tangan aku dan kata, 'nah, sudah kan?' sambil senyum yang aku rasa itu senyum dia paling manis selepas kami diijabkabulkan dulu.

Anak tadi yang di dada aku, aku cium pipinya. Ya. Tuhan, inilah manusia ciptaanMu dari benih aku dan suami. Rasa aku mahu menangis ketika itu. Satu hos dimasukkan ke mulutnya untuk sedut air ketuban dan lepas tu, dia menangis. Anak, kau telah selamat lahir di dunia, sayang!.

Sementara itu, doktor sempat lagi suruh suami potongkan tali pusat bayi. Lepas tu, dia jahit luka aku. Aku sendiri tidak tahu berapa banyak jahitan aku, cuma yang aku tahu, aku nampak tangan doktor keluar masuk menjahit tapi aku tidak rasa sakit dan waktu tu, aku dan suami tengah raikan bahagia.

Suami ambil gambar bayi kami yang tengah menangis dan ambil gambar aku juga. Ya, itu  momen-momen bahagia selepas rasa sakit yang mengerikan.

Alhamdulillah, lahir juga anak yang kami tunggu selama 2 tahun lebih. Berhasil juga usaha, doa dan tawakal kami untuk dapatkan anak walaupun duduk berjauhan. Rezeki, kalau Tuhan mahu beri, jauh atau dekat tu tidak akan pernah ada bezanya bagi DIA.



Inilah wajah yang kami tunggu selama 39 minggu 1 hari. Kami namakan dia Nai'ila Hamani Hanan. Dia selamat lahir melihat dunia jam 11.02 minit pagi.

Dia inilah yang temankan aku tinggal di rumah yang aku duduk seorang diri. Hujung minggu suami balik barulah dapat berjumpa. Dia inilah yang semangatnya begitu kuat untuk lahir di dunia berjumpa aku dan suami walaupun aku pernah tergelincir di tandas, punggung terhempas sewaktu check up di klinik. Waktu tu, aku mengandungkan dia 7 bulan lebih. Kerana dia kuat, pendarahan tidak berlaku dan dia selamat sehingga dilahirkan. Allah Maha Besar kan? Tiada siapa yang tahu rencana yang Tuhan sudah atur. Alhamdulillah.

Itulah saja kisah aku bersalinkan Na'ila. 4 rentetan kisah yang cukup panjang. Kepada yang sudi membaca sehingga habis, terima kasih untuk kamu-kamu semua. Moga setiap urusan aku dan kamu-kamu semua dipermudahkan selalu. amin.





12 comments:

  1. sebak pulak baca part yg terakhir ni sis... hukhuk... bertuahnya dpt rasa pengalaman mcm ni...doakan deqla juga yer.. deqla pun dah 2 tahun lebih menanti...sedeh sgt...apa2pun tahniah skali lagi yer sis misya.... naiila sgt comel! ;)

    ReplyDelete
  2. bila baca tu macam sy pulak yg nk bersalin. punya la khusyuk. hehe.. ooo baru tau, bila kontraksi dtg baru boleh push eh. ingatkan sepanjang masa tu kena push. learn something here. hihi.. naiila comel mcm mama. ;)

    ReplyDelete
  3. indahnya perkahwinan...
    semoga sis bahagia dengan keluarga tersayang...
    saya pulak rasa sakitnya bila baca....(tapi tak kawen lg..hihi)

    ReplyDelete
  4. ya..kesakitan tue akan hilang bila baby sudah keluar...

    ReplyDelete
  5. hyy bunga dan sepet.....
    lama tak singgah...

    ya...momen yang diingat kembali nanti memg bahagia...tahniah ya :)

    ReplyDelete
  6. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  7. anduuuuu mcm lega terus dia keluar kan? abis sudah pantang ka? bila turun kk? mo ajak datang rumah lah 31 ni majlis akikah baby dhuha :)

    ReplyDelete
  8. salam kak misya,

    lama betul sy tdk berblog. tiba-tiba kak misya sdh selamat melahirkan. tahniah kak misya. sy msh ingat, dari 2011 lg kak misya mengimpikan cahaya mata. dan skrg dia sdh hadir menghiasi hidup kamu berdua. sy tumpang gembira. semoga bahagia selalu, kak.

    cute betul baby nai'ila (:

    ReplyDelete
  9. Waaa. Lama suda nda datang sini. But it's never late to say... congrats! :D Comel dia. Macam happy ketawa ja tu hehee.

    Happy Wednesday!

    ReplyDelete
  10. pengalaman bersalin paling best pernah saye bace. :)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...