Sunday, 7 April 2013

Kisah Na'ila # satu

Sudah beberapa kali aku cuba untuk buat entri tetapi, sejak tiga belas hari yang lepas, tapi, nampaknya kekangan masa yang aku ada cukup-cukup beri aku masa untuk mandi, makan dan tidur sekejap. Fasa menjadi ibu benar-benar uji kekuatan emosi aku. Sama ada aku masih terpuruk di zon selesa atau sudah bersedia untuk beralih ke zon yang selesanya tiada, kurangnya tidur, tidak enaknya makan tetapi paling bermakna bila bangun pagi ada manusia kecil di sisi untuk disusukan, dicium dan dipeluk bila-bila masa.

Haih..

Ya, alhamdulillah, anak yang ditunggu-tunggu datangnya sejak 9 bulan yang lalu sudah ada di depan mata aku.  Aku selamat bersalin pada 25 hb Mac 2013 yang lalu. Melahirkan Na'ila pada jam 11.02 minit pagi bertemankan suami di dalam wad bersalin. Sudah-sudah tentunya jadi momen paling ada erti untuk aku dan dia. 

Begitu panjang masa untuk menunggu na'ila datang dalam hidup kami.  ya, 2 tahun 13 hari adalah jangka masa yang telah pun kami berjaya laluinya tanpa seorang anak. Yang ada hanya kami berdua. Berbulan madu selama tempoh ini banyak juga menyempatkan kami untuk saling lebih mengenali dan memahami.  Bertahun bercinta pun, belum tentu sama fi'il bila dah berkahwin. Selepas  berkahwin baru tahu, dia begini, aku begitu. Resepi untuk terus  bahagia ialah terima baik buruk, busuknya wanginya diri masing-masing. Jangan perlekeh. saling menghargai. saling menerima. Tanpa syarat. Insyallah, Tuhan bagi rahmat, permudahkan semua perjalanan berumahtangga.

Alhamdulillah, sekali lagi untuk kelahiran baru manusia kecil ini. Dia lahir dengan mudah. Maka, aku semakin yakin pada zikir dan doa yang di sepanjang menunggu dia lahir. Janji Allah itu benar. Barangsiapa yang berdoa padaNya, Dia akan makbulkan.

Rabbi yassir, wala tu'asir, fa'inna taisira,a'laika yassirun, rabbi tammim bikhairin.


Selamat melihat dunia, sayang.



Na'ila ;)





14 comments:

  1. Tahniah Mama Na'ila...
    byk2 rehat....selamat menjadi ibu ye misya..
    comel betul Na'ila...

    ReplyDelete
  2. Tahniah sahabatku sbb sudah jadi ibu.Jaga diri & kesihatan baik2 ya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah sahabatku atas kelahiran yang ditunggu2.Doakan aku jgk ya spya ada rezeki seperti kamu berdua...amin

    ReplyDelete
  4. tahniah Misya. comelnya baby.. dan selamat berpantang. :)

    ReplyDelete
  5. ampun out of topic: ada masa join contestku ya daling.. http://tsukinano.blogspot.com/2013/04/cuticuti-giveaway-diari-aima.html

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.pena.tian yg sgt bermakna kan Misya :)

    selamat dtg ke doniaa yg mncabar ye Na'ila..moga mbesar dgn penuh didikan dan mnjdi ank yg mbahgiakan ibu bapa.amin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dan tahniah kak Misya :)

    ReplyDelete
  8. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...