Thursday, 4 December 2014

apa khabar dunia?

apa khabar dunia?
sebegini jauh sudah kita berhidup di atas bumi Tuhan.
apa sudahnya, apa hasilnya,
kita yang namanya manusia tahu apa yang kita mahukan.
begitu banyak nikmat yang kita dapat.
bernafas, makan, minum, tidur, bekerja, berkahwin, punya anak dan berseronok.
alhamdulillah.
Tuhan bagi semua. hampar semua rahmat
biarpun kita kadang-kadang lupa Tuhan.apa
lambatkan solat atau langsung tidak bersolat,
mungkir janji pada orang lain, terbuat maksiat atau buat segala apa yang kita ditegah Tuhan.
Allahu rabbi.
emosi kadang-kadang tidak mampu dilawan akal.
akal kadang-kadang dibawa ke lutut
dan kita jadi manusia yang jika darjatnya tinggi
tiba-tiba jadi manusia sehina manusia.
siapa yang merasa dirinya hina?
ada yang sedar, ada yang tidak.
ada yang bila dia sedar, lekas-lekas dia taubat nasuha
pada yang tidak sedar, dia rasa umurnya lagi panjang
tidak mengapa jika terus membuat dosa.
Allah.
jika esok ku mati-
matikan aku dalam beriman
ampunkan semua dosa-dosaku
jika esok aku masih belum mati
hidupkan aku dalam iman
dan paling aku mahu ampunkan semua dosa2 aku.
amin

posted from Bloggeroid

Monday, 3 November 2014

CPUV meletop dari nuffnang


Sekali lagi bila nuffnang buat suprise.
banyak CPUV  yang dia bagi dan aku baru buka akaun hari ni.
memang aku tepuk dahi aku sendiri.

status masih on going,
maknanya masih boleh buat entri.
oh masa, please be good for me.
oh segala sibuk, please be nice to me.
dengan harap, aku boleh luang sikit masa aku untuk tambah rezeki dengan nuffnang


Sebab gambar di atas adalah contoh CPUV dari nuffnang yang aku bagi sia-sia.
memang bukan rezeki aku lah.

btw, terima kasih nuffang
terima kasih sebab baik hati dengan saya

kepada kawan2 blooger yang belum register nuffnang, boleh  kli ini >NUFFNANG



Saturday, 12 July 2014

Terima kasih nuffnang.


Baiknya hati Nuffnang bagi campaign ni dalam blog aku.

Terima kasih Nufnang.

Padahal-

sibuknya aku lupa buka blog dan tengok campaign tu start dari 7 Julai lagi.

hampir seminggu ada dalam blog  baru aku sedar.

Terjelempuk.

Rezeki.

Alhamdulillah.


Saturday, 14 June 2014

Tukar plan ke UMOBILE

Kadang-kadang, walaupun aku ni jenis susah berubah untuk sesuatu yang aku sudah selesa tapi ada masanya macam mau, mau, mau dan terlebih mau.

contohnya dengan UMOBILE ni, wah, ada free top up lagi offer dia.



 #TheBestFree , dengan pembelian Top up RM 50 boleh redeem Sebotol Revive Isotonic 500 ml dan Mamee Express curry cup flavour di 7 elevan. Valid hingga 31 Ogos 2014. Maksudnya, bila2 masa pergi bila top up dan masa tu cun haus boleh lah redeem terus untuk revive dan mamee tu. Hilang juga dahaga dan dapat generate balik tenaga masa driving.


 Baiklah, U MOBILE juga ada sediakan cara untuk Top up dan untuk kawan, family atau buah hati. 


Yang ini memang kenyataan buat si rambang mata. hahaha.  murah gila samsung galaxy S5 boleh dapat RM799. katanya NO UPFRONT PAYMENT. wow!

Hand phone yang lain pun harganya, wah. aku mahu semuaaaa. 
ok. itu perangai orang tamak.
hahahaha.





Ni kadar untuk prepaid.  Not bad jugalah. Loike banyak kali.



 Dan, aku sebenarnya paling sukakan plan pospaid dia. sebab aku memang pengguna pospaid yang hand phone aku adalah seperti telefon rumah. orang2 di rumah boleh guna untuk call/ sms/ surfing internet kalau aku tidak guna. tapi , kalau2 aku rasa, dorang terlebih had credit aku. Siaplah. eh. garang terkeluar rupa.

 Dan yang ini, ada free simcad ada 3 gb dan free 60 minit untuk buat gayutan lama dengan member. dengan suami tidak perlu lagi sebab dia dah ada sebelah dah. semuanya hanya RM 68.

wah.
mata membuntang.
lagi membesar.
oh UMOBILE

untuk lebih lanjut sila klik ini >>UMOBILE . 
silalah tergoda dengan offer dari UMOBILE.

dan untuk ke sekian kalinya juga 

hai NUFFNANG,
Terima kasih sebab bagi CPUV lagi untuk saya. seribu kali like.

love u mucho.



Thursday, 12 June 2014

Whisper mesh & cotton

Hari ni memang kira banyak baik untuk aku. Begitu blog aku tinggalkan. lamaaaa. Tapi bila buka ada 2 CPUV ongoing.

Eh. 

Semangat membara-bara buat entri semula.

yah.

yang satu  ni dari WHISPER MESH & COTTON.

Kepada mana-mana kawan  yang selalu rasa sakit bila period, sila klik  ini >>


dan sebesar-besar peluk untuk-

Hai NUFFNANG

Terima kasih untuk 2 CPUV untuk bulan ini.  Terima kasih sebab mengasihani saya. Terima kasih sebab kongsikan rezeki untuk saya. Terima kasih sebab masih pedulikan saya walaupun saya selalu lupakan blog ini.

Love u mucho.
:)


Image yang membikin entri aku buat 2 hari ini.
 
Alhamdulillah.

BIG TRAVEL WISH





Cuti tinggal 4 hari ja lagi. Minggu depan, masuk kerja. Jumpa anak-anak didik. buat program. masuk kelas.semuanya tentang kerjaan. Rasa macam sekejap. Belum puas tapi kena terima kenyataan. Hidup kalau asyik bergembira, tiada kerja, makannya nanti apa?.

 Jadi,  aku pujuk-pujuk hati. Mahu buat ini ' MAKE MY TRAVEL WISH '



  Kemudian, maju ke sini.. ya ni la dia BIG TRAVEL WISH dari AIR ASIA BIG.



Harap aku dapat miracle. travel ke tempat yang aku wish too much.

hailaa kejaiban. datanglah.

hai NUFFNANG

terima kasih atas CPUV ini.

love u mucho 


Wednesday, 11 June 2014

Beza



2 manusia yang jadi pengubah semua apa yang aku ada.

Beza.

Nanti-

Jangan-
Kamu lupa tiap pengorbanan yang aku buat.

Segalanya.

posted from Bloggeroid

Saturday, 12 April 2014

jangan gelojoh.

Bulan ke 4 duduk di tempat sendiri dan ini entri yang pertama selepas berpindah untuk tahun 2014. Begitu banyak cerita untuk dikongsi tapi begitu juga sikit masa yang aku ada untuk menulis macam selalu. Tapi, mungkin juga sebab aku ada instagram yang di sana tempat aku tulis panjang2 macam blog. Mungkin aku juga yang berpaling arah. Kerana instagram bagi aku adalah mesra pengguna, ambil gambar, edit, taip panjang2 kemudian post. siap.

 cuma pernah juga berkali-kali, waktu idea aku mencurah2, aku taip tanpa henti, tiba2 bila aku publish, loadingnya lambat, tunggu dan tunggu akhir FAILED. Jenis aku, kalau aku menaip tanpa henti waktu idea banyak lepas tu failed  dan kemudian ditambah lagi tiada button untuk back supaya boleh print screen tiap caption yang failed tu, aku memang kecewa. sangat.  sebabnya, idea aku untuk menulis kadang2nya datang sekali tu ja la idea tu. ayat yang aku olah tu, aku dapat waktu tu ja. kalau aku taip semula, olahan ayat aku yang nanti  tidak akan sama dengan yang mula2. jadinya, mood menaip kendur. hilang. akhirnya, aku berhenti menaip. cancel semua.

rutin aku masih lagi belum begitu teratur sejak berpindah. tiap2 hari balik jam 4-5 petang. paling awal jam 3 petang. banyak benda aku kena settle awal2 pindah ni. balik rumah, selalu perlu cepat. sedayanya aku cuba masak, urus anak dan layan suami. kemas rumah kena hujung minggu. suami banyak tolong part ini. terharu juga bila nampak dia lipat pakaian kami 3 beranak. bukan sikit. banyak. tapi, sambil2 lipat, selalunya, dia akan bebel yang betapa banyaknya pakaian aku. 

kerja di sekolah aku banyak lagi tertangguh. dan banyaknya sampai aku buntu untuk mula dari mana. ambil dari mana. apa dan apa. kadang2 aku fikir juga, kerja banyak2 begitu mungkin sebab aku mahu capai target aku untuk hujung tahun ni. jadinya, kerja aku berlambak. penyesuaian diri di sekolah baru masih berjalan. kenal2 sikit hati mereka yang baru ni. yang aku pelik, aku rasa janggal di tempat sendiri bila budaya kerja di tempat orang aku bawa ke sini. orang-orang di sini, tidak semua cerita aku boleh masuk sekali. kadang2 takut tersalah erti. jadi, aku banyak diam kalau tiada apa mahu dicakap. cuma, kalau aku tidak puas hati, aku cakap direct. kemudian, bila masuk kereta berdua dengan suami, dia adalah orang pertama yang akan dengar cerita aku. semua. tiada terkecuali. tiap suka, sakit hati, marah, benci aku pada siapa. dia tahu. suami buku rahsia aku.

jiwa aku masih kuat untuk menulis. sampaikan aku rasa aku mau buat buku aku sendiri. hahaha. padahal aku punya busy tu, memang busy la. mana kerjanya, mana urus anak, urus suami, urus rumahtangga, mana mau sambung belajarnya, mana mau buat bukunya, mana mau buat part time bisness, mana mau sambung hobi buat craft dan baca buku2 motivasi aku yang aku asyik beli2 tapi belum baca pun, mana mau jumpa kawan2 lama, mana mau melancong lagi, mana mau mendeko2 lagi, ya Allah. Keinginan aku kan, memang super gajah. banyak.

tapi, banyak mana pun, keluarga tetap keutamaan aku.
anak. suami. keluarga.

sibuk manapun, aku kena dekat dengan mereka.

sebab merekalah alasan aku untuk terus hidup.

tidak apa, misya.
 buat satu2 mana yang penting.

jangan gelojoh. jangan jadi yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat2.

sabar.


Saturday, 18 January 2014

Akhirnya.

Beginilah,
Seperti kata pepatah- akhirnya enggang pulang ke sarang.

4 tahun di tempat orang, banyak hal aku dapat belajar. Serba serbi jenisnya kalau aku cerita satu-persatu. Dari paling bahagia hingga ke paling sengsara, dan aku tahu, aku antara manusia yang dipilih untuk diuji2 imannya selalu.

Ujian aku belum berakhir. Di tempat sendiri yang aku jejak sekarang pun, aku tahu aku sedang diuji. Tapi,diuji dengan ujian senang hati.

Mudah-mudahan, aku masih kuat dan lebih tabah dari dulu. Sebab suami sudah ada dekat aku di waktu aku bangun pagi dan sebelum aku tidur. Insyallah, emosi, jiwa dan mental aku akan lebih kerap terima aura positif bila mana dia selalu ada bila anak sakit atau bila aku sakit.

Aku ada banyak impian selepas ini. Diizin Tuhan, aku dan suami sedang usahakan. Bersama. Mudah-mudahan menjadi di depan mata.






posted from Bloggeroid

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...