Saturday, 12 April 2014

jangan gelojoh.

Bulan ke 4 duduk di tempat sendiri dan ini entri yang pertama selepas berpindah untuk tahun 2014. Begitu banyak cerita untuk dikongsi tapi begitu juga sikit masa yang aku ada untuk menulis macam selalu. Tapi, mungkin juga sebab aku ada instagram yang di sana tempat aku tulis panjang2 macam blog. Mungkin aku juga yang berpaling arah. Kerana instagram bagi aku adalah mesra pengguna, ambil gambar, edit, taip panjang2 kemudian post. siap.

 cuma pernah juga berkali-kali, waktu idea aku mencurah2, aku taip tanpa henti, tiba2 bila aku publish, loadingnya lambat, tunggu dan tunggu akhir FAILED. Jenis aku, kalau aku menaip tanpa henti waktu idea banyak lepas tu failed  dan kemudian ditambah lagi tiada button untuk back supaya boleh print screen tiap caption yang failed tu, aku memang kecewa. sangat.  sebabnya, idea aku untuk menulis kadang2nya datang sekali tu ja la idea tu. ayat yang aku olah tu, aku dapat waktu tu ja. kalau aku taip semula, olahan ayat aku yang nanti  tidak akan sama dengan yang mula2. jadinya, mood menaip kendur. hilang. akhirnya, aku berhenti menaip. cancel semua.

rutin aku masih lagi belum begitu teratur sejak berpindah. tiap2 hari balik jam 4-5 petang. paling awal jam 3 petang. banyak benda aku kena settle awal2 pindah ni. balik rumah, selalu perlu cepat. sedayanya aku cuba masak, urus anak dan layan suami. kemas rumah kena hujung minggu. suami banyak tolong part ini. terharu juga bila nampak dia lipat pakaian kami 3 beranak. bukan sikit. banyak. tapi, sambil2 lipat, selalunya, dia akan bebel yang betapa banyaknya pakaian aku. 

kerja di sekolah aku banyak lagi tertangguh. dan banyaknya sampai aku buntu untuk mula dari mana. ambil dari mana. apa dan apa. kadang2 aku fikir juga, kerja banyak2 begitu mungkin sebab aku mahu capai target aku untuk hujung tahun ni. jadinya, kerja aku berlambak. penyesuaian diri di sekolah baru masih berjalan. kenal2 sikit hati mereka yang baru ni. yang aku pelik, aku rasa janggal di tempat sendiri bila budaya kerja di tempat orang aku bawa ke sini. orang-orang di sini, tidak semua cerita aku boleh masuk sekali. kadang2 takut tersalah erti. jadi, aku banyak diam kalau tiada apa mahu dicakap. cuma, kalau aku tidak puas hati, aku cakap direct. kemudian, bila masuk kereta berdua dengan suami, dia adalah orang pertama yang akan dengar cerita aku. semua. tiada terkecuali. tiap suka, sakit hati, marah, benci aku pada siapa. dia tahu. suami buku rahsia aku.

jiwa aku masih kuat untuk menulis. sampaikan aku rasa aku mau buat buku aku sendiri. hahaha. padahal aku punya busy tu, memang busy la. mana kerjanya, mana urus anak, urus suami, urus rumahtangga, mana mau sambung belajarnya, mana mau buat bukunya, mana mau buat part time bisness, mana mau sambung hobi buat craft dan baca buku2 motivasi aku yang aku asyik beli2 tapi belum baca pun, mana mau jumpa kawan2 lama, mana mau melancong lagi, mana mau mendeko2 lagi, ya Allah. Keinginan aku kan, memang super gajah. banyak.

tapi, banyak mana pun, keluarga tetap keutamaan aku.
anak. suami. keluarga.

sibuk manapun, aku kena dekat dengan mereka.

sebab merekalah alasan aku untuk terus hidup.

tidak apa, misya.
 buat satu2 mana yang penting.

jangan gelojoh. jangan jadi yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat2.

sabar.


2 comments:

  1. Haha sama dgn solehah. skrg ni solehah byk luangkan masa dgn insta drpd blog sndiri. kt sne senang dan cepat :)

    ReplyDelete
  2. yup.. jgn gelojoh.. deqla plak kureng IG.. x terlyn sebnrnya..hihi... blog pun dah x setegar dulu ....hukhukk

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...